Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi ﷺ bersabda:
إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا ، مِائَةً إِلاّ وَاحِدَةً، مَنْ أحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu, siapa yang menjaganya maka dia masuk syurga.”
(Riwayat al- Bukhari, no.2736, Muslim, no.2677 dan Ahmad, no.7493)
[ M U K A D D I M A H ]
Dalam dua minggu ini setelah pergi ke madrasah hayrat, kami telah membincangkan tambahan bagi Kalimah Ke-17, Risalah an-Nur. Dalam al-kalimat ini, Ustad Nursi telah membentangkan bahawa terdapat banyak jalan boleh digunakan. Dua daripadanya adalah seperti jalan yang diikuti oleh ahli tarekat; yakni Nafusu As-Saba’ah dan Latiaf ‘Asyarah;
Namun, setelah mendalami risalah ini, aku mendapat tahu bahawa Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960) telah memperkenalkan Hakikat Iman yang boleh dijalankan satu jalan. Hanya ada 4 langkah dan aku terasa ia lebih mudah. Ia adalah:
- Al-'Ajzu (kelemahan)
- Asy-Syafaqah (kasih)
- Al-Faqru (kefakiran)
- At-Tafaqur (tafakur)
Menurut Ustad al-Nursi, melalui ajzu, seseorang mengakui kelemahannya lalu hanya meminta mengakui kebesaran Allah. Sebegitu juga yang lain dan seterusnya. Melalui jalan ini, ia akan mengenali Asmaul Husna. Perbincangan telah membawa kepada kaedah mencapai maqam ini. Seperti contohnya, melihat kepada seseorang yang bernama "Rahim" dan teringat kepada "ar-Rahim". Contoh lagi adalah melihat meja makan sesuatu barang, teringat kepada "al-Khaliq".
Aku mendapat jalan ini daripada kata-kata, "sebaik-baik insan, nescaya ada kelemahannya. Dan seburuk-buruk insan ada kebaikannya." melalui hakikat firman Allah SWT (95:4), "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." Sebagai seorang ahli haq, semua jalan itu juga turut membawa ku mengingati Asmaul Husna.
MAQAM PERTAMA: Penyucian
رِجَالٌ يُحِبُّونَ أن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Ini adalah jalan yang aku gunakan dengan mengakui kelemahan diri. Aku mengakui bahawa aku bukanlah yang terbaik antara semua. Malah, ada manusia yang lebih baik daripadaku, biarpun termasuk yang kufur pada Ilahi. Aku sentiasa rasa diri terdapat kekotoran walaupun hanya debu-debunya. Lalu aku mengusahakan menyelami hakikat alamiyah dan membersihkan diri.
Aku berusaha membersihkan diri. Aku memperingatkan bahawa aku bukanlah seorang nabi; lalu bukanlah maksum. Maka aku pasti akan pernah membuat kesilapan. Barangkali kezindikan ada pernah lahir dalam diriku. Yakni, aku tidak sedar aku melahirkannya. Lalu aku sering iringkan istighfar.
Aku mahukan syurga, takut Allah campakkan diriku ke dalam neraka. Maka aku mengusahakan menyucikan diri. Taubat dan istighfar aku kerapkan. Dan aku berusaha menjauhi diri dari kekotoran rohani. Sebagaimana Allah Azzawajalla berfirman:
MAQAM KEDUA: Redha
Seperti yang dikatakan, aku tidak merasa bahawa aku adalah yang terbaik. Malah barangkali harus pembaca lebih baik daripada diriku. Sebagai seorang ahli hakikat, aku meredhai yang baik dan aku juga meredhai yang buruk.
Dalam redha maknawi, aku harus membersihkan diri daripada zindik 'keterpaksaan'. Aku harus menerima kesan yang baik dan hikmah dari yang buruk menimpa. Sebagai contohnya: Kemalangan motorku. Aku melihat kebaikan daripada hikmah yang menimpa; membawaku ke maqam kebaikan. Begitu juga teguran manusia. Aku melihatnya sebagai teguran Ilahi. Barangkali harus perkara buruk yang menimpaku ada kebaikannya. Teguran kepada diri. Bukti ar-Rahim ar-Rahman. Keredhaan hakiki.
Pada terjemahannya, kalimah arab Mufakkir bererti pemikir. Namun hanya sekadar pemikir, pasti rasa tergantung. Lalu aku terapkan Riyadhah dan kembara rohani. Bagi membersihkan diri, aku sering mengamalkan riyadhah bagi penyucian diri.
Melalui jalan ini, aku amalkan pengembaraan rohani. Melalui jalan ini juga, aku mengusahakan menjauhi perasaan riyak. Aku cuba selami kefakiran diri dan al-'ajzu (kelemahan) pada diri dengan prinsip kehidupan diri.
Dengan jalan ini, aku dapat melihat 'bicara' Ilahi kepada diriku. Aku berusaha membersihkan diri daripada kezindikan, tanpa membuang segaka fitrah kejadian diriku.
Aku sering mengasingkan diri untuk melakukan penjelajahan rohaniku. Seperti keadaan Islam, aku telah menjadi: Aku bermula dengan terasing dan kini kembali terasing. Aku sering merenung dan merenung ke penjuru hatiku bagi mengesan sebarang kesilapan diri. Apakah ada melakukan kesilapan. Maka, taharah atau zakra (penyucian diri) yang ingin lakukan barangkali tidak lengkap tanpa melalui proses ini.
Selain berusaha menjauhi kezindikan, aku juga sering berfikir kaedah untuk melengkapkan jalanku.
MAQAM KEEMPAT: al-Khair
Dengan jalan ini, aku mengusahakan membuat kebaikan. Nabi juga turut mengatakan bahawa sesiapa yang membuat kebajikan akan mendapat ganjaran bagi ganjaran itu dan juga akan mendapat ganjaran seperti orang yang mengikuti.
MAQAM KELIMA: Yusru
[ P E N U T U P ]
Aku lihat kebelakangan ini ramai yang mula mahu beragama. Alhamdulillah. Namun ramai yang tertinggal bahagian penting iaitu akhlak. Malah ramai juga lupa untuk mempermudahkan cara beragama. Ramai juga menjadikan ia suatu yang berat untuk dijalankan; menjadikan ia suatu yang menyusahkan. Lalu ramai semakin menjauhi agama. Mereka lupa kepada pesanan Rasulullah ﷺ:
Saya membentangkan lima jalan tersebut bukan bererti saya menyuruh sesiapa mengikuti. Hanyalah ia adalah jalan saya yang tersendiri. Dan jalan saya ini saya panggil "Siratal Ihsan". Saya merasakan ia paling sesuai dengan diri sendiri. Maka, carilah jalan yang mudah untuk kamu beragama tanpa meninggalkan yang haq syarak.
Aku rasa nak tergelak pun ada ketika usrah. Mungkin aku tersalah dengar. Tetapi terasa seperti seseorang telah menggelarku "ahli sufi". HaHaHa. Sebaliknya aku kata, aku bukan ahli sufi. Malah, jauh lagi. Aku tak mampu capai maqam sufism. Namun begitu, aku tetap terasa jalan yang telah ditunjukkan oleh Ustad Nursi adalah hampir kepada jalan ku sendiri. Dan jalanku ada 5 maqam:
- Zakra
- Ridho
- Mufakkir
- Khair (kebaikan)
- Yassir (permudahkan)
Aku mendapat jalan ini daripada kata-kata, "sebaik-baik insan, nescaya ada kelemahannya. Dan seburuk-buruk insan ada kebaikannya." melalui hakikat firman Allah SWT (95:4), "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." Sebagai seorang ahli haq, semua jalan itu juga turut membawa ku mengingati Asmaul Husna.
MAQAM PERTAMA: Penyucian
رِجَالٌ يُحِبُّونَ أن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَAku berusaha membersihkan diri. Aku memperingatkan bahawa aku bukanlah seorang nabi; lalu bukanlah maksum. Maka aku pasti akan pernah membuat kesilapan. Barangkali kezindikan ada pernah lahir dalam diriku. Yakni, aku tidak sedar aku melahirkannya. Lalu aku sering iringkan istighfar.
Aku mahukan syurga, takut Allah campakkan diriku ke dalam neraka. Maka aku mengusahakan menyucikan diri. Taubat dan istighfar aku kerapkan. Dan aku berusaha menjauhi diri dari kekotoran rohani. Sebagaimana Allah Azzawajalla berfirman:
Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat". (Surat Taha 20:76)
MAQAM KEDUA: Redha
وَلِيَبْتَلِيَ اللَّـهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ
Seperti yang dikatakan, aku tidak merasa bahawa aku adalah yang terbaik. Malah barangkali harus pembaca lebih baik daripada diriku. Sebagai seorang ahli hakikat, aku meredhai yang baik dan aku juga meredhai yang buruk.
Dalam redha maknawi, aku harus membersihkan diri daripada zindik 'keterpaksaan'. Aku harus menerima kesan yang baik dan hikmah dari yang buruk menimpa. Sebagai contohnya: Kemalangan motorku. Aku melihat kebaikan daripada hikmah yang menimpa; membawaku ke maqam kebaikan. Begitu juga teguran manusia. Aku melihatnya sebagai teguran Ilahi. Barangkali harus perkara buruk yang menimpaku ada kebaikannya. Teguran kepada diri. Bukti ar-Rahim ar-Rahman. Keredhaan hakiki.
Nabi ﷺ bersabda: "Sungguh ajaib (beruntung) perihal orang yang beriman. Segala perkara/urusannya adalah kebaikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan dia bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya (mendapat pahala kebaikan). Dan apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya (mendapat pahala kebaikan)." (HR. Muslim)
MAQAM KETIGA: Mufakkir
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ ، وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ، وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُولُو الأَلْبَابِ
Pada terjemahannya, kalimah arab Mufakkir bererti pemikir. Namun hanya sekadar pemikir, pasti rasa tergantung. Lalu aku terapkan Riyadhah dan kembara rohani. Bagi membersihkan diri, aku sering mengamalkan riyadhah bagi penyucian diri.
Melalui jalan ini, aku amalkan pengembaraan rohani. Melalui jalan ini juga, aku mengusahakan menjauhi perasaan riyak. Aku cuba selami kefakiran diri dan al-'ajzu (kelemahan) pada diri dengan prinsip kehidupan diri.
Dengan jalan ini, aku dapat melihat 'bicara' Ilahi kepada diriku. Aku berusaha membersihkan diri daripada kezindikan, tanpa membuang segaka fitrah kejadian diriku.
Aku sering mengasingkan diri untuk melakukan penjelajahan rohaniku. Seperti keadaan Islam, aku telah menjadi: Aku bermula dengan terasing dan kini kembali terasing. Aku sering merenung dan merenung ke penjuru hatiku bagi mengesan sebarang kesilapan diri. Apakah ada melakukan kesilapan. Maka, taharah atau zakra (penyucian diri) yang ingin lakukan barangkali tidak lengkap tanpa melalui proses ini.
Selain berusaha menjauhi kezindikan, aku juga sering berfikir kaedah untuk melengkapkan jalanku.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surat Al-Hajj 22:46)
MAQAM KEEMPAT: al-Khair
Aku teringat kepada sebuah hadis yang mana Nabi ﷺ mengatakan bahawasanya agama itu adalah akhlak yang baik (mulia/soleh). Akhlak yang baik itu adalah memelihara tangan dan lidah serta nafsu. Selain itu juga, akhlak yang baik termasuk membuat kebajikan sesama insan.وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
Dengan jalan ini, aku mengusahakan membuat kebaikan. Nabi juga turut mengatakan bahawa sesiapa yang membuat kebajikan akan mendapat ganjaran bagi ganjaran itu dan juga akan mendapat ganjaran seperti orang yang mengikuti.
MAQAM KELIMA: Yusru
Dalam perihal ini aku perlu berhati-hati. Yusru membawa erti permudahkan. Dalam hal agama, lafaz mudah boleh ada dua makna:وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
- Permudahkan cara; Tidak merasakan sifat-sifat keberatan/keterpaksaan dalam beragama. Lalu ia merasakan agama mudah untuk dilaksanakan.
- Mengambil mudah; Menjadikan urusan agama suatu yang remeh untuk dijalankan. Lalu tiada keikhlasan dalam amal.
[ P E N U T U P ]
Aku lihat kebelakangan ini ramai yang mula mahu beragama. Alhamdulillah. Namun ramai yang tertinggal bahagian penting iaitu akhlak. Malah ramai juga lupa untuk mempermudahkan cara beragama. Ramai juga menjadikan ia suatu yang berat untuk dijalankan; menjadikan ia suatu yang menyusahkan. Lalu ramai semakin menjauhi agama. Mereka lupa kepada pesanan Rasulullah ﷺ:
"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhi kamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saya membentangkan lima jalan tersebut bukan bererti saya menyuruh sesiapa mengikuti. Hanyalah ia adalah jalan saya yang tersendiri. Dan jalan saya ini saya panggil "Siratal Ihsan". Saya merasakan ia paling sesuai dengan diri sendiri. Maka, carilah jalan yang mudah untuk kamu beragama tanpa meninggalkan yang haq syarak.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam beragama melainkan ia dikalahkan,. Perbetulkan, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramla pada waktu selepas subuh, selepas tergelincir matahari dan sebahagian malam." (Riwayat al-Bukhari)

0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang