Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
(Al-Ma'aarij 70:29)
(Al-Ma'aarij 70:29)
Apa yang diertikan dengan kehormatan? Adakah sekadar hijab (tudung)? Hanya sekadar hijab tidak memadai jika akhlak tidak dijaga. Lalu termasuk dalam golongang yang "berpakaian tapi telanjang".
Pakaian = Tutup aurat. Memakai hijab.
Telanjang = Membiarkan orang lihat aib diri (keburukan).
Biarpun menutup aurat hingga ke pemakaian purdah, iman akan musnah pabila akhlak (lidah) tidak dijaga. Risalah ini terbahagi kepada dua maqam (bahagian).
Pakaian = Tutup aurat. Memakai hijab.
Telanjang = Membiarkan orang lihat aib diri (keburukan).
Biarpun menutup aurat hingga ke pemakaian purdah, iman akan musnah pabila akhlak (lidah) tidak dijaga. Risalah ini terbahagi kepada dua maqam (bahagian).
Dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang mulia." (Hadis Riwayat Ahmad)
MAQAM PERTAMA
Kita sering dengar pabila perempuan yang enggan menutup aurat (berhijab) berkata, "Buat apa aku nak pakai tudung? Ramai yang pakai tudung pun teruk mulut dia." Makanya tidak akan ku sangkalkan kata-kata ini. Tiada hendaknya manusia sempurna. Harus diterima. Namun harus tetap usahakan sempurnakan diri; terutamanya pada akhlak sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (tiada keikhlasan hakiki). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
(HR at-Tirmizi)
Makanya, fitrah manusia melihat pada zahir sahaja. Dengan itu, mereka membuat 'labeling' dan 'stereotyping' melalui 'categorizing' hanya dengan melihat zahir sahaja. Angkara itu, musnah imannya. Ada juga menganggap diri lebih mulia memperlihatkan pakaiannya (sendiri) sahaja.
Dalam satu imaginasiku yang lain, kubayangkan seorang yang memakai serban dan jubah turban; menonjolkan kewarakan. Kerana pemakaiannya sendiri, timbul zarah-zarah kesombongan dalam dirinya. Lalu tanpa sedari, ia melihat golongan lain sebagai lebih rendah daripadanya. Akhirnya timbul zarah-zarah kesombongan; memandang orang lain lebih jahil daripadanya. Ia menjualkan keadaan dirinya yang konon beragama walhal tetap tidak meninggalkan nafsu dunia (akhlak buruk dan amarah dsb).Itulah antara contoh orang yang menggadaikan agama kerana dunia. Kerana keadaan fizikalnya, ia akan menonjolkan diri sebagai warak/zuhud. Maka ia akan dikelompokkan/mewakilkan kumpulannya. Contoh: Fikirkan apa yang berlaku ketika 9 September 2011. Macam-macam yang ku perhatikan terutamanya 'conspiracy theory'; Kerap kita lihat orang cakap yang peristiwa tu telah dirancang. WAHAI MANUSIA! Rasulullah telah bersabda bahawa Islam akan berpecah menjadi 73 pecahan. 72 daripadanya adalah buruk hingga menempah neraka. Jom kita berpaling daripada nilai tetapi siapa 73; Macam-macam ada: Sunni, Syiah, khawarij, mu'tazilah, jabariyah, qadariyah dan sebagainya.
MAQAM KEDUA
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama(nya) dan Muhammad sebagai rasul.
(Riwayat Muslim)
Point Pertama: Kemanisan
Hmm.. Kemanisan iman? Redha? Apa maksudnya meredhai Allah sebagai tuhan? Bukan ke semua muslim wajib beriman? Nak rasa iman macam mana lagi? Yang aku tahu pada asalnya, rukun iman ada 6; percaya pada Allah, malaikat, rasul, kitab-kitab, hari kiamat, dan qada' qadar. Semua tu memang kita percaya.. Tu tak kira meredhai? hmm.. Nak merasa kemanisan camner? Ye la.. kita bukan bodoh. Dah pasti kemanisan ini tak cakap pasal gula/kuih. Mungkin ia kemanisan dari segi falsafah. hmm.. Lalu ku berfikir lagi.
Sesudah berfikir, timbul satu imaginasi dalam mindaku: "Macam mana kalau kemanisan ni bermaksud perasaan? 'perasaan manis'.. hmm.. Perasaan manis? Yang aku fahamkan, selalunya perasaan manis sampai pada masa ada perasaan kasih-sayang pada sesuatu.. Lalu kukaitkan dengan hadis ini.
Teringat pula pada perasaan para Sahabat r.a. pada Rasulullah. Kerap (terjemahan) digunakan perkataan "mencintai" baginda. Sudah tentu juga mereka memiliki kemanisan iman. Oleh itu, boleh dikatakan perasaan kemanisan iman adalah cinta pada Allah, Islam dan Nabi Muhammad.
Sesudah berfikir, timbul satu imaginasi dalam mindaku: "Macam mana kalau kemanisan ni bermaksud perasaan? 'perasaan manis'.. hmm.. Perasaan manis? Yang aku fahamkan, selalunya perasaan manis sampai pada masa ada perasaan kasih-sayang pada sesuatu.. Lalu kukaitkan dengan hadis ini.
Teringat pula pada perasaan para Sahabat r.a. pada Rasulullah. Kerap (terjemahan) digunakan perkataan "mencintai" baginda. Sudah tentu juga mereka memiliki kemanisan iman. Oleh itu, boleh dikatakan perasaan kemanisan iman adalah cinta pada Allah, Islam dan Nabi Muhammad.
- Siapa yang cinta pada Allah s.w.t., ia akan melakukan ibadah sepenuh hati kerana Allah. Bukan kerana keterpaksaan (fardu). Ia menyedari (hati) bahawa Allah adalah tuhannya.
- Cinta pada Rasulullah s.a.w: - ia akan berpegang pada sunnah baginda; dengan melakukan apa yang telah diseru baginda. Yakni memelihara ibadah akhlak yang sempurna melalui 3i; Islam, Iman dan Ihsan.
- Tatkala cinta pada Islam, ia akan berpegang pada rukun Islam. Tiang agama akan dipelihara. Malah ia akan menjaga nama Islam dengan sepenuh hati. Tidak menjadi Islam hanya pada nama.
Point Kedua: Keredhaan Hakiki
Hmm.. Keredhaan? Apakah caranya? Redha.. Redha.. Fikir.. Fikir.. Redha.. Lalu timbul satu imaginasi baru. Apakah redha yang biasa temui? "Aku redha (terima). Nak buat camne.. Kalau tak terima, takut gaduh nanti.. Nampaknya aku terpaksa terima.. Redha je lar.." Hmm.. Betulkah redha ini merujuk pada perkara ini?
Lalu kukenang pada rukun Iman ke-6, percaya pada Qada' dan Qadar. Qada' Qadar adalah berkenaan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Lalu kukenang pada rukun Iman ke-6, percaya pada Qada' dan Qadar. Qada' Qadar adalah berkenaan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Imaginasiku membayangkan seorang perancang pembangunan kawasan perumahan. Ia telah tetapkan kawasan kedai di lokasi yang telah ditetapkan. Tiada sebelah dengan kawasan rumah. Lokasi pun jauh dari kilang agar tidak mengganggu kawasan perumahan. Lalu penduduk situ gembira. Kerana telah direka sebegitu rupa. Inilah keredhaan. Lalu pada suatu hari, sebuah tanah lapang tiada terjaga telah dibeli untuk dibangunkan. Proses pembangunan telah dijalankan. Para penduduk merasa marah kerana menyangkakan bahawa tanah tersebut adalah tanah wakaf. Mereka risau anak-anak akan dalam bahaya kerana berdekatan dengan kawasan pembinaan. Malah ada yang membuat keputusan untuk pindah kerana menyangkakan bahawa kawasan tersebut telah selesai dibangunkan. Mereka hidup dalam kegeraman sehinggalah pembangunan hampir siap. Ketika hampir siap, barulah mereka mendapat tahu bahawa bangunan yang dibina adalah dewan serbaguna buat penduduk tempatan. Ia boleh digunakan sesesuka hati oleh mereka.Begitulah dengan keredhaan. Allah Maha Pencipta telah merancang buat semua. Erti keredhaan ini, adalah ia akan menerima segala ketetapan Ilahi tanpa mempersoalkan segala ketentuannya-Nya. Itulah hakikat "percaya pada qada' dan qadar". Seorang yang redha, ia akan menerima rukun iman dengan ikhlas sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan. Ibarat, "seorang ibu memberikan anak pertamanya susu". Dengan itulah hakikat keredhaan hakiki, bukan keredhaan dalam keterpaksaan tetapi redha dalam kemahuan. Seorang yang mempunyai keredhaan hakiki, Asmaul Husna akan ia sentiasa ingati. Jika perkara baik berlaku, ia meredhai dengan tasbih dan tahmid. Dan jika berlaku sebaliknya (buruk), akan juga ia redhai (syukur). Jauh dari sifat hamba dunia. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredhai, sekiranya ia tidak diberikan ia tidak meredhai." (Riwayat al-Bukhari)
Bak kata Sultan Salahuddin al-Ayubi: "Aku meminta kekuatan dan Allah berikan aku kesulitan yang menjadikan aku kuat". Itulah kuasa Allah Maha Penyayang lagi Maha Pentadbir Alam.

0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang