بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
- Allah tidak akan mengazab tanpa hujah dan alasan. Allah memberikan keuzuran hingga menjangkau umur tua kerana mahukan ia berbuat kebaikan akibat kesusahan ini.
- Allah tidak akan menciptakan sesuatu yang sia-sia. Setiap perkara mesti ada alasan dan hujahnya. Fikirkan perkara tentang Nabi Adam a.s. dan iblis.
PRAKATA
Telah diriwayatkan bahawa sebelum iblis dibuang daripada syurga, ia lebih dikenali sebagai Azazel. Azazel terkenal dengan ibadatnya sehinggakan para malaikat melantiknya menjadi imam mereka. Ia juga terkenal dengan kecantikannya dan keindahan sayapnya. Kemudian dikisahkan bahawa malaikat Israfil telah terbaca satu catatan di Luh Mahfuz yang mengatakan bahawa terdapat hamba Allah yang telah beribadat selama 80 ribu tahun akan dilaknat Allah dan segala ibadatnya akan menjadi sia-sia. Kerana ini Israfil menangis kerana khuatir perkara tersebut akan menimpanya. Para malaikat yang lain berasa hairan, dan kemudian bertanya kepada Israfil untuk mengetahui kenapa dia menangis. Lalu Israfil menceritakan apa yang telah ditemuinya di Luh Mahfuz. Para malaikat semuanya turut menangis. Masing-masing khuatir kalau-kalau keadaan yang amat malang itu akan berlaku ke atas diri mereka.
Ketika itu, mereka teringatkan kepada Azazel yang terkenal dengan doanya yang paling mustajab. Lalu mereka beramai-ramai pergi berjumpanya bagi memohon pertolongan agar Azazel mendoakan buat mereka. Azazil bersetuju dan mendoakan buat mereka. Tetapi Azazil yang telah bercampur takbur ketika itu telah hanya mendoakan buat semua malaikat kecuali beliau. Padahal ia juga pernah berjumpa sebuah catatan seumpama itu di Luh Mahfuz, yang turut menulis perkataan "iblis" pada catatan tersebut. Malah, ia turut mengutuk "iblis" tersebut. Tetapi ia tidak sedari bahawa iblis tersebut adalah Azazel sendiri. Kemudian perkara berlaku seperti yang ramai ketahui; (1) Penciptaan Nabi Adam a.s. dan Hawa; (2) Iblis dilaknat; Dan (3) Adam dan Hawa dibuang daripada syurga
KEENGKARAN IBLIS
Bayangkan jika iblis tidak engkar perintah Allah s.w.t. Apakah mungkin syaitan akan menyesatkan manusia? Benar. Memang bagus jika mereka tidak wujud. Tetapi bayangkan pula jika manusia tidak disesatkan, semua akan jadi umpama mesin di kilang. Melakukan tanpa menurut akal pemikiran. Akan sia-sia Allah mencipta nafsu dan akal kerana tidak dapat digunakan. Malah Nabi Adam telah terus berdoa setelah dibuang. Sudah pasti Nabi Adam akan perturunkan kepada keturunannya (kita) agar terus beribadah pada Allah. Sekiranya akan terdapat perbezaan dari cara beribadah samada berbeza atau sama, hanya Allah Maha Mengetahui. Saya tidak berani mempersoalkan tentang perkara ghaib.Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (Surah Al-Kahfi 18:50)
Namun, iblis dan syaitan punyai satu kelebihan. Yaitu mereka tidak pernah malas. Tidak malas dan lelah menyesatkan manusia.
Bagaimana jika mereka menjadi malas? Bukankah, akan jadi tiada bezanya dengan keadaan iblis jika tidak dibuang dari syurga. Oleh itu, apakah balasan kita kepada golongan pemalas? Jika syaitan pun rajin, mengapa solat sukar untuk dirajinkan? Jika Iblis pun boleh beribadah tanpa henti selama beribu-ribu tahun, mengapa solat yang kurang daripada 10 minit pun sukar untuk dilakukan?Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". (Surah Al-A'raaf 7:14)
DIBUANG KE BUMI
Pertama:
Pernahkah kamu bayangkan sekiranya Nabi Adam dan Hawa tidak engkar kepada larangan Allah daripada memakan buah khuldi di syurga? Sudah tentu mereka tidak akan dibuang dari syurga. Fikirkan, adakah manusia akan menjadi tua di syurga? Sudah tentu tidak. Jika tidak menjadi tua (nyawa), maka apakah mereka akan punyai keturuanan? Apakah mungkin kita akan wujud?Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".Jika kita tidak dilahirkan, dapatkah kita merasakan rahmat kehidupan yang sedia ada? Dapatkah kita mengenali kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w.? Malah, apakah akan kalian akan membaca nota ini ketika ini?
(Surah Al-A'raf 7:24)
Kedua
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah memiliki 100 Rahmat; satu diantaranya Allah telah turunkan (ke bumi) dan dibahagi-bahagikannya kepada jin, manusia, binatang, dan serangga. Dengan rahmatnya yang satu itu juga para makhluknya saling mencintai dan menyayangi, dan dengan rahmatnya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat lagi, Allah akan berikan pada hari kiamat nanti kepada hamba (pilihan)-nya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Allah telah menciptakan 100 rahmat. Satu telah diturunkan ke bumi. Walaupun 99 lagi di syurga dan hanya satu di bumi, tidakkah kalian mahukan 100 rahmat tersebut?
Terdapat seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada hujung tahun. Ia harus mendapat keputusan cemerlang, "A" didalam semua 12 mata pelajaran yang didudukinya. Jika hanya 11 mata pelajar yang ia lulus tidak akan melayakkannya didalam pusat pengajian tinggi yang diimpikannya. Menjelang salah satu ujian, beliau perlu menjawab soalan pertama terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan kepada soalan kedua dan ketiga kerana soalan tersebut merujuk kepada soalan pertama. Maka ia harus menumpukan kepada soalan pertama terlebih dahulu.12 mata tersebut adalah kata pada 100 rahmat Allah. Jika hanya mendapat 99% markah sahaja berbanding 100% rahmat, sudah tentu gembira, kan? Tapi, mana yang lebih menggembirakan? Sudah tentu 100%, bukan?
Tetapi bagaimana untuk mendapat 99% jika soalan yang 1% tidak mampu menjawab? Malah, tidak mungkin akan mendapat 100% rahmat angkara meninggalkannya. Rahmat yang pertama tidak diberikan perhatian. Tiada kesyukuran di hati. Bagaimana untuk merasa lagi 99 rahmat jika rahmat yang satu tidak dihargai. Wahai manusia! Pergunakanlah satu rahmat yang luas itu untuk beribadah kepada yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.
Kerana itu Allah telah mengeluarkan Nabi Adam a.s. dan Hawa dari syurga ke bumi untuk beranak-pinak. Dan seterusnya melahirkan keturunan hinggalah kepada kita. "Tidak diciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada Allah". Apakah kalian akan dilahirkan atau tidak sudi dilahirkan? Maka, tidakkah bodoh mereka yang tidak mahu beriman kepada qada' dan qadar?
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah 'Azzawajalla berfirman: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku bersama dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir).'"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PENGHABIS BICARA
Sabda Nabi s.a.w.: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescara Allah akan mengujinya dengan kesusahan." (Riwayat al-Bukhari)Allah yang Maha Bijaksana tidak akan mencipta suatu perkara yang sia-sia tanpa hujah dan alasan muhasabab. Dia pasti akan mencipta segalanya memenuhi keperluan dan kepentingan. Biarpun najis mempunyai kegunaan sebagai baja. Biarpun penjenayah punya kegunaan; Yakni bagi memperingatkan kita pada keburukan. Setiap ujian pasti ada baik buruk. Kesulitan diberi dapat menjadikan kita kuat. Dan kemewahan dapat menjadikan kita leka, lebih sukar memahami kehidupan orang yang susah. Tiada perkara di bumi yang Allah cipta menjadi suatu yang sia-sia. Sebaik-baik manusia ada keburukannya. Dan seburuk-buruk manusia ada kebaikannya. Biarpun satu ujian boleh menjadi rahmat.
Allah s.w.t. berfirman: "..Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah [2]: 216)
Ayuh kita jejaki Siratal Amin. Masukkan sifat Al-Amin dalam diri.
Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang