Alhamdulillah.. selamat aku melalui 1433 Hijrah dan kini hampir penghujung (lagi 4 hari) bagi tahun 2012 Masihi. Tahmid ku ucapkan kerana selamat melalui kedua-dua zaman.
Banyak juga pengalaman pahit yang ku boleh kongsikan. Pada mulanya, saya berat hati mahu berkongsi riwayat kerana takut ia menghasilkan bau-bau keriakan, serta saya khuatir jika membuka aib diri. Namun, saya lebih suka berkongsi cerita. Ayuh perdengarkan peristiwa yang dilalui jasadku. Tentang jiwa, saya telah kongsi dalam kembara rohani. Saya akan buat sebaik yang diri lemah ini mampu lakukan. InsyaAllah.
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aku berlindung dengan Allah daripada segala keburukan
Seperti yang diketahu, ketika itu aku berada dalam status pemikiran "keanak-anakan" berikutan peristiwa kemalangan yang telah menimpa diri lalu mempengaruhi keadaan jasad diri; seperti masalah cognition yang dialami.
Pada awal 2012, banyak juga perkara 'bodoh' yang aku telah lakukan. Seolah-olah diri adalah seorang kanak-kanak yang masih berumur 10 tahun, bercampur kenaifanku.
Catatan 1: Awal Tahun
Diantaranya: Aku masih dapat ingat diri telah post sesuatu di Facebook yang bertentangan dengan personaliti diri sebenar. Ketika itu, dalam kenaifan aku telah menyeru ramai orang melalui sebuah post agar pergi ke Perhimpunan Bersih 3.0. Dihatiku bukanlah berniat terhadap 'tunjuk perasaan' atau 'protes' kerana hakikatnya diri sendiri tidak meminati perkara seumpama itu. Tambahannya lagi, aku memang tidak suka kepada apa yang boleh berlaku; yang mana ia tetap berlaku seperti yang dijangka; tak perlu hiraukan siapa yang bersalah. Pointnya adalah pada apa yang berlaku; tanpa mengira siapa yang mulakannya. Padahal ketika itu aku dengan naif berfikir bahawa ia bagus kerana pada ukhuwah pada saat manusia, lalu menjadi assobah.
Namun begitu, hasilnya, telah berlaku sedikit perselisihan yang tidak logik dengan seorang sahabat kerana post yang 'bodoh' itu. Sahabat itu agak kasar juga sehingga menggusarkan hatiku.
Catatan 2: Facebook Addiction Disorder
Entah mengapa. Semenjak kembali daripada 'kehilangan', aku perasan diri mula menjadi seorang yang 'ketagihan' facebook; memperlihatkan simptom-simptom seorang yang ada Facebook Addiction Disorder yang mana saya tidak sukai.
Buat makluman, saya memang tak penah sukakan pada facebook semenjak awal biarpun diri adalah antara pengguna awal Facebook, setelah beralih dari Friendster; berikutan melihat 'ketagihan' facebook yang diperlihatkan oleh ramai."Bila aku nampak sesape guna komputer, mesti tengah buka facebook. Kat mamak facebook, kat CC pun facebook!" Namun, dapat aku pehatikan yang diri mula mempertunjukkan simptom-simptom yang dibencikan, pada tahun ini.
Catatan 3: Kembara Kemboja
Alhamdulillah aku dapat mencapai cita-cita pada tahun ini untuk pergi menuju ke Kemboja pada tahun ini. Aku telah mengikuti rombongan Global Peace Mission (GPM) untuk ke sana. Aku telah ke sana sempena sedikit nazar berikutan pemulihan daripada kondisi diri akibat kemalangan tersebut. Kami telah bertolak diawal pagi menaiki kapal terbang MAS dari KLIA.Pada hari pertama, kami penuhkan hari tersebut dengan amalan sembelih korban kerana dimaklumkan bahawa tersebut adalah hari terakhir sembelih korban dapat dilakukan, yakni pada hari yang ketiga (lihat gambar kanan).

Setelah selesai objektif pertama, aktiviti diikuti dengan sumbangan derma kepada anak-anak di sekolah anak-anak muslim di Kemboja. Selain itu juga, kami turut ke Kampung Cham (kalau ingatan ku tak salah) demi perasmian sebuah masjid di sana. Malah, kami turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada penduduk muslim di sana kerana kehidupan mereka yang kefakiran.
Nota: Aku terkejut apabila kami bertemu dengan rombongan dari JAKIM di sana. Mereka turut melakukan sumbangan kepada penduduk muslimin di sana.
Catatan 3: Fitnah
(Bahagian ini akan merujuk kepada jurnal fitnah yang saya pernah post sebelum ini
Berikut banyak peristiwa yang berlaku, banyak fitnah yang melanda diriku pada tahun ini. Panggilan daripada suami orang. Orang bersyak wasangka dan sebagainya. Aku harus berhati-hati selepas ini. Semuanya berpunca daripada facebook.
Catatan 4: Akaun Baru
Sehingga bulan 10 tahun ini, aku memang amat mudah mendapat ganggungan perasaan; memang agak sensitif. Memang banyak peristiwa yang berlaku yang mengganggu jiwaku. Memang betullah kata doktorku. Katanya aku akan mengalami perubahan personaliti. Memang terbukti kata-katanya apabila aku menjadi lebih sensitif berbanding dahulu.
Sebagai contohnya: Pada awal tahun, baranku yang telah ku buang pada +15 tahun lepas kerap datang.
Malahan, aku mudah merajuk. Haha.. Aku merajuk?! YA! Aku merajuk. Sesuatu yang amat jauh sekali.
Antaranya adalah aku merasa marah dengan facebook kerana namaku tidak boleh ditukarkan lagi. Lalu aku telah 'merajuk' dan membuat keputusan untuk menghapuskan akaun itu dan beralih kepada akaun baru. Betapa bodohnya alasan itu. Tidak lama kemudian, aku mula sedar bahawa itu adalah satu alasan yang tidak matang. Maka, aku telah membatalkan hasrat tersebut.
Namun kini aku telah kembali 'matang'. Namun, berikutan pengalaman yang lalui berikut fitnah dan masalah rohani kerana facebok, niat tersebut telah kembali dan menjadi lebih kukuh. Dan pada kali ini, aku telah tetap dengan keputusanku untuk menghapuskan akaun tersebut. Terlalu banyak masalah yang telah ditimbulkan oleh akaun tersebut. Aku mahu 'kembali' kepada cara penggunaan yang lama, yakni jarang menggunakannya. Kini aku telah pun menghapuskan akaun tersebut tanpa memaklumkan kepada sesiapa "beforehand", dulu aku telah lakukan. Aku telah membuat keputusan untuk 'membunuh' jiwa facebook-ku. Jika ada sesiapa yang bertanya, aku akan katakan yang aku telah menghentikan penggunaan facebook; padahal aku masih menggunakannya. Aku mahukan lebih privasi dari akaun baru ini. Selepas ini aku hanya akan tambah orang yang telah ku kenal dalam dunia realiti dan mereka yang aku OK dengannya.
Nota: Ah! Nampaknya aku telah terlupa akan niat asalku dan 'accept' friend request pada orang yang aku tidak kenali. Ahh! Biarkan sahaja! What's been done has been done. Selepas ini aku hanya akan add mengikut niat asalku.

0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang