09 September 2012

My Sirah - Chapter 5

◄ Chapter 4 - Dahuluku Yang Lama

Detik Hijrah

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
برحمت الله تعالى على ارحمنا


Prakata


Sebelum ku memulakan perhayatan bahagian terkini. Biarku ceritakan setipis personalitiku: Dulu aku adalah seorang yang paranoid terutama tika di jalanan. Tidak ku percayai sesiapa. Namun ironiknya, aku mendapat hijrah ke kini angkara sifat paranoid ini.

Sepanjang hijrah ku, terdapat 4 perkara yang telah mengubah kepada diriku yang baru:


  1. Satu doa yang dibacaku;
  2. إنّا لله و إنا إليه راجعون، اللَّهم آجــرني في مصيبتي و اخلف لي خيرًا منها
    Maksudnya: Sesungguhnya aku adalah milik Allah dan kepada-Nya aku kembali. Ya Allah, berilah aku pahala diatas musibahku ini. Dan gantikanlah padaku dengan suatu yang lebih baik daripadanya.
  3. Mimpiku.
  4. Kalimah ayat 81, Surah Al-Baqarah;
    (Sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya)
  5. Badiuzzaman Said Nursi.
Aku akan berikan huraian mengenainya nanti dalam risalah ini.


Noktah 1: Pre-Hijrah


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah hendakkan kebaikan padanya, nescaya Allah akan mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)


Aku menjalankan kehidupan seperti biasa. Segalanya berubah pada pagi 21 Oktober 2011 (Jumaat). Aku berada dalam perjalanan menghala ke kelas pada pagi itu. Kalau tak salah, kelas bermula pada jam 10.00 pagi. Ketika diatas motor, aku telah terlibat didalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi. Tidak dapat ku ingat apa yang berlaku. Semenjak itu, kehidupan ku mula menjadi kucar-kacir. Ibubapa ku telah dihubungi di tempat kerja mereka Mengikut kisah yang ku dengar, aku telah bertembung dengan sebuah lori 1 tan. Kemudian, aku kerap berpindah randah hospital. Pada mulanya, mereka hendak masukkanku ke Hospital Serdang. Tetapi memandangkan tiada pakar yang sesuai dengan situasuku, mereka terpaksa menghantarku ke Hospital Kelang. Tetapi juga, timbul pula masalah lain. Pusat ICU Hospital Kelang terlalu penuh. Maka, aku terpaksa juga dimasukkan ke Hospital Serdang. Lalu dalam masa 24 jam, aku telah dipindahkan ke Hospital Kelang dalam keadaan yang masih tidak sedar diri. Ada juga ku dengari 
aku kerap masuk dan keluar hospital hinggakan bapaku hilang perkiraannya. Pihak hospital telah memberikan diagnosis "Traumatic Brain Injury" padaku. Bererti aku telah mengalami hentakan hebat pada kepalaku ketika kemalangan tersebut. Oleh kerana itu, aku telah mengalami masalah ingatan iaitu Anterograde Amnesia dan Retrograde Amnesia (google jika mahu tahu mengenai kondisi ini).




Otak ku menjadi "luar biasa". Macam kanak-kanak pun ada.. Pernah sekali aku pergi ke hospital untuk temujanji dengan doktor. Salah seorang jururawat terkejut melihat (aku pun rasa pelik pasal itu). Dia bertanya, "Tak nyanyi hari ini?" Aku pun bertambah pelik. Sebab seingat aku, aku tak suka nyanyi di tempat awam. Lalu ku tanya ibuku mengapa jururawat berkata sebegitu. Aku mendapat maklumat, rupa-rupanya aku suka melalak menyanyi lagu "Kiroro - Mirai E" pada waktu terapi. (Pelik betul..)

Iparku, "Naif" juga turut mengatakan bahawa pada suatu ketika, aku pernah diurut. Ketika diurut, pada suatu saat aku seolah-olah ada berbual dengan "jin". Aku telah membaca Firman Allah s.w.t.:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
(Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada-Ku)

Ia seolah-olah aku yang sedang masih tidak "betul" tetapi mahu berdakwah kepada jin dihadapanku (mengislamkannya). Namun mungkin memang benar. Kerana aku sentiasa merasa seperti terdapat sesuatu sering mengikutku. "Bahu" sering berasa "berat".

Dan bermulalah detik perubahanku..



Noktah 2: Hijrah Permula


Aku mula sedarkan diri seperti biasa pada 26 November 2011, Sabtu. Maka, dengan itu, 1 Muharram 1433 adalah hijrahku yang sebenar seperti hijrahnya Nabi s.a.w. ke Madinah.

Ingatan ku masih samar-samar ketika itu. Ingatanku masih belum pulih. Sekarang turut masih lemah. Sebagai contohnya, aku terlupa di mana aku telah letakkan kaca mataku. Angkara itu, aku terpaksa membuat cermin mata baru. 

Seperti yang dikatakan, aku mempunyai masalah "Retrograde Amnesia". Kerana itu, banyak perkara sebelum kemalangan telah dilupakan. Aku lupa siapakah guru tempat ku belajar. Aku lupa rakan-rakan sekelasku. Malah, aku juga turut terlupa pada beberapa saudaraku. Aku hanya ingat pada mereka yang rapat denganku.

Ketika aku mulai pulih kembali, aku sedar seolah-olah baru bangun dari tidur. Tidak kukenali kawasan sekelilingku. Ku berasa pelik. Padahal aku berada di kampungku di Johor Bharu. Masakan aku tidak lupa. Rumah itu (yang lama) telah dirobohkan dan bangunan baru telah dibangunkan di lokasi yang sama. Aku hanya ingat sebatang pokok durian dalam kawasan tersebut tetapi kini tiada. haha

Dalam masa pulih dari masalah "cognitive problem", Naif telah memaklumkan padaku tentang ayat tersebut dan mengingatkanku pada kalimah pertama diatas. Memesankan padaku supaya membaca doa tersebut.

Dalam jangkamasa seminggu setelah sedar, saya kerap bermimpi pelik-pelik. Walaupun saya tidak dapat ingati peristiwa kemalangan, saya tetap bermimpi setiap malam dalam seminggu tentang penglibatan dalam satu kemalangan. Maybe this is what they call, Post-traumatic Recalls.

Macam-macam perkara yang aku lalui pada bulan Disember 2012 - Januari 2012.

Antara perkara lain adalah aku kembali kepada keadaan diriku 20 tahun yang lalu. Amat mudah bagiku untuk menjadi marah. Bila-bila masa boleh menjadi marah. Astaghfirullahal'azim. Juga mengalami beberapa perkara lain.


Noktah 3: Hijrah Hakiki 


Sabda Nabi s.a.w., "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah akan memberikan kefahaman agama kepadanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ingat tak bila saya ceritakan tentang mimpi di atas? Benarkan saya ceritakan tentang salah satu mimpi pelik lain. Mimpi pasal kawin ke? hmm.. Eh, bukan! Bukan! Mimpi lain lah. hehe.. (setipis gurauan kecil)

Dalam salah satu mimpi ku, aku bermimpi telah didatangi seorang lelaki. Tetapi aku tidak ingatkan siapa. Dalam mimpi tersebut, lelaki tersebut telah menyuruhku dakwah (seru kebaikan) menggunakan Facebook. Aku pun berfikir; "macam mana nak dakwah? Facebook pun aku jarang guna. Facebook tu satu; Nak dakwah pasal apa pun aku tak tahu! Lelaki tersebut turut maklumkan bahawa perkara yang ku jahil tidak perlu dirisaukan. Aku akan dapat bila sampai masa". Setelah sedar dari buaian, saya khuatir bahawa ia adalah mainan syaitan. Oleh itu, saya telah abaikan (lupakan) mimpi tersebut hinggakan...

Pada suatu hari, salah satu kenalanku telah mengajak ku mengikuti sedikit kelas pemahaman Quran. Guru tersebut telah mengajar tafsiran beberapa ayat. Tetapi semuanya telah kulupakan (terlupa) angkara masalah ingatanku. Kecuali satu ayat iaitu ayat 81 Surah Al-Baqarah yang ditafsir bermaksud, barangsiapa yang hanyut dalam dosa-dosa (tanpa taubat), maka ia akan kekal dalam neraka tanpa mengira samada ia bernama, Islam (muslim). Maka, sesiapa yang ditenggelamkan oleh arus dosanya, akan hilang iman tiada walaupun sebesar biji sawi (kerana enggan bertaubat [lagi]).

Namun, ketika ini saya masih tidak dapat ingati mimpi tersebut. Tambahan pula, hijrahku masih belum dapat masuk ke peringkat kedua. Aku masihlah seorang ahli ibadah yang jahil. Hanya berpegang kepada ayat 81 surah al-Baqarah ini.


Noktah 4: Badiuzzaman Tajdidan


Tidak lama kemudian, ibu saudaraku, Nur Azlina AKA Cik Ina telah menghadiahkan sebuah buku terbitan PTS hasil tulisan Abdul Latip Talib; Iaitu buku novel Badiuzzaman Said Nursi.

Disini aku benar-benar dapat rasakan kasih sayang Allah sepenuhnya padaku. Bukan sahaja mengembalikanku ke jalan yang lurus menjadi hambanya, malah memberikan kefahaman agama padaku. Memberikan peluang padaku bagi menguatkan imanku lagi. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. Ku iringi dengan sujud syukur pada suatu saat dahulu. Kini tetap dilakukan.


Sesudah itu, hatiku telah terbuka untuk menjadikan Ustad al-Nursi sebagai lilin dalam dunia Islam yang semakin malap ini. Telah timbul hasrat untuk menggunakan Risalah An-Nur sebagai pembaharu agama selari dengan wasiat Ustad Al-Nursi.

Di suatu masa, Allah Azzawajalla turut membuka lalu bagiku untuk memperolehi lebih banyak kefahaman agama apabila Cik Ina telah menghubungkanku pada Ustad Sadik bagi mengikuti usrah Madrasah Hayrat yang akan membentangkan Risalah An-Nur. Sudah itu, aku mulai mengikuti usrah Hayrat.

Maka dengan itu, aku telah menggunakan Risalah An-Nur sebagai bulan bagi menggantikan matahari yang terbenam ATAU lilin bagi menggantikan lampu yang terpadam. Teringat pada kata-kata Ustad Said Nursi, "Aku bukan mujaddid. Tetapi risalah ini akan menjadi tajdid-nya"

Dengan itu, semenjak saat itu, aku telah menggunakan facebook dan blog sebagai landasan bagi membawa pembaharuan agama apabila melihatkan ramai yang menjadi hamba dunia tanpa diri mereka sedari. Aku gunakan Risalah An-Nur beserta kemahiran grafik-ku. Namun, ku tetap tidak kejar dunia seumpama ramai lakukan. Aku hanya mengejar kematian. Bukan mahu mati. Tetapi mahu bertemu "kekasih" di sana. Aku hanya berserah kepada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang untuk menentukan hala tujuku. INSYAALLAH

Tajdidanul Akhlaq

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang baik." 
(Riwayat Ahmad)
Berdasarkan pesanan tersebut (mimpi), aku tidak akan bergerak ke arah mengajar agama (ibadah zahir). Kerana sudah ramai ulama yang lebih arif mengajar agama; seperti contohnya Ustaz Hasrizal, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan sebagainya.

Maka dengan itu, aku akan bergerak menjurus ke arah menyempurnakan akhlak. Alhamdulillah Allah membuka jalan bagiku dengan mengilhamkan padaku agar menduduki jurusan psikologi pada ketika dahulu. Lebih melengkapkan misi aku dalam dunia yang semakin sekular ini; terlalu mementingkan sijil dsb dalam memberikan ucapan.

Aku terbuka hati untuk memimpin manusia ke arah akhlak yang sempurna.

Terutamanya apabila melihatkan ramai yang menjadi hamba dunia. Mungkin mereka tidak sedar. Taksub sana dan taksub sini. Taksub politik, kekayaan dan kemewahan serta sebagainya. Aku hanya dapat mengeluh. Aku tidak mahu katakan apa-apa karna aku juga pernah melampau batas, maka memudahkanku lebih memahami sifat-sifat sebegini.

Oleh itu, aku akan gunakan Quran, hadis dan Risalah An-Nur sebagai modalnya dalam perniagaan ini. Aku tidak mahukan apa-apa. Alhamdulillah aku hidup dalam zaman ini yang mana dapat menghalang diri daripada dikenali ramai. Kebetulan aku teringat satu peristiwa;

Pada 1 Syawal 1433, pakcik Azam mengatakan padaku: "Boleh jadi mujaddid ni!" Aku tersenyum tetapi enggan menjadi mujaddid kerana beban tanggungjawab. Khuatir makan diri. Aku tak nak termasuk ke dalam golongan ke neraka. Tatkala ketika hampir masuk ke syurga, Allah tidak membenarkan ku masuk. Kemudian ku tanya: "Mengapa? Bukankah banyak kebaikan ku lakukan? Malah membawa pembaharuan agama." Lalu Allah s.w.t. berfirman: "Walau banyak kebaikan yang kamu telah lakukan tetapi kamu lakukan kerana mahukan gelaran mujaddid". Lalu aku dicampak ke api jahanam. TAK NAK! Aku enggan! Aku lebih rela membantu dalam menghasilkan mujaddid daripada menjadi mujaddid.

Memang benar aku mudah mendapat kefahaman agama, Allah kurniakan ilham tatkala melihat ayat Quran dan hadis. Tetapi aku enggan membuat tafsiran sendiri. Khuatir syaitan jadi mesin penafsir. Lebih suka jadikan perkara lain sebagai tajdiddan daripada diri menjadi tajdid agama. Aku hanya RELA jadi tajdid akhlak bersama kelayakan psikologi ku. BUKAN tajdid agama. Hasilkan tajdid; bukan jadi tajdid. Biarlah orang lain jadi. Aku ENGGAN biarkan akhlak rosak dan iman pulus angkara syahwat.

Sebenarnya, banyak lagi ku boleh ceritakan. Tetapi biarlah sampai sini sahaja. Aku TAKUTkan penyakit TAKBUR memakan diri.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang dihatinya mempunyai perasaan takabbur walau sebesar zarah."
(Riwayat Muslim)
Lebih baik aku menjauhi perkara yang membawa syahwat (nafsu jahat), ketaksuban dan perkara yang mampu melahirkan perasaan riyak biarpun ia hanya molekul-molekul kecilnya.

Kemana arah tujuku, ku serahkan pada Ilahi. Di mana bumi ku pijak, di situ aku seru akhlak. Awan panas menutup, awan panas ku guna. Hasbunallah wa ni'mal Wakil.

NA'UDZUBILLAH MIN SYARRI MA KHOLAQ. SEKIAN, TERIMA KASIH. ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH.