بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
Daripada Abu Sa'id
al-Khadri radiyallahu’anhu, Rasullullah ﷺ berkata kepadanya: "Wahai Abu Said! Siapa akan meredai Allah
sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi; maka wajiblah
baginya syurga."
(Riwayat Muslim)Dan ada manusia yang berkata:
“Ala.. Nak risau apa.. Redha je la!”
PEMBUKA SYARAH
Bagi sesiapa yang meredhai sesuatu, nescaya urusannya menjadi mudah. Begitu jua buat mukmin, apabila iman penuh di hati, nescaya mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai kelazatan iman.
~ Qadhi 'Iyad, Syarah Sahih Muslim
Meredhai Allah, Islam dan Rasul-Nya menumpukan pada iman hakiki. Meredhai bermaksud iman
ikhlas. Bukan iman keterpaksaan. "Kena solat ni! Kang dosa kalau
tinggal!" Sesiapa yang mempunyai keredhaan hakiki, akan punyai iman
ikhlas. Mereka akan merasai kelazatan iman. Ibadah yang dilakukan dengan
keikhlasan. Mencintai Allah dan Rasul-Nya. Melakukan ibadah dengan gembira. "Tak
sedap hati aku kalau tak buat witir malam ni!"
Allah
telah menjadikan manusia dengan sebaik-baiknya. Maka, keredhaan hakiki akan
melakukan solat kerana kesyukuran, bukan kefardhuan. Perasaan ibadah seharusnya
adalah seumpama perasaan kekaguman melihat satu kesenian agung. Manusia adalah
seni agung Allah, dengan pengertian Asma ul-Husna diselitkan dalam kesenian
ini. Bukankah kita akan berasa kagum melihat seni agung ini. Maka sebarang
ibadah adalah sebaiknya dilakukan kerana kekaguman ini (kesyukuran).
(Daripada Bediuzzaman Said
Nursi, Kalimah ke-23)
Pada darjat ibadat, Imam al-Nawawi pernah bersyarah; keikhlasan ibadat boleh dibahagi kepada tiga:
- Ibadat Hamba
- Ibadat Saudagar
- Ibadat Merdeka
- Fardhu
- Tawakal
- Ikhlas
HAL PERTAMA - FARDHU
Majoriti golongan yang beribadah
adalah pada darjat pertama. Yakni beribadah kerana ia telah diwajibkan buat
semua yang seharusnya; fardhu melakukan ibadah seperti solat (tiang agama) dan
puasa serta zakat bagi yang mampu. Seperti yang kita sedari, secara hakikatnya
ia memang menyedihkan apabila masih ramai yang meninggalkannya. Malah! Malah,
ramai yang dengan ringan mengangkat diri sebagai ahli syurga apabila membuat
tafsiran bahawa mereka diwajibkan ke syurga apabila mereka keturunan muslim.
Malah, terdapat golongan yang mengatakan sesuatu seperti sebegini:
“Nak risau apa, bro? Confirm kita masuk syurga. Dulu aku dengar, kalau namanya Islam, tak payah risau. Mesti akan masuk syurga. Memang la masuk neraka. Tapi nak tak nak, mesti masuk syurga!”
WAHAI
MANUSIA YANG BERNAMA ISLAM! Sedarlah kamu! Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bahaqi, Rasulullah pernah berpesan bahwa diakhir zaman akan terdapat golongan yang Islam hanya pada nama; Quran hanya tinggal tulisan (tiada erti, hanya hiasan di rumah). Golongan yang namanya hanya Islam tetapi tiada iman dihati berjauhan dengan hidayah. Sedarlah kamu! Sembahyang itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solatnya ia akan mendirikan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, ia merosakka agama. Jika sembahyang ditinggalkan dengan sengaja, anda sekalian adalah seolah-olah mahu mencabar Allah Azzawajalla; menjadilah dikau seorang musyrikin!
Ini juga berlaku pada masa kini yang mana mereka mengatakan: “Buat apa nak ucapkan kalimah La ilaha illallah? SEKALI LAGI?! Kan nenek moyang kami telah ucapkan! Telah sah kami adalah Islam”. Ketahuilah kamu bahawa kalimah tauhid ini adalah kunci kepada pintu syurga. Amalan kalimah ini dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka yang kekal. Barangsiapa yang tidak meninggalkan solat pasti akan menyebutnya. Kalimah ini terdapat dalam ibadah solat (tahiyat). Ketentuan sesuatu keadaan adalah pada pengakhirannya.
“Sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan (dosa) dan ia diliputi (ditenggelamkan; tiada taubat) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”(Al-Baqarah 2:81)
KERATAN KEDUA - TAWAKAL
Memang benar adalah sebaiknya bertawakal. Melakukan segala dengan berserah kepada ilahi. Janganlah meminta kepada suatu kuasa lain daripada Allah Azzawajalla, tiada yang serupa dan bersekutu dengan-Nya.
Pada terjemahan lughah, tawakal bermaksud “berserah”. Ahli bahasa menafsirkannya sebagai bermaksud "hanya berserah kepada..". Pada darjat kedua ini, ia bererti kita menunaikan ibadah kerana mahukan sesuatu. Sebagai contoh: Solat Hajat, doa sesudah solat, dan sebagainya. Dan darjat ini boleh juga merangkumi darjat pertama. Oleh itu, ibadah pada darjat ini memiliki kefardhuan dan hajat. Contoh: Solat Taubat;
- al-Faqru (miskin) : Memohon pada Allah (sahaja)
- Zikri (Hajat): Memohon diampunkan segala dosa (taubat nasuha).
Dari sudut lain, contohnya menunaikan solat fardhu biasa dengan diiringi ia dengan doa yang mahu hajatkan sesuatu. Memang ramai yang menunaikan solat kerana niat hajatkan sesuatu. Atau mungkin satu solat hajat/tahajjud ditunaikan kerana mahu memohon sesuatu kebaikan bagi diri sendiri atau yang lain.
Daripada Umar Bin Al-Khattab radiyallahu’anhu berkata, Nabi ﷺ: bersabda: “Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnnya (ditunaikan) mengikut niatnya kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
KERATAN KETIGA - IKHLAS
Peringkat ini boleh dinilai
sebagai darjat ibadat paling mulia disisi Allah kerana ketakwaannya. Dan pada darjat inilah Imam al-Nawawi (rh) sebagai Ibadat Merdeka. Biarpun darjat
ini merangkumi juga darjat lebih lebih rendah, tetapi jarang kita dapat jumpai
mukmin yang beribadah pada peringkat mulia ini. Ibadah yang ikhlas semata-mata
kerana Allah. Apabila ikhlas bererti mereka bersyukur kepada-Nya atas
segalanya. Tiada syak dalam hatinya pada Allah. Sebaliknya berasa syukur atas
segalanya, bukan atas niat mahukan sesuatu. Ia melihat segala yang berlaku di sekelilingnya sebagai kebaikan
yang Allah Azzawajalla berikan pada diri.
Firman Allah SubhanaHuwaTaala:
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلإِنسَـٰنَ فِى أَحْسَنِ تَقوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). [Surah at-Tiin 95:4]
Mereka
yang mempunyai kesedaran ini, pasti setiap ibadah dilakukan bukan hanya kerana
ia adalah wajib sahaja, atau/dan melakukan ibadah kerana hajatkan sesuatu.
Sebaliknya melakukan ibadah kerana kesyukuran atas kejadian keadaan mereka.
Dengan ini, mereka akan melakukan ibadah penuh dengan keikhlasan semata-mata
kerana Allah SubhanaHuwaTaala. Siapa yang berada para darjat ini pasti
mustahil punyai sebarang syak wasangka terhadap Allah. Mereka akan sentiasa
berbaik sangka dengan Allah.
Daripada Abu Hurairah radiyallahu’anhu, Nabi ﷺ: “Berfirman Allah ‘Azzawajalla: “Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir)”." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
RnR - IMAN HAKIKI
Manusia
yang redha dengan Allah akan menerima segala perkara mempunyai alasan. Malah,
mereka dengan redha menganggap semuanya adalah tanda kasih ilahi. Ia akan
bersyukur dengan penuh rahmat kepada Allah, biarpun ia adalah suatu musibah,
bala atau ujian.
Sabda Nabi ﷺ, “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.” (HR al-Bukhari)
Manusia
yang beribadah kerana Allah semata-mata adalah mereka yang dapat merasai
kelazatan kemanisan iman. Mereka akan melihat keindahan melakukan ibadah.
Daripada Anas bin Malik radiyallahu’anhu,
bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Terdapat tiga perkara jika ia terdapat pada diri seseorang,
nescaya ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan
Rasul-Nya lebih daripada cintanya kepada yang lain; (keduanya) siapa yang
mencintai orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana satu tujuan dunia);
dan (ketiga) ia membenci dikembalikan kepada kekufuran selepas Allah
menyelamatkan dirinya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya jika dicampakkan
ke dalam api.” (Riwayat
Muslim)
Dengan
ini, hanya mereka yang mempunyai kemanisan iman akan mampu mempunyai iman yang
baqa' (kukuh). Dengan iman hakiki, tidak akan gentar mencabar dunia.
“Manusia yang mempunyai iman hakiki dalam
tangannya, akan mampu untuk mencabar dunia.” ~ Bediüzzaman Said Nursî
Iman
hakiki hanya datang apabila melakukan ibadah dengan keredhaan (ikhlas) dalam
ibadah kepada Allah Taala. Mereka yang cintakan Allah dan Hari Akhirat pasti
tidak akan bersabar menunggu tibanya kematian demi bertemu kekasih abadi.
Apakah mereka manusia jika mereka tiada iman? Layakkah kita memanggil mereka
yang tiada iman di hati dipanggil sebagai mukmin?
Aqal
telah mengangkat sumpah bahawa ia adalah hamba Allah. Apabila qada' dan
qadar ditolak, ia telah menjadi hamba dunia; Tidak meredhai apa yang berlaku,
mempersalahkan banyak perkara berlaku atas asbab tak munasabah. Hanya meredhai
ketentuan apabila ianya berlaku mengikut kehendak diri.
Nabi ﷺ bersabda: “Binasalah hamba kepada dinar dan dirham dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan) sekiranya diberikan kepadanya maka dia meredhai, sebaliknya jika tidak diberikan maka dia tidak meredha.” (Riwayat al-Bukhari)
Sidang-sidang
ikhwan! Tidakkah BODOH mereka yang tidak beriman pada Allah, Hari Akhirat
dan Qada qadar? Maka, berWASPADAlah kepada sebarang perkara yang mendorong
kepada nafsu. Beringatlah, Allah membenci pada tiga perkara:
- Diperkatakan dan tukang berkata: Terlalu banyak membicarakan perkhabaran (masalah) manusia dan menceritakan dan menceritakan suatu yang tiada manfaat.
- Membuang harta: Membelanjakan harta dengan cara yang tidak diluluskan oleh syariat
- Banyak bertanya: Menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak perlukan (suka membuang masa).
[Syarah Sahih Muslim]
0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang