10 November 2012

CARTA 5. Risalah Musibah I


لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ فِي كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (Balad [90] : 4)

MAQAM 1


Sebelum mula menulis risalah ini, kebetulan aku terjumpa dengan ayat ini. Kebetulan juga, sehari sebelum itu aku baru lepas berkata tentang kisah Nabi Ayub a.s. berkenaan kesabarannya. 
Allah s.w.t berfirman: "Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)." (Saad 38:44)


Bab 1: Kesabaran Nabi Ayub a.s.


Kemudian saya terbayangkan Lamaah ke-2, Bediuzzaman Said Nursi. (Buka) Risalah hidangan langit telah berkata tentang kesabaran Nabi Ayub a.s. dan munajat yang dibacanya: 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah Maha Penyayang daripada semua (yang lain) yang penyayang". (Al-Anbiya' [21]: 83)

Risalah tersebut telah menerangkan tentang sifat sabar Nabi Ayub. Tentang bagaimana Nabi Ayub tetap bersabar tatkala terkena penyakit. Namun, baginda tetap berasa risau. Bukan risaukan tentang kesakitan yang dirasainya. Tetapi kerisauan yang mana penyakit-penyakit berulat tersebut akan mengganggu ibadahnya.
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit yang menjejaskan zikr lidahku dan ibadah hatiku."
Biarpun Nabi Ayub a.s. ditimpa penyakit, beliau tidak berputus asa untuk terus bersabar. beliau menerima ujian Allah tersebut. Kalimah ini membawa erti bahawa biarpun bersabar, kemudian Nabi mengeluh. Bukan mengeluh ditimpa penyakit kesusahan. Sebaliknya mengeluh penyakit tersebut akan mengganggu ibadahnya kepada Allah Ta'ala.


Bab 2: Kesabaran Musibah


Aku merenung: Selalunya bila kebanyakan manusia kena penyakit kesusahan, mereka akan mengeluh susah bergerak atau susah mahu menjalankan tugas harian. Mereka akan mengadu kesakitan kesulitan keduniaan. Tapi berapa ramai daripada kita dapat bersabar dan bermunajat seumpama ini? Nak minta pertolongan kepada Allah akan kesukaran ini? 
Doa Nabi Ayub a.s.:
Maksudnya: "Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)." (Surah Saad [38] : 41)

Memang benar, bertawakal kepada Ilahi adalah jalan yang terbaik jika menghadapi kesusahan. Tapi berapa ramai yang yang mengeluh kerana kesukaran beribadat? 



Bab 3: Musibah zahir


Setelah mentelaah Lamaah ke-2, saya terbayangkan  masalah dari aspek kondisi diriku sendiri. 

Seperti yang diketahui umum, saya pernah terlibat dalam sebuah kemalangan. Sedikit rumusan:
Pada peringkat awal, aku telah dilaporkan mempunyai Traumatic Brain Injury. Hasilnya adalah yang mana aku mempunyai beberapa komplikasi proses otak. Antaranya adalah koordinasi kawalan anggota badan dan masalah ingatan. Pada peringkat awal, aku juga mempunyai masalah amnesia (retrograde & anterograde amnesia). Perkara tersebut tidaklah merunsingkanku. Akan tetapi, terdapat satu perkara yang paling merunsingkanku. Yakni masalah ingatan yang aku hadapi. Aku menghadapi masalah ini apabila ingatanku terganggu setiap kali menunaikan solat. Aku selalu menghadapi situasi sebegini, "Eh? Tadi rakaat kedua atau pertama?" atau "Eh? Tadi aku buat tahiyat awal ke tak?". Aku sering mengalami kerisauan ini ketika menunaikan solat.
Maka, ramai pasti akan bersetuju jika dikatakan bahawa ia adalah angkara gangguan syaitan. Benar. Saya tidak akan menyangkal pemikiran itu. Tapi, apakah kemungkinan ia mampu berlaku jika saya memiliki ingatan yang kuat? Mungkin... Anything is possible.. Tapi, hakikatnya ibadah hatiku lebih mudah terganggu apabila

Itulah aku terfikirkan hakikat musibahku sendiri. Ku amalkan berzikir doa dengan berkata:
"Ya Allah Maha penyayangSesungguhnya aku ditimpa masalah ini, menerima gangguan ibadat.  Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit yang menjejaskan ibadah hatiku. Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan dengan kesusahan dan azab seksa kesakitan. Aku khuatirkan gangguan ini mampu melahirkan zarah kufur dalam hati. Ya Allah! Perbaikilah diriku agar dapat menguatkan imanku dan ibadat amalku."
Sesungguhnya musibah yang selalunya kita lihat adalah seumpam sebegini, "Alamak patah kaki pula. Jawabnya, esok aku tak dapat pergi kerja. Kena potong gaji la macam ni". Mungkin berlaku sebegini juga dalam bentuk yang lain seperti penyakit, kesakitan dan masalah. Apa yang dirisaukan adalah hanya pada hal-hal dunia. Wahai ahli dunia! Seharusnya kesabaran hakiki bukan hanya pada "Sabar la.. Biar je.". Sesungguhnya Nabi Ayub a.s. telah mendapat pujian langit dan bumi apabila baginda bersabar dengan keadaannya. Lalu ia berserah pada Ilahi kerana merisaukan penyakitnya akan mengganggu ibadatnya kepada Allah s.w.t. Bukan hanya sabar kosong tanpa hidayah dan tawakal.

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang