18 May 2013

Carta 12: Jahil, fitnah & Harj

Hadis sahih ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmizi. Walaupun jalan riwayat terdapat sedikit lafaz berbeza, namun ia tetap diakhiri dengan perkhabaran AL-HARJ dan membawa maknawi takwil yang sama. Yakni Harj akan menjadi banyak ketika ilmu telah diangkat dan kejahilan/penderitaan bertambah banyak;
  1. Aku teringatkan sebuah hadis lain; Tidaklah jauh untuk kejahilan bertambah banyak, apabila Allah mencabut ulama (layak): "Sesungguhnya Allah tidak akan menarik ilmu dengan cabutnya sekaligus dari manusia. Namun Allah akan mencabut ilmu dengan mematikan para ulama." (Sahih al-Bukhari)

    Dalam riwayat yg panjang, Rasulullah berkata bahawa pemimpin-pemimpin yang jahil akan diangkat. Dan mereka akan membuat fatwa tanpa ilmu (sesat), lalu menyesatkan yang lain.

    Aku terkenangkan hadis akhir zaman lain; tentang kemunculan ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq (Ibn Ady). Sesungguhnya ulama adalah termasuk golongan pemimpin. Maka, aku terfikir "ulama mati" yang dimaksudkan adalah pemimpin (ulama) yang masih cetek ilmunya, membuat fatwa sekerat hati (dalam kesesatan dan kefasikan), kerana masih ramai yang menuntut ilmu dan masih ada manusia yang diangkat sebagai ulama (berdasarkan sistem). Hatta, mereka akan mengeluarkan fatwa dalam kefasikan; lalu menyesatkan pendengar.


  2. Dalam riwayat lain, fitnah itu membawa kepada takwil "fitnah dalam hati manusia".

    Aku pernah bertanya kepada Syaikh Murad (rh): "Ya, Syeikh, can I consider dzon (suudzon) as 'fitna'? (Apakah dzon (suuzon) boleh dimasukkan ke dalam kategori 'fitnah'?) And can I consider it as one of the Signs of the Hour? (Dan bolehkah ini ia termasuk tanda fitnah itu)" Beliau mengiyakan pertanyaanku.


  3. Maka, hasil maklumat yang aku perolehi; bagi tafsiran hadis akhir zaman ini;
    • ILMU DIANGKAT: Pada akhir zaman, akan ada ramai ulama yang fasiq. Dan pemimpin yang jahil akan diangkat membuat fatwa. Lalu mereka akan sesat dan menyesatkan abid.
    • FITNAH: [Kebelakangan ini aku terlihat ramai 'ulama jadian', ramai akan 'berfatwa' sehingga menggadaikan agama atau dalam kefasikan.] Oleh kerana pemimpin yang lemah (jahil/sesat); daripada/kerana mereka fitnah akan datang, dan kepada mereka fitnah akan kembali.


- PENUTUP -

Lalu, banyak HARJ akan berlaku; samada berkaitan dengan pemimpin-pemimpin ini secara langsung atau bukan.

Kemudian aku terfikir, kenapa Nabi tidak terus menyebut 'Qatli' (pembunuhan)? Barangkali ada takwil. Pasti ada asbab mengapa nabi tidak menyebut Qatli. Adakah kalimah itu munkar? Aku fikir, mungkin tidak. Kerana dalam beberapa riwayat, Rasulullah menjawab "Qotli! Qotli!" (penjelasan Harj)

Aku melakukan renungan lanjutan; Barangkali Rasulullah ﷺ turut mahu mengatakan sesuatu selain pembunuhan berdarah yang biasa. Selepas aku perhatikan perbuatan umat akhir zaman ini, ramai membuat 'fatwa' kezaliman. Seperti amalan MENGKAFIRKAN manusia. Aku merasakan bahawa ia bukanlah pembunuhan jiwa/jasad. Ia juga termasuk pembunuhan. Yakni membunuh rohani manusia. Perbuatan kezaliman. Akhirnya mereka telah membunuh (Harj) manusia lain. Dan pembunuhan sebegini adalah lebih banyak daripada Qotli.


NAUDZUBILLAH MIN ZALIK.

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang