
HARAP MAAF: Adalah dimaklumkan bahawa bahagian ini masih belum lengkap. Ia masih didalam proses penulisan. Oleh kerana itu, saya ingin memohon maaf. Dan diharap agar pihak tuan/puan/cik dapat bersabar sehingga ia telah disiapkan.Sementara itu, sila hayati maksud "AL-IHSAN" dari sudut bahasa. Dan sila hayati baca bahagian berikut terlebih dahulu:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a, katanya : "Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah s.a.w serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah s.a.w., lalu berkata;
Pemuda : Khabarkan aku tentang Islam.
Rasulullah : Islam adalah; hendaklah mengucap syahadah - bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasul Allah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Pemuda : Benar katamu.(Kami merasa hairan dengan tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya)
Pemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman.
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan.(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Dahulu Kata
Hmm... Melihatkan hadis ini, aku teringat pada buku yang ku baca tidak lama dahulu iaitu buku 3i, Islam, Iman dan Ihsan. Pada mulanya aku hairan, dari mana datangnya "3i" ni? Lepas nampak hadis ni barulah aku, "Ooh, dari sini rupanya konsep ni datang."
Sebelum jumpa hadis ni, saya pernah berbual dengar emak saya tentang 3i. Beliau berikan pembentangan berbeza; kalau tak salah, dia cakap 3i yang bermaksud, "Islam, Ilmu & Ikhlas". Mungkin ramai fikir macam ni juga. Dari segi pemahamanku, mungkin tidak salah fikirkan sebegitu.
Islam - seperti semua lihat secara kebiasaan, perkara berkaitan Rukun Islam
Ilmu - Siapa yang beramal tanpa ilmu memang jahil lagi bodoh.
Ikhlas - Keikhlasan dalam beribadah.
Tapi setelah berjumpa hadis ni, pemikiranku mula menjadi lebih faham akan buku tersebut. Dan sesungguhnya 3i hakiki memang benar-benar mempunyai maksud tentang keislaman, ilmu & keikhlasan. "Macam mana tu!?" Saya sudi berkongsi pemikiran ini.
1. ISLAM
Seperti dinyatakan di atas, memang benar Islam banyak merujuk kepada Rukun Islam
- Mengucapkan dua kalimah syahadah - Asyhadu 'an laa ilaha illAllah, Muhammad Rasulullah
- Menunaikan solat (5 waktu)
- Berpuasa (di bulan ramadhan)
- Membayar zakat (jika berkelayakan)
- Menunaikan haji (sekiranya mampu)
Nampak senangkan? Ramai memikirkan bahawa dah cukup jika nama Islam. Tapi cukup ke? Teringat pada 2 hadis; (1) Islam pada nama, dan (2) Tidak memahami erti kalimah syahadah sebagai kunci syurga.
Apakah benar ia adalah Islam hakiki jika menjadi Islam hanya pada nama tapi perkara lain tidak terjaga & pintu syurga tidak difahami? bagaimana mahu buka pintu jika tiang agama tidak dijaga?
Daripada Abu Umamah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kamu kepada Tuhanmu; tunaikanlah solat lima waktu, berpuasalah pada bulanmu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta, kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu (berakhlak); nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu." (Riwayat at-Tirmizi)Makanya, Islam merujuk pada ibadah, ibadah dengan menunaikan amalan dengan Ihsan kerana Allah.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga;" (at-Taubah 9:111)
2. IMAN
..Akan bersambung...