Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Menyayangi
Aku berlindung dengan Allah daripada segala keburukan diriku.
Malam tadi around lepas pukul 12 malam (12/10/2012), aku dapat panggilan dari Syahrul memaklumkan; "ibu shag baru meninggal dunia". Ayat pertama yang ku balas adalah yang semestinya, إن لله وان اليه راجعون. Gerak hatiku suruh pergi menziarah tetapi aku tiada kemampuan bertambah kehujanan belum berhenti. Tambahan pula, aku masih 'mamai', tengah ting-tong lagi. Dapat panggilan semasa tengah tidur. Ntah mengapa aku boleh tertidur awal. Mungkin kerana hujan. Maka, syaitan telah membeli nafsuku.
Pagi ini aku membalas mesej takziah, disedekah al-Fatihah pada ibunya. Lalu aku teringat akan hadis ini. Lalu, alhamdulillah aku rasakan buat ibunya. Bukan gembira tetapi rasakan kasih-sayang Ilahi pada ibunya. SUBHANALLAH, Segala puji-pujian bagi Allah ar-Rahman kerana Allah telah mematikan ibunya pada malam Jumaat demi menyelamatkan ibunya daripada soalan kubur. Bukti kasih-sayang ilahi mengenangkan ibunya sebagai seorang yang sebenar-benarnya baik.Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah seorang muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah mahu menyelamatkannya daripada fitnah kubur (soalan kubur)." (HR at-Tirmizi)
Lalu tersinar satu cahaya padaku pagi tadi. Pernah juga aku impikan mahu menginggal pada Hari Jumaat. Teringatkan pada Khalifah Umar al-Khattab yang meninggal pada subuh hari Jumaat. Aku juga mahu mengikut jejak Khalifah ar-Rasyidin ini. Namun kini kubiarkan sahaja Allah menentukan segalanya.
Kemudian aku teringat pada peristiwa yang menimpa ku sendiri. Teringat pada 21 Oktober 2011, lagi 9 hari cukup setahun. Allah telah 'mematikanku' pada hari yang juga adalah Jumaat. Allah telah mematikan diriku yang lama. Kesyukuran dirasai. Akibat kematian ini, telah membalikkan kehidupan lalu diriku 180 darjah yang dahulunya fasik, kufur dan jahil BERUBAH KEPADA diriku yang baru ibarat kehidupanku diperingkat awal pertumbuhan. Allah telah mengembalikan kemampuan lamaku dalam memahami manusia dan pemahaman agama. Maka, Allah telah telah memberi kebaikan padaku, memberiku peluang taubat; Menyinariku dengan rahmat. Allah telah temukan diriku dengan kemalangan pada pagi Hari Jumaat, maka mematikanku.
Maka dengan itu harusku nyatakan, boleh dikatakan; Tiada muslim yang akan ditimpa apa-apa ujian kemalangan pada hari jumaat atau malam jumaat melainkan Allah mahukan suatu kebaikan baginya.
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ، ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)
0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang