Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan, dan segala kejahatan yang telah diciptakan.

Maksudnya: "Sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur..”
(Surah An-Nisa' [4] : 100)
LAPORAN HIJRAH
Assalamualaikum warahmatullahi warahmatuh
Alhamdulillah.. Setelah ku mengira, pejam..celik..pejam..celik.. Pada hari ini, pada 1 Muharram 1434, cukuplah genap setahun hijrahku daripada diriku yang lama kepada diriku yang baru. Aku masih ingat aku sedar dari lamunan kegilaan kejahilan pada Awal Muharram 1433 Hijr setelah terlibat dalam satu kemalangan. Apakah azam kalian buat tahun baru ini? Teringat akan khutbah Jumaat pada masa minggu lepas. Tuan khatib telah menasihatkan para jemaah agar menjadikan azam tahun baru; mengejar kebaikan dan meninggalkan segala keburukan diri bagi masa-masa akan datang. InsyaAllah aku ucapkan.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya,
- "..nescaya Allah akan mengujinya (dengan kesusahan)."
(Riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
- "..nescaya Allah akan memberikan kefahaman agama kepadanya."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim daripada Mu'awiyah bin Abu Sufian r.a.)
Catatan 1: Hijrah Maknawi
Sebenarnya saya dah lost count berapa banyak kali saya berhijrah. Jap.. saya kira..1..Penang.. 2..Uu Klang.. 3..Gombak.. 4..Johor.. 5..Johor (lagi; tukar sekolah).. 6..Selangor..7..Shah Alam.. 8..Kelantan.. 9...Selangor (hijrah return).. Wah!! Rupa-rupanya banyak kali gila aku pindah tempat!! Kalau tolak ke tepi tentang hal urusan pendidikan (sekolah/institusi), saya pernah behijrah sebanyak tujuh kali.. Wah! banyak gak kan? Memang benar, saya kerap berpindah-randah tidak bererti saya mendapat hasil yang merugikan. Banyak juga kebaikan yang telah kuperolehi. Namun begitu, saya tidak dapat menggelar perpindahan tersebut sebagai Hijrah yang hakiki (maknawi).
Sebaliknya, saya telah mendapat kedua-dua kebaikan seperti dalam hadis yang membawa kepada hijrah maknawi pada diri sendiri. Salah satu sebelum kemalangan.. Dan kedua-duanya setelah kemalangan. Ayuh kita selami.. Dalam catatan ini, saya akan bentangkan pada 2 noktah (bahagian).
Noktah 1
Seperti yang diketahui umum dan saya telah katakan di atas, sudah cukup setahun kemalangan musibahku. Kemalanganku terjadi pada 21 Oktober 2011, yakni hari Jumaat. Benar! Sudah lebih daripada setahun jika mahu dikirakan tentang kemalanganku mengikut kalendar Masihi. Namun, saya melihat ulangtahun ini dari sudut lain. Untuk makluman anda, saya mula sedarkan diri daripada 'kematian' pada 1 Muharram 1433, 26 November 2011, yakni hari sabtu. Ironik kan?? Saya kemalangan pada hari jumaat tapi sedar diri pada hari Sabtu. Hahahaha...
Apa?? Adakah saya saya koma dalam sebulan?? Tak lah! Wahai saudaraku.. Wahai sahabatku tercinta.. Setelah kurenungkan semula, keadaanku adalah hampir tiada beza dengan koma. Buat yang tidak mengetahui apa yang terjadi denganku, saya tiada 'kewarasan normal' dalam jangkamasa lebihkurang sebulan tersebut; Secara hakikatnya, tiada perkara baru dapat saya kekalkan dalam ingatan. Maka, bukankah ia seolah-olah tiada bezanya dengan ketiduran/koma?
Noktah 2
Setelah menyedarkan diri, sudah tentu saya bingung kehairanan tidak tahu apa yang berlaku padaku. Namun, alhamdulillah saya ucapkan kerana merasai kasih sayang keluarga dan kecintaan para sahabatku. Pada tahun itu, aku banyak memenuhi hidupku dengan kesyukuran dan berterima kasih kepada sesiapa sahaja. "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah" (al-hadis). Ada banyak gelaran yang aku boleh berikan pada tahun 1433 Hijr tersebut, antaranya adalah "Tahun Kesyukuran". Aku dah lost count berapa banyak kali aku berterima kasih kepada yang lain.
Sebagaimana hadis berbunyi, aku telah mendapat pelbagai kefahaman agama. Entah mengapa, amat mudah bagi memahami suatu urusan agama. Jikalau masa dahulu, aku tak pasti samada akan senang memahami tentang sesuatu perkara. Mungkin lebih sukar. Haha.
Pada masa kini, hanya dengan membaca suatu kalimah suci, entah mengapa amat mudah bagiku untuk memahami bila membacanya. Wallahua'lam bissawab.
Noktah 3
Pada tahun itu, saya kerap mendapati bahawa saya banyak mendapat rahmat Allah s.w.t. Banyak juga aktiviti aku dalam tahun itu. Antaranya kefahaman agama. Kefahaman itu bukanlah hanya memahami dengan mudah. Akan tetapi, Allah telah membukakan pintu ilmu kepadaku. Berbagai pintu telah kulalui. Itulah kebuktian kasih-sayang Ilahi padaku. Masya'Allah, Subhanallah, wal hamdilillah, wa laa Ilaha IllaLlah waLlahu Akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illa billahi 'aliyyil azhiim.
Aku mendapat banyak penbacaan dan ilmu pengetahun. Berikut adalah ringkasan bagi perkara yang membukakan rahmat Allah bagiku; dan antara pengalaman yang kulalui sepanjang tahun itu:
- Doa musibah (memohon kebaikan): "Inna lillah wa inna.."
- Tafsiran Surah Al-Baqarah, ayat 81; "Sesiapa yang tenggelam kejahatan (dosa)...neraka kekal"
- Badiuzzaman Said Nursi
- Risale-i Nur
- Membuat urusan laporan polis bagi membaiki motorku (insuran).
- Masalah berkenaan thesis tahun akhirku.
- Melengkapkan lesenku 'B-full'-ku daripada 'L' menjadi penuh.
- Lawatan ke Kemboja (ibadah niat)
- Ujian-ujian (kecil & berat)
- Mendapat ramai kenalan baru & kenalan lama menjadi renggang
- Kelahiran zindik-zindik kufur (serta kesedaran, terus menjauhinya)
- Semakin kuat menggunakan facebook yang aku tidak gemari.
- Membuat page fb dan deleting.
- Mula membaca semula buku-buku novel.
- Minatku untuk mendalami urusan agama semakin kuat.
..Sebenarnya banyak lagi perkara kulalui.. Namun, hanya itulah yang dapat ku ingati kerana keterampilannya. Aku kerapkali putus asa; aku semakin merasa dunia sebagai penjara. Namun begitu, aku tidak mengalah dan hanya kepada Allah aku berserah. Na'udzubillah.
Catatan 2: Tahun Ujian
Setelah saya renungkan semula perkara-perkara yang berlaku dalam tahun 1433 Hijrah, berbagai-bagai perkara yang berlaku; kenalan baru, sahabat yang terputus, terjumpa kenalan lama, salah faham, kenalan menjadi lebih rapat, kefahaman agama, ujian kesukaran dan macam-macam lagi. Baik ujian nikmat atau ujian kesusahan. Paling banyak adalah ujian kesusahan, yakni ujian kesabaran. Dengan itu, saya terpaksa memanggil tahun 1433H sebagai, "Tahun Ujian" kerana saya tidak pernah merasa cabaran kesusahan pada tahun-tahun sebelum itu. Saya boleh ceritakan tentang semua ujian tersebut tetapi saya tidak tahu bagaimana saya harus letakkan dalam bentuk perkataan.Yang paling menonjol adalah masalah-masalah dan ujian saya terima. Kadang-kala amat ku kesali mengenangkan ujian-ujian dan cubaan-cubaan tersebut. Bukan aku sedih terhadap ujian; akan tetapi, aku kecewa terhadap diriku apabila mengingati tindakbalasku terhadap ujian-ujian tersebut. Alhamdulillah, terdapat ujian yang aku dapat bersabar menghadapi. Namun, amat mengecewakanku apabila ada cubaan yang aku telah gagal tempuhi. Astaghfirullahal 'Azhiim aku ucapkan.
WAHAI DIRIKU YANG HINA!
Inilah akibatnya apabila engkau memintanya. Engkau telah diberikan amaran agar jangan memohon ujian. Sekiranya engkau memohon ujian, fitnah Allah (ujian berat) yang akan menimpamu dan itulah yang berlaku padamu.Namun begitu, aku tidak akan berputus asa memohon kebaikan dan rahmat daripada Ilahi. Jika hanya bergantung kepada amalan ibadahku semata-mata, aku takut amalan tersebut tidak dapat menyelamatkanku daripada azab seksa neraka. (Nota) Na'udzubillah min zalik. Akan kuteruskan perjuanganku mencari ujian. Bagaimana aku mahu mengatakan aku mendapat segala kebaikan jika aku tidak pernah mendapat ujian? Alhamdulillah aku ucapkan diatas segala jenis ujian.
Catatan 3: Antara Jihad dan Ujian
Semenjak dahulu aku memiliki pelbagai gelaran. Antaranya adalah; jo psiko, mat komputer, comic addict, mat blur dan berbagai-bagai lagi. Aku biarkan sesiapa sahaja mengusik aku selagi tiada yang melampaui batasan.
Biarpun begitu, harus aku nyatakan bahawa, aku pernah impikan syahid biarpun tiada kemampuan untuk mengangkat senapang pada tahun tersebut. Aku teringatkan pada sebuah hadis Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang memohon pada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar, nescaya Allah akan berikan kedudukan syuhada' biarpun ia meninggal di tempat tidurnya."
(HR Muslim)
Lalu aku mencita-citakan mati syahid. Kerana mengikuti pengetahuanku, segala dosaku akan diampunkan jika mati syahid. Dan saya khuatir hanya bergantung kepada segala ibadah yang kulakukan semata tidak dapat menyelamatkanku ke syurga angkara keburukan pada diriku. Namun, ia tidak bererti saya duduk bodoh termanggu di dalam kamar keseorangan. Berbagai-bagai usaha yang aku telah cuba lakukan dalam pemburuan ini biarpun tidak mengangkat pedang. Oleh kerana itu, pada satu saat, aku menggelar diriku sebagai "Pemburu syahid".
Tidak lama setelah itu, berbagai-bagai usaha telah kulakukan. Namun, aku kerap gagal dalam ujian. Berbagai-bagai fitnah telah gagal ku tempis; terutamanya Fitnah Ilahi, dan fitnah batiniyah (rohani & akal). Sesudah kegagalan itu, Allah telah menyedarkanku, bahawa aku telah melahirkan zindik-zindik kufur dalam diri tanpa aku sedari.
Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk meninggalkan benih-benih kufur tersebut. Sebagai contohnya, aku telah hapuskan 'page' facebook yang aku telah buat pada tahun ini. Page tersebut telah mengakibatkan timbul zarah-zarah riak dalam diriku. Biarpun aku tidak menzahirkan kesombongan tersebut, namun telah lahir fitnah dalam batinku. AKU TAKUT. Aku takut tak masuk syurga. "Tak masuk syurga manusia yang ada perasaan sombong dalam hatinya walau sebesar zarah".
Itu baru satu. Banyak lagi fitnah yang ku telah hadapi. Aku sedih jika aku gagal menghadapinya. Dengan ini, azam aku bagi tahun 1434 adalah, aku berazam untuk menguatkan imanku. Aku mahu berhijrah meninggalkan segala keburukan dan kejahatan dari dalam diri.
Biarpun begitu, aku tidaklah sering atau berputus asa setiap kali berdepan dengan ujian. Malahan aku mahu mencari lebih banyak ujian kerana aku dahagakan segala rahmat dan kebaikan daripada Ilahi; baik di dunia dan di akhirat.
Dengan ini, aku mengistiharkan: Mulai tahun 1434 Hijrah; Anda boleh menggelar saya, "Pemburu Ujian". LOL. Aku akan terus memburu kebaikan dan rahmat Allah; UJIAN dan KEFAHAMAN AGAMA. InsyaAllah
Daripada Abdullah Bin Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang muslim adalah yang melindungi muslim lain daripada gangguan lidah dan tangannya. Dan seorang muhajirin adalah seorang yang menjauhi larangan Allah." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Penutup buku & Lembaran baru
Dengan itu, saya menutup buku log tahunan 1433 Hijr dan telah tiba masanya saya membuka lembaran buku baru, yakni buku tahunan 1434 Hijr. Seusai itu, saya mengucapkan selamat tahun baru 1434 Hijrah pada semua. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan segala amalan pada tahun 1433 Hijrah diterima serta pintu rezeki dan kebaikan akan terus dibuka buat semua. Sebelum mengakhir surat ini, benarkan saya menghadiahkan kepada anda doa "awal tahun". Dengan itu, saya mengucapkan pada semua: ASSALAMUALAIKUM


0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang