31 October 2012

CARTA 4: Hakikat Facebook - Baik Atau Buruk?


Semalam aku terbayangkan satu kata-kataku tak lama dahulu. Facebook ini baik atau buruk?

Aku teringatkan pada tahun 2008/2009, ketika aku 'bercuti' daripada Facebook. Pada asalnya aku mahu resign secara langsung dari facebok. Namun atas paksaan sahabatku kerana aku tiada FB, atas alasan sukar menghubungiku, akhirnya aku terpaksa kembali dari 'percutian' tersebut. Aku membuat keputusan untuk berhenti seleah ku pergi ke sebuah perpustakaan. Aku terlihat beberapa orang menggunakan komputer. Aku abaikan. Namun, apabila aku melihat laptop mereka, aku terlihat kesemuanya sedang membuka 'facebook'. Aku berteriak dalam hati "Astaghfirullahal Azim! Semua ni ketagihan!" Lalu aku terus berhenti menggunakan facebook; sebagaimana aku berhenti menggunakan telefon tangan pada tahun 2002/03.

NUKTAH SATU


Nota 1: Buruk?

Bagi mukmin, sekali pandang memang tiada kebaikan penuh. Tambahan pula ia adalah hasil daripada Mark Zuckerberg, seorang berbangsa yahudi. Aku teringat pada satu posting tak lama dahulu tentang konsep "wall".

Wall diasas berdasarkan kepada amalan yahudi bagi melepaskan perasaan. Mark dapat idea ini berdasarkan kepercayaan mereka. Bahayakan? Teringat pada satu hadis. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi, sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi ﷺ menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra.)
Aku terbayangkan maksud "sedikit demi sedikit". Apakah ia bermaksud bahawa muslim akan mengikuti cara yahudi dan nasrani tanpa diri sedari? Bagaimana pula "sampai lubang biawak"? Aku terbayangkan ertinya menjadi bermaksud bahawa kita akan berusaha mempertahankan amalan. Pasti ada yang berikan hujah seumpama ini: "Inilah cara aku lepaskan perasaan. Daripada aku termenung mengeluh seorang diri, lagi baik aku bagi hilangkan perasaan dengan melayar internet (facebook)".

Padahal mereka lupa bahawa facebook ini tempat melepaskan perasaan (sedih/marah).

"Bagaimana pula kalau post doa di facebook?"

Hmm.. Aku pernah terbayangkan tentang ini. Hmm... Barangkali lebih kurang sama. Kerana itu juga amalan yahudi meletakkan doa harapan ke dalam dinding memandangkan mereka gunakan dinding untuk meluahkan perasaan. Oleh kerana merasa gelisah dan bermasalah, lalu mereka akan meluahkan perasaan mereka disamping secara tidak langsungnya MEMOHON/BERHARAP (berdoa) agar dilepaskan daripada kegelisahan tersebut.


Nota: Sila cari sumber lain kalau mahu memahami dengan lebih lanjut. Post blog ini tentang perkara lain.

Nota 2: Baik?

So? Semua perkara tentang facebook buruk? Hmm.. Aku pernah terfikir juga. Tapi kemudian terbayangkan salah satu firman Allah Azzawajalla:
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Al-Baqarah [2] :195)

"Nak sedekah macam mana melalui facebook? Bukannya boleh transfer duit atau apa-apa". Lepas tu aku terbayangkan beberapa dalil dan hadis yang lain. Berkongsi ilmu itu juga boleh dikirakan sebagai sedekah. Sesudah meninggal dunia, segala amalan akan terputus (tiada pahala tambahan) kecuali tiga perkara. Antaraya adalah sedekah dan ilmu yang bermanfaat. Firman Allah Azzawajalla
"Allah memberikan hikmah (ilmu yang bermanfaat) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Siapa yang memperoleh hikmah itu, sesungguhnya telah memperolehi kebajikan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang mengambilnya sebagai pengajaran"
(Al-Baqarah [2] : 269)
Dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali radiyallahuanhu, Nabi ﷺ bersabda: "Siapa yang mengadakan ikutan baik dalam Islam, ia akan mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang (seumpama) mengamalkan selepasnya (mengikuti), tanpa kekurangan walau sedikitpun. Dan siapa yang mengadakan ikutan (amalan) yang buruk dalam Islam, akan mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa yang mengamalkan selepasnya (mengikuti) tanpa dikurangkan walaupun sedikit." (Riwayat Muslim)

Maka, ilmu yang dikongsi akan menjadi pelaburan yang baik buat diri. Tekan butang share pun sudah memadai sedikit. Tapi sudah tentu biarkan diri fahami sebelum menekan butang "share". Dikhuatiri mengadakan ikutan yang buruk. Itulah perniagaan yang menguntungkan untuk akhirat (lihat as-Saff [61] : ayat 10-11). Makanya, aku fikir bukan 100% buruk. Tak semua benda yang kita suka baik buat diri atau yang dibenci buruk buat diri (Sila rujuk al-Baqarah [2] : Ayat 216). Malah, rasulullah juga turut berpesan agar mengikuti mana-mana kaum jika ia mampu membawa kebaikan selagi tidak melanggar syariat atau meniru cara (adat) kaum lain (spt meluahkan perasaan di FB).

Nota 3 : Baik atau Buruk?


So, baik atau buruk? Mana satu? Facebook ni baik atau buruk? Hmm..

On one point, buruk (meniru yahudi): "Siapa yang meniru suatu kaum yang lain, maka ia adalah (sebahagian) daripada kaum itu" (Hadis Riwayat Abu Daud & Ahmad).

While on the other hand, berkongsi ilmu (melalui facebook) akan mendapat banyak ganjaran; "Sesungguhnya Allah, malaikat dan para penduduk langit dan bumi akan mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia" (Riwayat at-Tirmizi)

Hmm.. Dua-dua boleh dapat? Hmm.. Semua orang mesti suka yang baik pada diri dan benci yang buruk pada diri. Tak jumpa lagi yang jenis sebaliknya. Kalau ada, mesti diorang ni ada masalah mental (masochist). Nak dekati? Tak tau la nak cakap apa.

Hmm.. Ni rumusan aku:
Overall, kalau meniru dari segi luahan perasaan (sedih/marah/doa/dsb), bermakna kita meniru kaum tu (yahudi). Tapi kalau kita kongsi benda baik, bererti kita membuat pelaburan untuk akhirat. Hmm.. Mungkin kah? hmm.. Setuju..? Hmm.. So, it can be either; Sesiapa yang mengadakan ikutan yang baik akan mendapat ganjaran yang baik dan sesiapa yang mengadakan ikutan buruk akan dapat balasan buruk. Serta mendapat ganjaran/balasan seumpama yang mengikutinya selepas itu tanpa dikurangkan walaupun seposen.

So, jom kita kongsi ilmu yang ada pada diri dan mengadakan ikutan yang baik. Menuntut ilmu adalah perkara yang wajib bagi setiap muslim. Darjat beza antara seorang alim (berilmu) dan tidak berilmu adalah seperti beza antara Nabi s.a.w. dengan yang jahil. Sampaikan perkara baik walaupun jika hanya satu ayat (sedikit).


CHOP!!! TUNGGU! TAK HABIS LAGI!

Kemudian aku terbayangkan satu hadis lain (yang panjang) yang telah diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi. Tentang 3 golongan yang hampir masuk ke syurga tapi dilemparkan ke neraka. Nak tahu siapa? Apa kaitannya dengan facebook? Wahai manusia! Wahai mukmin! Salah satunya adalah seorang yang berilmu. "Aik? Tadi cakap, berilmu tu baik." Memang la berilmu tu baik. Tapi dalam hadis tu berbunyi bahawa ia berkongsi ilmu kerana mahu mendapat gelaran qari. Dengan erti kata lain, ia berkongsi ilmu kerana MAHU (bercita-cita) digelar ustaz, professor, ilmuwan, bijaksana dan seumpamanya. 

Kalau dalam konteks facebook, imaginasiku menjalar membayangkan konsep "Like"; Maka berkongsi pengetahuan kerana mahukan orang lain angkat diri menjadi "tuan" atau "ustaz". Dan paling halus pula, mahu orang lain tekan butang "like" pada posting/komen kita. Oleh itu, biarkanlah amalan kita seikhlas-ikhlasnya kerana ia mampu menyembelih. Sampaikanlah sedaya yang mampu sambil punya keikhlasan.

Niat aku bukan menegah menggunakan facebook, walaupun ingin jika mampu. Kalau nak guna, gunalah.. Tapi kena tetap beringat:

"Berwaspadalah pada facebook kerana ia mampu meracun".



Nota: Pada asalnya hanya ada artikel ni. Tapi telah datang satu inspirasi baru yang membawa kepada penulisan Bahagian Kedua. Selamat membaca.

NUKTAH DUA 

1 comments:

  1. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

    ReplyDelete

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang