24 November 2012

Nota 4. Fitnah lagi..

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nabi Ibrahim a.s. bersabda (kepada Nabi Muhammad s.a.w.): “..Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu lemah, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu: 
Buat yang membaca kalimah ini (hauqalah) akan ditanamkan sepohon dalam syurga.”

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut-pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.fitfi

Baru-baru ni saya nak mengeluh.. Ia berlaku sekali lagi. Dulu dah pernah kena. Tapi masa tu dengan tunang orang... Jom saya ceritakan.. Oops!! Jap! Sebelum saya mulakan, saya ingin memohon kebenaran agar saya dibenarkan mencemuh diri sendiri. *tarik nafas panjang*
"Wahai diriku yang hina! Lihatlah! Engkau minta lagi ujian dan inilah yang engkau perolehi! Sedarlah engkau bahawa seorang mukmin takkan disengat dari lubang yang sama dua kali. Inilah kebuktian imanmu masih belum kukuh."



Sebenarnya post ini boleh juga seumpama dikira sebagai sambungan kepada post sebelum ni (tekan sini untuk lihat) kerana aku dapat melihat akan kaitannya. Aku menyesal lagi taubat.. Sepatutnya dah beringat tak mengulangi kesilapan ini. Bererti selepas ini yang aku akan lebih memelihara pergaulanku. Aku takkan senang-senang accept friend ke list facebook ku. Yes! FACEBOOK!

Banyak sangat musibah yang timbul angkara facebook. Baru aku sedar mengapa sangat penting aku restrict facebook search privacy aku. Dan alhamdulillah aku dah buat awal-awal.

Tadi (hari artikel mula ditulis) aku dapat sebuah panggilan. Mengingatkan pada satu waktu yang mana aku mendapat mesej dari tunang adik tempat aku bekerja dulu. Aku tak mahu mengaibkannya so aku takkan ceritakan. Itu bukanlah satu isu bagiku. Malah, aku tumpang gembira buatnya kerana memiliki bakal suami yang penyayang. Sebaliknya, aku akan ceritakan tentang ujian yang kutemui pada hari ini.
[Hati kecilku berharap agar salah seorang atau kedua-dua mereka (pasangan tersebut) ada membaca nota carta rohani ini. Berikut adalah pesananku pada mereka --> Warkah Buat Pasangan]

Ok.. on to the story..

Bab Pertama

Wahai diriku yang lemah! Nampaknya imanmu masih belum meresap ke kalbumu, kerana sekali lagi engkau telah membiarkan dirimu disengat dari lubang 'tebuan'. Dan pada kali ini sengatan ini adalah lebih berbisa. Jika dahulu, ia hanyalah umpama sengatan nyamuk, tapi kali ini engkau telah disengat oleh tebuan berbisa.

Tadi aku telah mendapat panggilan telefon daripada SUAMI.. YA! SUAMI! Aku telah mendapat panggilan daripada suami salah seorang kenalan facebook-ku. Beliau telah menuduhku memburukkan perhubungan rumahtangga mereka. Sebuah yang fitnah yang lahir daripadanya. Padahal, aku tidak pernah tahupun bahawa teman tersebut telah berkahwin. Pada saat perkenalan, beliau tidak menyatakan bahawa beliau telah berkahwin. Pernah aku bertanyakan khabar keluarga. Tidak juga dimaklumkannya. Inilah yang mengejutkanku kerana mendapat tuduhan fitnah yang membuta.

Biarpun aku tiada hasrat bernafsu atau apa-apa pun perasaan dalam persahabatan ini, namun aku tetap telah membiarkan ia berlaku pada diriku. Barangkali kaedah pergaulanku tidak baik, jika dilihat pada fitrah diriku yang lebih suka berlemah-lembut pada semua tanpa mengira siapa. Dalam keadaan ini, kemungkinan aku terlalu lemah lembut hingga mengakibatkan fitnah ini lahir. Maka, ia bererti aku harus lebih dingin dalam pergaulan. Jawapannya, aku harus tukar ganti nama daripada 'awak' kepada 'kamu' selepas ini.

Aku hilang ketenangan. Kerohanianku menjadi kacau-bilau. Aku dapat terima jika si suami berkata dengan baik. Namun, beliau berkata dengan nada yang agak keras bagiku yang terpinga-pinga tidak tahu. Seumpama kepalaku telah dipukul curi dari belakang.

