Pasti ramai berfikir sebegini: "Dapat syurga pun dah bagus. Kalau setakat syurga bawah pun dah syukur."
Firman Allah SWT: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .
Namun sukar mencari mereka yang meletakkan syurga firdaus sebagai sasaran. Tiada tambahan ucapan sebegini, "Alhamdulillah dapat syurga. Tapi kalau boleh nak dapatkan Syurga firdaus. Maka, saya dalam usaha nak mengejar firdausi."
Rukun pengambilan syurga firdaus terdapat di dalam Surah Al-Mu'minun 1-11. Penduduk syurga adalah mereka yang:
1. Khusyuk dan memelihara sembahyangnya,
2. Menjaga janji & amanah,
3. Memelihara pandangan & kehormatan,
4. Memberi zakat & sedekah serta membersihkan harta; Berlumba - Membuat kebajikan & kesucian diri,
5. Menjauhkan diri daripada perbuatan & perkataan yang sia-sia,
6. Tidakbersikap melampau batas (taksub dan fanatik),
7. Penting sekali, adalah mereka yang beriman.
Syurga Firdaus pada kepastiannya adalah diduduki oleh para kekasih Allah, yakni para Anbiya. Dan para sahabat RA dan ahli syuhada. Merekalah terutamanya golongan yang dikasihi Allah. Tidakkah kamu mahu tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah SWT? Ayuh berlumba-lumba mengejar syurga firdaus. Tanamkan Al-Amin dalam diri.



0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang