بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ
الرَّحِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10)
MLM Ukhrawi (untung abadi)
Seperti yang kita ketahui, ramai minat pada perniagaan. Tambahan pula, semakin ramai tertarik kepada 'Multi-level Marketing' (MLM). Macam-macam brand ada; Luxor, OmegaTrend, Amway, Shaklee, Cosway, Agel, dan macam-macam lagi. Semua menawarkan lumayan yang kononnya berbeza antara satu sama lain. Namun, apakah satu perbezaan antara mereka? Iaitu kaedah/jenis keuntungan yang diperoleh. Bagaimana pun, terdapat satu pesamaan iaitu pelanggan boleh turut berniaga mencari keuntungan. Mereka menaiktarafkan istilah "consumer" (pengguna) menjadi pelanggan yang berniaga. Ertinya, pelanggan mampu mendapat hasil keuntungan daripada pembelian mereka, melalui "skim piramid". Bukan sahaja mendapat produk kesihatan, mereka mampu mendapat hasil kewangan daripada perbelanjaan. Malah, mendapat keuntungan hasil daripada barisan bawahan mereka, dalam bentuk struktur. Semakin ramai orang berdaftar dibawah kita, pasti lebih banyak wang yang dapat. Memang amat BAGUS sekali kerana perniagaan. Termasuk juga dalam sunnah (amalan kehidupan dunia). Namun, apakah hasil itu berkekalan? Pasti akan samada digunakan untuk 'cashflow', pusing wang (menggandakan lagi pendapatan) atau perbelanjaan kehidupan.
Mahukah kalau aku tunjukkan satu MLM yang pasti menguntungkan?
Point Pertama
Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu, dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya (tanpa dikurangkan walau sedikit)." (Riwayat Muslim)

Jika MLM dunia, berapa keuntungan yang kalian dapat daripada orang bawahan kalian? Hmm.. Saya anggarkan 20-30%.. Maka jika orang bawahan kalian dapat $100, pasti akan dapat $20-30 daripada setiap orang yang dapat sebegitu. Atau perkiraan itu salah!? Saya minta maaf kalau salah kira. ^_^ Namun, tetap dapat keuntungan.. Tapi adakah habuan 100% daripada pendapatan mereka? Pasti tidak, bukan? "Maka, apa kaitan dengan hujah saya?"
Saya mahu buat satu tawaran yang mendapat keuntungan abadi dan lebih menguntungkan. Modal boleh barangkali amat sedikit. Namun, modal yang paling penting adalah pada keikhlasan.
Saya panggil skim MLM ini sebagai Khoirul Kholidun. Ada bunyi glamer tak? hehe.. gurau sahaja.. Baiklah! kita teruskan.
Skim ini pasti habuannya lebih menguntungkan. Malah, keuntungan yang kekal abadi. Bagi setiap keuntungan, akan mendapat 100% habuan seperti line bawahan kalian. Jika mereka dapat $100, kalian juga akan dapat $100. Tidakkah lebih menarik?
BAGAIMANA!? MUDAH!! Buatlah kebaikan dan serulah ke arah kebajikan.

Firman Allah s.w.t.: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran 3:104)
Tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik. Serulah ke arah kebaikan. Akan mendapat ganjaran habuan yang lumayan bagi kebaikan ini. Berjalan menjadi MLM jika kalian turut menyeru mereka berbuat baik (menyeru kebajikan). Jika ada yang mengikut (tiru), pasti kalian akan turut mendapat habuan yang serupa dengan mereka tanpa dikurangkan walau sedikit. Tiada tol atau cukai pendapatan. Jika dapat $100, akan turut dapat $100 seumpama orang bawahan. Maka dikumpul akan dapat $200. CHOOP!! TUNGGU!! Tak habis lagi! Kan saya katakan tadi ni MLM. Takkan MLM setakat sorang sahaja bawah kita kan? Bayangkan jika ada 4 orang bawah line kita. Dapat berapa?
hmm.. berapa ek? $100x4=$?? Wah!! $400 la!! Campur sendiri punya? +$100 = $500..
Wah!! Untungnya!! 5 kali ganda dari keuntungan la!
Tak untung ke tu? hehe.. Bayangkan pula jika mereka ada line bawahan. Berapa banyak untung dapat..? hehehe... kira.. kira.. hehe..
Point Kedua
Kan tadi aku telah cakap bahawa ini satu jenis perniagaan. Adakah segala perniagaan sentiasa untung? tiada kerugian? Pasti akan ada turun naik. Jika promosi tak baik, pasti akan makan diri, kan?

Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali.r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun." (Riwayat Muslim)
Time kita asyik sibuk mempromosi barang perniagaan, pasti akan ada masa produk menurun, tidak mendapat sambutan. Mungkin juga ada masa menjadi rugi teruk kerana salah marketing. Kita bayangkan pula situasi ini:
Anda telah mengambil banyak produk awal-awal kerana mahu menjadi stokis sendiri bagi memudahkan pengurusan promosi MLM. Tetapi tanpa disedari, ada stok tidak terjual; sekotak yang tertinggal. Tidak terperasan bahawa kotak itu yang mengandungi kopi segera telah luput tarikhnya kerana simpan terlalu lama. Sekiranya, nak pulang semula tidak boleh kerana membeli mengguakan wang sendiri.
Itu pun sudah OK kerana masih belum menjual. Tetapi bagaimana pula jika yang membeli tidak perasan pada mulanya? Bagaimana jika mereka melaporkan sesudah itu? Atau mungkin juga keluar? Mungkin juga anda perlu pulangkan wang. Tidakkah rugi juga?
Oleh kerana itu, perniagaan MLM ini ada juga naik turunnya. Bukan main petik lalu berikan. Bagaimana jika kalian tanpa sengaja terpetik satu hadis maudhu' (palsu)? Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawasanya, sesiapa yang berdusta atas nama baginda, maka neraka tempatnya (Syarah HR al-Bukhari dan Muslim).
Hadis maudhu' itu baru satu hal. Bagaimana pula jika kaedah yang digunakan adalah buruk? Sebagai contoh, menyeru ke arah kebajikan tetapi menggunakan kaedah yang teruk/buruk. Bukankah akan mendapat balasan (dosa) bagi perbuatan buruk ini? Itu baru satu kerugian (1 dosa).. Bagaimana pula jika ada seorang meniru cara kalian? Pasti akan ada kerugian 2 kali ganda (x2 dosa) Ingatkanlah hadis di atas:

"..Siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun.."
Lihatlah! Jika kita membuat suatu keburukan, akan mendapat balasan bagi keburukan tersebut dan balasan seumpama mereka yang mengikuti. Balasan dua kali ganda tu!! Oleh itu, setiap kali melakukan sesuatu, adalaha sewajarnya penyelidikan terlebih dahulu. Jangan main petik sahaja jika ia adalah quote. Kasihanilah mereka yang menyampaikan/mengikuti dan kasihanilah diri. Janganlah berlaku zalim. Sesiapa yang melakukan sebegini (buruk) pasti termasuk dalam golongan yang zalim. Oleh itu, selidikilah dan pastikan amalan dilakukan dengan baik biarpun ia adalah satu kebajikan. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya.” (Riwayat al-Bukhari)
Niat adalah tiang amalan dan jisim kekukuhan sesuatu perkara itu terletak pada bahan dan kekukuhan. Biarpun tiang penting dalam pembinaan suatu bangunan, tetapi jika kaedah pembangunan yang digunakan adalah tidak betul, nescaya akan retak hancurlah dinding meninggalkan bumbung sahaja, mengundang ribut membasahi kamar tidur.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila matinya seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:
Pertama: Sedekah jariah. Kedua: Ilmu yang memberi manfaat. Ketiga: Doa anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Hadith Riwayat Muslim)