MAQAM 2
Musibah Hakiki
Nota 1: Musibah Maknawi
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Al-A'raaf 7:201)
Ustad Said Nursi telah mengatakan di dalam Lamaah Ke-2 bahawa musibah maknawi terletak pada psikologi. Musibah ini adalah penyakit rohani yang terlekat pada diri.
Pada satu laluan, musibah zahir yang menimpa diri dan memakan jiwa. Kerana suatu penyakit, kekufuran memakan rohani seseorang. Keadaan ini kerap berlaku pada ahli dunia. Jika suatu masalah menimpa mereka, mereka tidak meredhai ketetapan Ilahi. Lalu ada pula yang berlaku kufur kepada Ilahi yang mana tauhid mereka menjadi pincang. Musibah yang zahir bertukar menjadi menjadi batin.

Pada musibah keadaan kedua pula, keadaan yang batin bertukar menjadi zahir. Pasti ada yang hairan, “Bagaimana yang batin boleh jadi zahir? Kalau zahir menjadi batin macam tadi memang boleh difahami.” Tidak sukar.. Yang batin memang boleh jadi zahir. Bukankah tadi saya sebutkan tentang penyakit rohani? Yang mana batin adalah tentang kufur melanda jiwa, lalu merebak menjadi lahiriah zahir. Untuk pemahaman lebih lanjut, saya menjemput untuk anda membacanya. ➲ Lamaah Ke-2
Nota 2: Musibah Batiniyah
Memang secara hakikatnya, saya mula merasai musibah batiniyah pada dua sudut.Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: ‟Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”(Riwayat Muslim)
Aspek Pertama
Seperti yang termaklum jelas, saya mulai rasa dunia bagaikan penjara. Saya mahu melepaskan diri daripada penjara ini. Jika dibandingkan dengan dahulu sebelum berhijrah kepada keadaan sekarang, saya hidup dengan bersenang-lenang suatu ketika dahulu hingga mengabaikan akhirat. Secara ringkasnya, aku pernah menjadi ahli dunia.Sesudah berhijrah sebagai seorang mukmin kini, ada sahaja masalah yang ku hadapi. Dalam dunia realiti dan dunia siber. Saya tak akan ceritakan apakah masalah tersebut biarpun aku tidak takut menceritakannya. Namun, rumusannya adalah aku dapat melihat berbagai-bagai masalah melanda jiwa kerohanian. Hinggakan sudah beberapa kali aku hampir menjadi "gila" kerana nafsu amarah ini.
Namun aku sering peringatkan diri untuk mengucapkan kalimah ini untuk tenangkan jiwa. Aku juga sering ingatkan diri pada hadis Rasulullah.إِنّا لِله وَاِنّا إِلَيْهِ رَجِعُونَ، وَاَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيم، وَلَا حَوْلَ وَلَاقُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, nescaya Allah akan mengujinya". (Riwayat al-Bukhari)
Aspek Kedua
Semenjak hijrah ini, pelbagai 'sedekah' yang aku cuba lakukan. Sedekah yang ku lakukan adalah melalui 'perkongsian'. Selepas ku merenung, aku tiada sebarang perkara yang boleh disedekahkan berdasarkan kefakiranku. Namun berikutan hijrah ini, aku dapati bahawa Allah telah membukakan pintu kefahaman agama kepadaku. Selain kemudahan memahami urusan agama, pelbagai peluang ilmu juga telah dibukakan kepadaku. Antaranya adalah pemahaman Risalah An-Nur, Ustad Said Nursi.
Sesudah mendapat pelbagai pemahaman agama, aku fikirkan mahu membuat 'sedekah'. Sedekah ini aku gelar sebagai 'perkongsian ilmu'. Aku tak mahu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan kerana bakhil ilmu yang aku punya.
Langkah pertama adalah aku berkongsi Risalah an-Nur yang telah ku fahami. Kemudian aku mendapat idea membuat kebajikan ini melalui page facebook. Pada mulanya, aku memang seronok melakukannya. Memang aku mulakannya dengan ikhlas.
Kemudian, tak lama dulu sebelum risalah ini disiapkan, banyak musibah yang melandaku. Kemudian aku dikenakan fitnah Allah, yakni Allah telah menurunkan ujian-Nya padaku. Antaranya, perkara yang berkaitan ilmu. Beberapa kali timbul 'api' dalam hatiku.
Lalu aku mula menyelidik keadaan ku dari segi perkara lain. Tak lama lalu, aku dapati bahawa terdapat 'seseorang' yang telah 'Block' aku daripada friend list nya. Begini kisahnya:
Rupa-rupanya, fanpage yang dibuat oleh ku itu banyak dikaitkan dengan ini. Pada mulanya mungkin aku melakukan dengan keikhlasan. Namun, keikhlasan itu mula hilang digantikan dengan zindik-zindik kufur menikamku dari belakang. Aku mula gunakan akal fikiranku. Ku telah dapati bahawa konsep-konsep yang terdapat dalam facebook fanpage banyak sistem yang mampu melahirkan kefasikan biarpun banyak kebaikannya. Antaranya adalah seperti konsep 'Like'; konsep ini mengingatkan ku kepada sebuah hadis yang mana seorang yang melakukan kebajikan tapi dicampakkan ke neraka kerana semata mahu disukai. Ini tidak jauh keadaannya.
Aku mula sedar akan musibah maknawi yang menimpa diriku ini. Akhirnya, aku telah delete page tersebut. Aku lebih selesa bermain dengan blog ini.
Aku berserah semata-mata kepada Ilahi. Aku berharap agar Allah tidak akan membiarkan aku menentukan kehidupanku sendiri.

Hati kecilku menjerit: "Eleh! Aku bukannya bodoh! Aku pun lepasan madrasah agama! Banyak perkara yang aku untung tapi ramai tak dapat."Aku tersentap. I went into a trance. Aku mengetuk pintu hatiku. "Inikah aku?" Aku menyedarkan diriku bahawa telah lahir zindik-zindik takbur yang kufur dalam diriku. Mungkin juga aku ada melahirkan zindik-zindik sifat riak takbur pada orang lain tanpaku sedari. Astaghfirullah.
Lalu aku mula menyelidik keadaan ku dari segi perkara lain. Tak lama lalu, aku dapati bahawa terdapat 'seseorang' yang telah 'Block' aku daripada friend list nya. Begini kisahnya:
Pada mulanya aku hanya dapati bahawa ia tiada dalam list. Tidak dapat dikesan. Aku menyangkakan bahawa ia telah delete profile fb-nya. Maka, aku biarkan sahaja. Namun tidak lama kemudian, kebetulan ku dapat kesannya melalui dummy-profile-ku. Lalu aku tersentap. "Apakah yang menyebabkannya block aku daripada profilenya??"Pada mulanya aku biarkan sahaja. Tidak lama kemudian aku mula merenung. Apakah aku ada terbuat kesilapan? Akhirnya Allah telah membangunkan aku daripada musibah baruku. Aku terfikir: Barangkali terdapat sebarang kesilapan yang kulakukan menyebabkannya menjauhiku. Dan aku mula merenung. Ya! Aku sedar apakah kesilapanku. Bukan itu sahaja. Ada beberapa lagi.
Wahai diriku yang hina! Wahai diriku yang kesombongan! Sedarlah engkau bahawa engkau telah melahirkan zarah-zarah ketakburan dalam dirimu kerana keyakinan yang melampauan. Bertaubatlah engkau! Jauhilah ketakburan itu. Sesungguhnya engkau tidak akan dapat menghidu kasturi syurga jika engkau masih dibuai mimpi durjana ini.Kemudian aku merenung lebih jauh lagi mendalam. Aku fikirkan apakah yang boleh dikaitkan dengan ini. Akhirnya aku sedar bahawa segalanya ada kaitan dengan facebook ku. Aku sedar bahawa semenjak aku membuat page tersebut, aku mula terjatuh dalam lembah jahanam. Sedikit demi sedikit tanpa aku sedari. Allah telah mencampakkan aku fitnah akhirat padaku.
Rupa-rupanya, fanpage yang dibuat oleh ku itu banyak dikaitkan dengan ini. Pada mulanya mungkin aku melakukan dengan keikhlasan. Namun, keikhlasan itu mula hilang digantikan dengan zindik-zindik kufur menikamku dari belakang. Aku mula gunakan akal fikiranku. Ku telah dapati bahawa konsep-konsep yang terdapat dalam facebook fanpage banyak sistem yang mampu melahirkan kefasikan biarpun banyak kebaikannya. Antaranya adalah seperti konsep 'Like'; konsep ini mengingatkan ku kepada sebuah hadis yang mana seorang yang melakukan kebajikan tapi dicampakkan ke neraka kerana semata mahu disukai. Ini tidak jauh keadaannya.
Aku mula sedar akan musibah maknawi yang menimpa diriku ini. Akhirnya, aku telah delete page tersebut. Aku lebih selesa bermain dengan blog ini.
Aku berserah semata-mata kepada Ilahi. Aku berharap agar Allah tidak akan membiarkan aku menentukan kehidupanku sendiri.
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Hud 11:123)
0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang