
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ ، ومَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksud: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, muliakanlah tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, janganlah menyakiti (ganggu/hina) jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka harus berkata perkara yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahuanhu)
[Catatan: Dalam Riyadussolihin, ada tertulis satu jalur perawi yang menyampaikan kata, "maka eratkan hubungan silaturrahim". Tetapi terkeluar dari objektif artikel ini. Malah, aku tidak mampu mengarang tentangnya.]
Memandangkan hadis ini ada tiga bahagian, telah ku bentang dalam tiga nuktah.
N U K T A H P E R T A M A
Saya teringatkan satu adat budaya yang ada di Turki yangg pernah ku terlihat.. Apakah negara lain (selain Malaysia) amalkan? AllahuA’lam.
Orang Turki kelihatannya adalah
begitu memuliakan tetamu mereka. Tidak perlu mereka tegur tetamu supaya SUSUN
KASUT. Tuan rumah sendiri akan tolong susun (semula) kasut tetamu.
Saya tidak membicarakan tentang
susun teratur semata. Tapi susun selipar menghala 'keluar'. Satu adat budaya
yang amat ku kagumi. Sifat mukmin. Bukanlah membawa erti 'menghalau tetamu'.
Akan TETAPI, ia membawa pengertian, ‘meMUDAHkan tetamu’ apabila mereka ingin
pulang. Cukuplah dengan budaya ini bagi memperlihatkan betapa sifat Islam ada
dalam amalan ini. Mereka akan melayan para tetamu, tidak tunggu ada PANGKAT.
Setiap tetamu dilayan bagaikan raja tanpa kira sesiapa.
Alangkah baiknya jika budaya
'barat' seperti ini ada diikuti oleh rakyat Malaysia; Bukanlah hanya tahu ikut
budaya barat yang bersifat syubahat seperti 'valentine's day' atau hidup
berfesyen dan sebagainya.
N U K T A H K E D U A
Saya teringatkan sebuah hadis yg berbunyi seperti ini:
Telah diriwayatkan sahabat telah bertanya kepada Nabi tentang keadaan seorang wanita selalu berpuasa (sunat), malam hari dia bangun (tahajjud) bagi mengerjakan ibadah. Cuma sedikit kesalahan. Iaitu ia suka menyakiti jirannya dengan lidahnya. Baginda menjawab, “Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.” Sahabat menjadi hairan dan bertanya mengapa sedangkan ia selalu melakukan ibadat-ibadat tambahan seperti itu.
Adapun halnya, lalu baginda menjawab: Sesungguhnya apa yang ia lakukan hanyalah perkara yang sunat. Sedangkan akhlak baik adalah yang wajib disisi agama dilanggari.
Padahal seharusnya sembahyang dapat
memupuk akhlak yang soleh. Tapi itu adalah hanya jika ia menjaga keihsanannya.
إِنَّ
الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ
Maksud: “Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran." (Surah al-Ankabut 29: 45)
Satu riwayat Imam Muslim berbunyi: Nabi
sallallahualaihiwasallam bersabda; "Tidak masuk syurga orang yang
menyakiti jirannya."
Ini membawa penegasan: Janganlah kamu melakukan sesuatu yang boleh mengganggu jiranmu. Bukan bererti mengabaikannya. Tetapi berbuat ihsan dengan para jiran.. Kita letakkan bab "jgn jaga tepi kain orang". Tapi mengambil berat tentang jiran.
Aku teringatkan pula satu hadis akhir zaman yang mana, umat ini akan mengabaikan jiran. Jiran tidak berteguran.. Aku lihat banyak. Apakah kamu kenal jiranmu? Selalu bertandang dengan jiran? Jagalah jiranmu sebagai saudaramu tanpa kira sesiapa; bangsa atau agama.
Masih tidak sempurna iman seseorang muslim itu hingga ia menghormati jirannya.
Ini membawa penegasan: Janganlah kamu melakukan sesuatu yang boleh mengganggu jiranmu. Bukan bererti mengabaikannya. Tetapi berbuat ihsan dengan para jiran.. Kita letakkan bab "jgn jaga tepi kain orang". Tapi mengambil berat tentang jiran.
Aku teringatkan pula satu hadis akhir zaman yang mana, umat ini akan mengabaikan jiran. Jiran tidak berteguran.. Aku lihat banyak. Apakah kamu kenal jiranmu? Selalu bertandang dengan jiran? Jagalah jiranmu sebagai saudaramu tanpa kira sesiapa; bangsa atau agama.
Masih tidak sempurna iman seseorang muslim itu hingga ia menghormati jirannya.
N U K T A H K E T I G A
Tentang bab ini, ada banyak sangkut
dengan sifat ihsan. Kalau nak kata sesuatu, katakanlah dengan ihsan dan makruf.
Allah Azzawajalla berfirman:
Allah Azzawajalla berfirman:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ ¨ فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
“Jadilah pemaaf. Suruhlah dengan makruf (perkara baik). Berpalinglah daripada orang yang jahil (berdegil dengan kejahilannya). (7:199)
Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut. (Taha 20:44)”
Daripada kalimah-kalimah ini, jelas
menunjukkan Allah memerintahkan agar menjaga lisan.. Ada ihsan dalam ini. Ini
juga boleh disabitkan dalam banyak hal..banyak perkara..
Sebagaimana satu riwayat berbunyi,
kalau terlihat kemungkaran, cegah dengan tangan. Kalau tangan tak menjadi,
cegah dengan lisan. Dan kalau lisan juga tak menjadi, cegah dengan hati (doakan
kebaikan).
Dalam satu wajah, 'tak mampu' itu
boleh membawa maksud benteng halangan. Namun, ia juga boleh membawa pengertian,
"tak mampu berlemah-lembut". Sebab itulah Nabi berpesan, samada
katakan perkara yang baik atau diam. Kalau tak mampu dengan baik (ihsan), lagi
baik diam. Jangan berkeras. *PERINGATAN TEGAS KEPADA DIRIKU!!*
Dan jika kita lihat hadis:
إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksud: Nabi sallallahu'alaihiwasallam bersabda; “Sesungguhnya Allah telah wajibkan ihsan dalam setiap perkara. Maka kalau kamu mahu membunuh (haiwan), matikanlah dengan ihsan (sebaik-baiknya). Maka setiap kalian patut tajamkanlah pisaumu, jauhkanlah haiwan itu daripada penyeksaan (sebelum sembelih).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah & at-Tirmizi)
Pada wajahnya, hadis ini
menjelaskan supaya menajamkan pisau sebelum menyembelih haiwan. Namun,
tersiratnya memesan kepada kita agar melakukan setiap perkara dengan belas
ihsan tanpa kira apa. Lalu, jelasnya sifat ihsan itu adalah termasuk kepada
kewajipan amalan dilakukan dengan sebaik cara. Kalau nak bunuh, bunuh
betul-betul. Kalau nak kapel, kapel dengan sebaiknya sampai ke jinjang pelamin.
Jangan hampiri zina. Kalau risau tak mampu buat sesuatu dengan ihsan, maka
jangan buat. Ihsan itu adalah membawa maknawi, “Kalau nak buat sesuatu
buat betul-betul. Jangan buat main-main. Biar tegas.”
Merugi hayat
tanpa ilmu dan amal,
Orang
yang beramal akan binasa kecuali yang ikhlas,
Ikhlas dalam
bahaya tanpa ihsan,
Tidak sempurna
ihsan tanpa ikhlas.
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ، إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ



0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang