◄ My Sirah: Chapter 3 - Dahuluku Yang Lama
Lama Yang Umum
Noktah 1: Kehidupan lamaku
Seusai kehidupanku lama yang jahil (pelajar), aku menghala ke kehidupan duniawi. Aku cari dan cari perkerjaan tetapi tetap gagal. Lupa berapa banyak wang yang telah ku habiskan hanya demi mencari pekerjaan. Rasanya lebih daripada RM300. Termasuk perbelanjaan perjalanan. "Hello brother! Aku habiskan nak dekat RM300 untuk komuter je!"
Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk "berehat". Timbul satu pemikiran negatif dalam diri: "Tak larat aku nak interview! Bukannya dapat kerja pun! Habiskan lagi duit ada la!". Lupa mahu katakan, tika dalam proses mencari pekerjaan, aku telah terkandas apabila kehilangan fail portfolio aku; yang mengandungi segala jenis sijil, SPM, resume dan pelbagai lagi.
Lalu aku terpaksa bekerja di salah sebuah restoran berdekatan rumah sementara mencari kerja lain. Alhamdulillah dapat bos yang baik hati. Ku panggilnya Aunty Siti. Got cute girls. hehe.. Well, I'll just put that aside. One of them love Farah AF3. Preet... Preett! Or was it AF2? Entah lah.. Aku tidak meminati menonton rancangan tv semenjak naik sekolah menengah. Yang ku tahu, masa zaman kanak-kanak, aku suka menonton rancangan Gavan dan Suria Baja Hitam (Kamen Rider). Let's drift a bit; Oh, before I forget, I also used to love robot shows. One of them was Transformers. And among the series, I used to love the Japanese version Transformers. Was it Takara Transformers or something. Humans combining with the truck to tranform into their tranformers robot. Kinda cool for Transformers but typical for japanese.

Noktah 2: Hijrah Kelantan
Ketika bekerja, Yien datang melawat ke KL atas urusan tugas dari Kelantan. Dalam masa itu, beliau telah singgah ke Bangi. Ketika itu, beliau menceritakan mengenai keadaan isu HIV/AIDS di Kelantan. Menyedihkan mengenangkan sikap orang Kelantan. 'Serambi Mekah' hanya pada nama. Wanita kelantan yang telah dijangkiti HIV oleh suami mereka. Tetapi dipersalahkan oleh masyarakat; dituduh (fitnah) sebagai punca kematian suami mereka. Walhal penyakit tersebut adalah punca suaminya. Diskriminasi melarat.
Tika ini aku merasa sayu, lalu telah membuat keputusan untuk membantunya. Maka aku telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kelantan. Walaupun telah diberi amaran oleh Yien tentang habuan yang akan diterimaku (tidak seberapa), namun aku tetap ikhlas untuk membantu mereka.
Sepanjang aku bekerja di sana, aku telah usahakan pelbagai cara bersama Yien. Yaitu memperolehi sebuah rumah perlindungan untuk para ibu tunggal. Aku turut rangkakan satu program khas buat remaja bermasalah. Aku berikan nama, "Prihatin Smart Camp". Seperti yang dilihat pada namanya, ia adalah sebuah program jangka pendek. Mengambil masa 3 hari 2 malam. Tetapi aku rasakan seperti tidak lengkap. Lalu aku fikirkan. Akhirnya ku temui jawapannya. Aku telah merangka sebuah program jangka panjang. Aku bahagikan kepada beberapa bahagian berbeza. Pada bahagian pertama, kami akan adakan perkhemahan tersebut. Sesudah itu, kami akan approach para pelajar dan usulkan kepada sesiapa yang tertaik untuk membantu masyarakat yang jahil. Golongan ini akan mendaftarkan diri sebagai ahli sukarelawan. Program ini akan berkembang. Aku berikan nama "Program Remaja Prihatin" (Pre-Hatin). Masakan mereka boleh benar-benar memahami kesusahan orang yang sempit jika tidak pernah melihat golongan ini. Maka, dari situlah timbulnya idea ini; Agar mereka tidak hidup dalam kejahilan.
Ikutan itu; Entah mengapa, salah satu pertubuhan payung kami, Majlis AIDS Malaysia (MAC) telah mengusulkan namaku pada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) pada tahun 2008. Pada mulanya mereka hanya mintaku berikan resume. Aku merasa pelik mengapa meminta biografi ku. Kemudian masa, baru kuketahui puncanya. Pada tahun itu, aku telah dihubungi untuk menerima satu anugerah. Aku tidak meminati sebarang anugerah. Tambahan pula, Yien sedang 'out-station'. Maka aku telah memangku tugas Pengurus Besar. Tiga hari sebelum penyampaian anugerah, pihak KBS telah menghubungiku untuk menghadirkan diri di Bukit Jalil bagi menerima anugerah tersebut. Yien telah menyuruh ku pergi. Maka aku pun terpaksa pergi. Tidak ku ingat bilakah tarikhnya. Dengan itu, pada tahun 2008, aku telah menerima "Anugerah Belia Negara 2008" (kategori sosial masyarakat) dari tangan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina sendiri. Tidak ku ingat perasaanku tika begitu. Mungkin terperanjat atau mungkin tidak terasa apa-apa. Yang ku ingat, hanya satu. Dato Azalina hadir dengan baju t-shirt biru (kelihatan lusuh) nya. hehe.
Tidak lama kemudian, aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ku. Maka, dengan itu, aku telah melanjutkan pelajaran ku dalam bidang psikologi di Kuala Lumpur. Dengan itu, aku terpaksa berhijrah sekali lagi. Tiada istimewa untuk diceritakan. Tidak ku ingat apa-apa. Hanya ingat beberapa orang kerana kondisi ku kini (hilang ingatan 5 tahun, 2008-2001).
Maka, lebih menarik jika ku ceritakan lebaran diri ku kini. Akan ku ceritakan juga bagaimana aku "berhijrah" kepada keadaan ku kini. Jahil --> Baru. Ikutilah kisahku dalam bahagian terakhir.

السلام عليكم
ReplyDeleteterkesan bila membacanya ... menitiskan air mata ...