Barangkali akan ada pembaca yang akan timbul perasaan simpati. Namun, saya harus nyatakan yang saya juga memiliki kesilapan kerana gagal untuk mengelak pukulan ini walhal dapat dielakkan. Lalu menyebabkan kelahiran Dzan, syak wasangka (fitnah) bicara yang paling dusta.

Bab Kedua

Doa Dzun-Nun: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau; Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" (Al-Anbiya' 21:87)

Pada saat perkara tadi berlaku, aku telah menjadi bingung. Allah telah mencampakkan satu fitnah yang aku sendiri menjadi bingung. Aku terfikir, apakah aku pernah melakukan kesalahan hingga ditimpa satu fitnah sebegini?

Lalu aku merenung kebingungan..

Aku cuba untuk meresapkan iman..

Kemudian aku cuba untuk memikirkan kesalahan dan kesilapanku. Aku tersentap! Aku telah terbayangkan dua perkara yang berkemungkinan menyebabkan aku ditimpa fitnah sebegini rupa. Aku meraung sekali lagi pada jiwaku:

Wahai diriku yang lemah! Inilah apa yang berlaku apabila engkau memohon ujian daripada Ilahi. Sekiranya Allah berikan ujian dalam bentuk kenikmatan, lebih mudah untuk engkau menghadapinya kerana engkau hanya perlu melafazkan kesyukuran ke atas nikmat yang engkau terima. Engkau sudah diberikan amaran! Mengapa engkau tetap mohonnya? Kini Allah telah menjatuhkan fitnah yang berat hingga engkau terkelu. Bersabarlah wahai jiwaku. Berserahlah pada Ilahi.

Wahai diriku yang hina!  Angkara zindik-zindik takbur yang telah lahir dalam kalbumu , engkau tidak perasan bahawa Allah telah menurunkan satu fitnah ke atas dirimu. Fitnah ini telah memukul isi kepalamu hingga menyebabkan engkau menjadi kebingungan. Telah jatuh satu musibah yang lebih berat padamu. Lebih berat daripada kemalanganmu.

Penutup

Aku amat risaukan keadaan ini kerana aku mampu mengakibatkan rumahtangga mereka rosak. Dan tidak diampunkan dosa pemutus silaturrahim. Amat aku risaukan akan keadaan itu. Melainkan aku dapat menenangkan keadaan, aku amat risau jika segala dosaku tidak akan diampun biarpun aku mendapat syahid. 

Tambahan pula, aku telah berjanji pada si 'suami' (tak perkenalkan namanya; agak rude juga); bahawa aku akan putuskan segala hubungan dengan isterinya. Kerana itu, aku terpaksa 'block' (membuang; halang) si 'isteri' daripada 'friend list facebook' ku. Amat jelas padaku bahawa TIDAK HALAL mengadakan sebarang hubungan (persahabatan) dengan seorang wanita yang telah berkahwin jika tidak mendapat keizinan di suami. Malah amat HARAM sebarang perhubungan sebegitu berikut perintah Allah s.w.t:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisa' 4:34)

Sebenarnya si suami ada melakukan satu ugutan pada diriku bahawa ia akan mencariku jika berlanjutan. Percayalah bahawa ia tidak akan mampu kerana tabiat diriku (yang paranoid). Namun, aku tidak akan kesombongan kerana Allah Azzawajalla adalah Maha Kuasa.

Seharusnya aku tiada perlu kerisauan kerana bukan aku yang memfitnah. Namun, aku tetap lahir kerisauan. Kerisauan bahawa ia akan mendapat seketul dosa berat (lebih daripada membunuh) menimpanya jika aku mengekalkan sikap ananiyah.

Oleh kerana itu, aku akan berpegang pada janji diantara kami. Secara jujurnya, telah beberapa kali si isteri cuba menghubungiku. Aku terpaksa elakkannya. Akhirnya beliau telah menghantar satu SMS bahawa ia mahu menerangkan. Namun aku tetap berpegang dengan janji tersebut. Biar sebarang alasanpun ia berikan, aku tetap akan mengelak untuk mempercayainya. Perjanjian ini hanya akan terbatal sekiranya si suami sendiri menghubungiku untuk membenarkannya. Aku doakan juga kalimah; laa hawla wa laa quwwata illa billahi 'aliyyil 'azhiim. Na'udzubillahi minasy syaitonir rojiim wa min syarrima kholaq.

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
اللَّهُمَّ أجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا