Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran, semua mereka masuk Neraka kecuali satu aliran." Para sahabat bertanya: "Siapakah satu aliran itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi, dinilai hasan sahih oleh al-Albani)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah: "Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah (aliran), hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka." Baginda ditanya: "Siapa mereka (yang ke syurga), wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Sunnah wal-Jamaah".
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Saya tidak akan bercerita
panjang mengenai 72 golongan tersebut (golongan ke neraka) kerna khuatir wakah ini akan menjadi
terlalu panjang dan lari daripada tujuan asli risalah ini. Tambahan pula, tidaklah terdapat dalam sunnah Rasululllah s.a.w. mendidik dengan mengungkit tentang keburukan atau kejahatan. Sebaliknya, saya akan bercerita mengenai 1 golongan (golongan ke
syurga). Cara-cara menuju ke jalan syurga. Saya tidak akan memberi jaminan
tidak masuk neraka tetapi insyaAllah, semoga ia dapat menjadi rahmat Allah dalam membantu kita ke arah syurga.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai" (Al-Baqarah [2] :25)
NOKTAH 1: TANGGA SYURGA
Keratan Kisah Abu Yazid Al-Bustami
Ketua paderi berkata: "Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan
kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan
mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan
membunuhmu."
Jawab Abu Yazid: "Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan."
Ketua paderi itu mengemukakan 50
pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid: "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada
lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?" Semua pendeta menjawab, "tidak
ada lagi,"
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan
kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya
dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu
pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab
berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya: "Bukan saya tidak mau
menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak sependapat."
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua
paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta
menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab: "Bahwa sesungguhnya kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah
"LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu
Yazid berkata, "Memang benar kata ketua kamu ini."
-----------------------------------------------------------------------------------
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimah itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).Dengan itu, hanya setakat mengucapkan kalimah La ilaha illallah tiada guna jika iman tiada dihati. Fikirkanlah, apa itu iman? Apakah Rukun Iman? Adakah hanya cukup hanya menyebut dibibir tapi tiada dihati? "Aku percaya pada Allah" tetapi tidak beribadah pada Allah. Hanya setakat sampai dikerongkong: "Aku percaya pada qada' dan qadar"; Namun apabila mendapat kebaikan ia meredhai tetapi ditimpa sesuatu yang buruk ia tidak meredhai. Itulah ciri-ciri hamba dunia (sila rujuk HR Al-Bukhari).
(Riwayat Ibnu Majah)
Wahai saudaraku! Beringatlah! Janganlah engkau menyebut "kami sudah beriman" sedangkan iman masih belum terjamin sempurna dalam dirimu. Sebutlah sahaja "kami telah Islam". Namun, jangan biarkan dirimu Islam pada nama sahaja. Resapkanlah iman dalam dirimu. Berpeganglah engkau pada kitabuLlah dan sunnah Rasulullah.
-------------------------------------------------------------
NOKTAH 2: LALUAN AL MUSTAQIM
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."
(Al-Fatihah : 6)
Seperti yang diketahui umum, modul adalah garis panduan, bagaimana untuk melakukan sesuatu. Jika ada tambahan yang baik, lebih bagus. Secara ringkasnya, langkah-langkah ke syurga amat mudah. Sesungguhnya Allah telah memberikan modul kaedah bagi mengembalikan manusia ke syurga. Modul itu diberi nama Quran & Sunnah. Yang penting samada kita mengikutinya atau tidak. Semuanya bergantung kepada keputusan diri dan rahmat Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kepada Tuhan kalian, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu dan taatilah orang yang mengendalikan urusan harta kalian, nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)Berikut adalah antara kaedah melangkah menuju ke syurga:
1. Jangan leka dan tinggalkan ibadah fardhu
- Pastikan amalan ibadah
fardhu anda tidak ditinggalkan seperti solat dan puasa kecuali jika uzur. Dan
sekiranya tertinggal, qada' sekiranya mampu dan bayar fidyah sekiranya perlu.
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Islam itu ditegakkan atas lima perkara ; mengucapkan penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruhnya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan haji di baitullah bagi sesiapa yang mampu mengerjakannya." (HR Bukhari & Muslim)
Firman Allah s.w.t., "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah agama yang benar." (Al-Baiyyinah; 98:5)
2. Musyrik
- Sesungguhnya dosa syirik
adalah dosa yang tidak akan menerima keampunan. Syirik adalah menyekutukan
Allah. Bergantung kepada sesuatu semata-mata tanpa bertawakal kepada Allah juga
mempunyai ciri syirik.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (HR Ahmad)
Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." (An-Nisa' 4:48)
Biarpun meninggalkan solat juga adalah syirik. Mengapa meninggalkan solat itu syirik? Kerana menyekutukan Allah. Solat itu adalah bukti ibadah yang zahir dan fardu ke atas seluruh manusia.
Sabda Nabi s.a.w.: "Janji (perbezaan) antara kita (muslim) dan mereka (orang kafir) ialah solat. Maka sesiapa yang meninggalkan solat, bererti ia telah menjadi kafir." (Riwayat Ahmad & Ashabul Sunan)
Meninggalkan solat adalah ciri-ciri kafir. Dan kafir hidup dalam syirik. Maka, meninggalkan solat adalah syirik yang zahir. Namun, ia tidak bererti syirik secara keseluruhannya tidak akan diampunkan. Kerana Allah adalah Maha Pengampun. Satu-satunya cara diampunkan adalah dengan melakukan taubat (nasuha). Sesungguhnya penyesalan itu taubat. Tiada taubat nasuha tanpa penyesalan. Jika sepenuhnya syirik tidak akan diampunkan, bukankah ia seumpama menutup pintu kepada saudara baru (seagama)? Syirik tidak akan diampunkan jika hanya sekadar mengangkat kedua tangan mengucapkan, "Ya Allah, ampunkan dosa syirikku";
Tetapi, akan diampunkan jika (doa taubat nasuha): "Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu sedaya mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku (yang hidup dalam kesyirikan). Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau."
Seorang yang berhijrah hakiki adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang melakukan segala yang disuruh. Maka seorang yang berhijrah dari syirik akan bergerak ke arah syurga.
Tetapi, akan diampunkan jika (doa taubat nasuha): "Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu sedaya mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku (yang hidup dalam kesyirikan). Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau."
Seorang yang berhijrah hakiki adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang melakukan segala yang disuruh. Maka seorang yang berhijrah dari syirik akan bergerak ke arah syurga.
3. Elakkan amalan yang mempunyai ciri khurafat
Kadang-kala kita mungkin
menyangka bahawa halal melakukan sesuatu dari segi Islam tetapi sebenarnya
berlanggar dengan hukum/syarak. Sebaiknya anda selidiki terlebih dahulu sebelum
melakukan.
4. Jadikan quran dan sunnah sebagai pegangan/amalan.
Amalkan sunnah
Rasulullah s.a.w. dan jauhi amalan bida'ah. Sunnah bukan hanya tentang perkara seperti makan kurma atau potong kuku. Tetapi cara hidup. Itulah maksud sunnah dari segi bahasa. Dari segi tafsiran, ia bererti menjalani cara hidup yang beragama.
5. Kerapkan zikrullah
Amalkan zikir, zikrullah
(memperingati Allah) pada setiap masa (sekiranya mampu/berpeluang). Tidak perlu
zikir-zikir panjang (seperti zikir taubat) sekiranya tidak pandai/tahu; sudah
memadai dengan mengamalkan bacaan بسم
الله الرحمـن الرحيم (Bismillah..) sebelum memulakan kerja/perbuatan dan mengamalkan
beistighfar sekiranya ada sesuatu menimpa anda atau terbuat/terfikir sesuatu
yang buruk. Dan ucapkan "innalillah wa inna ilaihi roji'un" sekiranya
perkara buruk berlaku atau ucapkan nama Allah Taala pada tiap masa (pabila
perlu) seperti MasyaAllah atau Subhanallah atau Wallahua'lam. Amalkan kalimah tauhid, tahmid, tasbih dan juga istighafar dalam kehidupan seharian.
Diriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa, Rasulullah s.a.w.: berkata kepada para sahabat r.a.,"Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Lalu para sahabat berkata bahkan bertanya: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah." (H.R. Ahmad, At-Tarmizi, Ibnu Majah, Ibnu Abi Dunya, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Firman Allah s.w.t.: "Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (al-Ankabut 29:60)
6. Elakkan sikap berlebih-lebihan, keterlampauan, keterlanjuran dan ketaksuban (terhadap duniawi).
"Sebaik-baiknya adalah pertengahan" dan kesederhanaan. Tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Janganlah melampaui batasan beragama. Allah tidak akan memandang orang yang berlebih-lebihan.
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batasSyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." (An-Nisaa' 4:14)
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batasSyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." (An-Nisaa' 4:14)
7. Kesabaran sebagai sikap
"Sabar itu
sebahagian dari iman". Jadikan sabar sebahagian dari personaliti anda.
Saya tidak mengatakan bahawa anda boleh malas. "There is a fine line
between patience and laziness". Jangan salah faham tindakan anda
seperti, "Ah! takpe la. Sabar je. Nanti2 la aku buat. Esok pun takpe.
Bukannya mati kalau tak buat". Tindakan seperti ini mungkin berciri
kemalasan sekiranya tidak ditekan sebagai penting (perlu dilakukan secepat
mungkin). Rasulullah s.a.w. tidak suka sikap suka berlengah-lengahan.
8. Jangan haramkan apa yang halal. Dan jangan halalkan apa yang haram.
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum Khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t. akan merobah mereka menjadi kera atau babi." (HR Ibnu Majah)
- Dengan itu, sesungguhnya
jang halalkan apa yang haram. Dan "minum apa yang haram walaupun namanya
tidak haram". Boleh kita lihat banyak pada zaman sekarang. Antara
contohnya adalah penyalahgunaan dadah (ganja, kokain, heroin, ubat batuk dsb) untuk
tujuan memabukkan (hiburan). Ini termasuk dalam "khimar tetapi nama
lain" kerana ia mampu memabukkan.
Diriwayatkan oleh Abu
Abdullah r.a., daripada Jabir bin Abdullah Al Anshary r.a.: Seseorang
bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Bagaimana pendapatmu jika saya melaksanakan
shalat yang wajib, berpuasa Ramadhan, Menghalalkan yang halal dan
mengharamkan yang haram dan saya tidak tambah sedikitpun, apakah saya akan
masuk surga?" Baginda bersabda: "Ya" (HR Muslim)
9. Keinginan untuk berjihad/syahid
- Menanam hasrat untuk
berjihad demi menegakkan syiar Islam. Syahid tidak semestinya bererti mati. Ia
bererti berjihad di jalan Allah s.w.t. (sanggup mati kerana Allah Taala). Ia
tidak wajib tetapi amat baik menanam niat nya. Biarpun tak mampu, lidah atau
niat sudah memadai. Biarpun tidak mati di medan perjuangan, selagi masih ada
niat (bukan hanya sekadar cita-cita tanpa usaha), akan diberikan syahid
walaupun mati ditempat tidur seperti Sultan Salahudin al-Ayubi, Said Nursi dan
Sultan Muhammad Al-Fateh.
Rasulullah s.a.w. bersabda
: "Barangsiapa yang berdoa kepada Allah dengan benar untuk mendapatkan mati
syahid, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhada walau pun dia
mati di atas tempat tidur". (HR Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a.
berkata bahwa, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang mati dan
belum berperang dan tidak terlintas dalam dirinya untuk berperang, maka dia
mati dalam prilaku orang munafik". (HR Muslim)
10. Berbuatlah baik dan beramal soleh
- Sebaiknya memperingati diri agar beramal baik. Berbuat baik dengan orang
lain. Dan sekiranya terlihat perkara buruk, bantulah tanganinya. Sekiranya
tidak mampu lakukannya, dengan lidah sudah memadai. Sekiranya tidak mampu juga,
dengan hati (niat dan doa).
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran." (HR al-Tirmizi)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. membaca ayat
ini (yang bermaksud),
"Pada hari itu bumi menceritakan beritanya." (Al-Zalzalah : 4) Kemudian baginda bertanya: "Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?" Sahabat menjawab: "Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui."
Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata, 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.'"(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Maka, sebaiknya melakukan kebajikan. Janganlah mencampakkan diri ke dalam kebinasaan dengan tidak membuat sebarang kebajikan.
Firman Allah s.w.t.: "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Baqarah 2:195)
Maka, sebarang amalan kebajikan adalah sedekah. Yang penting sekali, amalkan nilai yang murni, berakhlak mulia dan berakhlak soleh. Jejaki siratal mustaqim.
Mari kita kerap amalkan
berdoa agar dimasukkan ke dalam aliran/golongan ini (ke syurga).
Jadikan hadis dan sunnah wal jamaah sebagai panduan hidup. Terapkan sifat al-amin dalam diri.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya (hari akhirat): -
- Imam (pemimpin) yang adil;
- Pemuda yang membesar dengan ibadat pada Allah;
- Insan yang hatinya terpaut dengan masjid;
- Dua insan yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah;
- Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah";
- Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya;
- Insan yang mengingati Allah secara bersunyian (keseorangan) lalu berlinangan air matanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Mereka yang lengkap ketujuh-tujuh sifat ini dalam dirinya akan mendapat naungan Allah. Dan mereka yang mendapat naungan Allah akan mendapat tempatnya di syurga. Punca utama seorang masuk syurga adalah kerana akhlak yang mulia. Dan punca utama masuk ke neraka adalah kerana mulut dan kemaluannya (nafsu jahat). Akhlak yang buruk (nafsu) akan merosakkan iman. Dan seterusnya memusnahkan peluang tempat di syurga.
-----------------------------------------------------------
PENUTUP
Yang terutama sekali, sematkan iman dalam diri. Tunaikanlah ibadah fardhu dan usahlah sesekali meninggalkannya. Serta berpeganglah kepada sunnah Rasulullah dan para sahabat. Dan janganlah kamu berharap kepada amalanmu semata-mata. Kerana amalan semata-mata bukanlah penyelamat melainkan dengan rahmat Allah. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah, wahai sahabatku. Dan ingatkanlah diri sentiasa mengekalkan akhlak yang sempurna disamping melakukan amalan dengan sebaik-baiknya.
Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah Azzawajalla agar segala amalan dapat jadi penyelamat ke Jannah. INSYA'ALLAH.
Assalamualaikum wa rahmat
Allah Taala wa bawarakatuh. Jazakumullahu Khairan Katsira kerana sudi meluangkan masa anda
membaca. ^__^


0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang