Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Orang-orang Yahudi terpecah ke dalam 71 atau 72 golongan, demikian juga orang-orang Nasrani, dan umatku akan terbahagi kepada 73 golongan.”
[HR. at-Tirmizi & Abu Daud]
Dalam riwayat lain yang panjang, semua umat Nabi akan masuk neraka kecuali satu. Tiada siapa mampu menilai lagi siapa 73 puak itu melainkan satu iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah; Yang mengikuti cara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. NAMUN, aku dapat kesan golongan yang termasuk dalam 72 golongan lain itu. Bukan secara zahir yang dikenali umum. Tetapi dari segi sifatnya. MAKA dengan itu aku mengkecam manusia yang mempunyai sifat jenis-jenis puak ini yang jelas jauh daripada sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat:
- Syiah moden - Taksub akan seseorang atau sesuatu duniawi.
- Khawarij moden - 'Membunuh' golongan yang bukan sekutunya.
- Mu'tazilah - Hanya bergantung pada logik demi beramal.
- Jabariyah - Menafikan usaha manusia. "Manusia telah ditempat di syurga/neraka"
Apakah kita termasuk dalam ini atau dalam ahli sunnah? Jika ahli sunnah, apakah kita berasa diri sentiasa lebih mulia berbanding yang lain? Tiada darjat kemuliaan seseorang itu melainkan takwanya pada Allah. Pernahkah anda amalkan taubat? Taubat bukan hanya perlu tunggu dosa besar. Setiap manusia pasti ada kelemahannya. Aku juga bukan sempurna. Pernah juga melampau batas. Istighfar hiasan tengkukku.
Allah SWT telah berfirman (yang bermaksud):
Wahai Mukmin! Janganlah satu puak mencemuh-cemuh dan merendah-rendahkan suatu puak yang lain. Janganlah memberi gelaran buruk atau mengaibkan sesiapa. Sesungguhnya mereka yang dicemuh adalah lebih baik daripada pengeji dan pencemuh. Larangan tersebut menjadikan mereka yang melakukannya menjadi fasik; memasukkan mereka ke dalam golongan yang zalim selagi ia tidak bertaubat. Jauhilah sangkaan, syak wasangka dan tuduh menuduh. Dan jangan juga mengintip-intip, mengintip dan mencari keaiban suatu puak yang lain. Dan jangan pula mengumpat-umpat puak yang lain.
Wahai jiwaku! Sesungguhnya manusia telah diciptakan berbeza-beza; berjantina, berbilang bangsa, dan berpuak-puak supaya saling berkenalan dan saling bermesra (berbelas kasihan). Sesungguhnya kemuliaan seseorang di sisi Allah adalah (hanya) pada kelebihan takwanya pada Allah; bukan darjat, jantina, bangsa atau puak. (Syarah Al-Hujurat, ayat 11-13)
Sedikit perkongsian: Adab berkhilaf (beza pendapat) --> http://bit.ly/khilaf


0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang