08 September 2012

My Sirah - Chapter 3

◄ Chapter 2 - Dahuluku Mula

Dahuluku Yang Lama


KEHIDUPAN KU DI SELANGOR

Berikut adalah kisah ku semenjak aku memulakan kehidupan di Selangor. Atau lebih tepat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Akan kubahagikan pada 2 bahagian: (1) Zaman sekolah, dan (2) Zaman tamat sekolah.

Zaman Persekolahan

Pada tahun 1997, bapaku telah membuat keputusan untuk mengajar semula. Maka beliau telah berhenti dari Syarikat Roche, menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Untuk itu, kami terpaksa berpindah ke Selangor. Semenjak itu, kami telah menetap di Bandar Baru Bangi hingga kini. Namun begitu, aku masih tidak putus hubungan teman-teman lama di SMIH. Aku masih berhubung dengan Naim Jusri. Beliau juga ada maklumkan bahawa Huzaifah turut berpindah keluar ke sekolah di Skudai.

Pada tika ini, aku telah dimasukkan ke SMK Jalan Tiga (SMKJ3) di Bandar Baru Bangi. Aku telah dimasukkan ke kelas 2 Ikhlas. Sebelum dimasukkan, aku terpaksa berjumpa terlebih dahulu dengan arwah Cikgu Rosny (arwah meninggal pada awal tahun 2012). Pada mulanya, beliau ada bertanya beberapa soalan yang tidak dapat kuingati. Kemudian beliau bangun lalu meraba tengokku dan pergelangan tanganku. Takde sesiapa yang takkan terkejut jika diperlakukan sebegitu, kan? Setelah itu, baru aku tahu bahawa beliau hanya mahu memeriksa samada aku memakai gelang dan rantai, ataupun tidak. Melalui prosedur protokol kebiasaan. Pada aku, aku tidak menyalahkannya atau apa-apa. Ku fahami tugasnya.

Lalu aku dibawa ke kelas Tingkatan 2 Ikhlas. Kebetulan ketika itu ada lagi seorang pelajar baru masuk pada hari yang sama dengan aku. Aku tak ingat siapa. Samada Aimran, Syafie atau Abdullah. FYI, kelas tu ada 4 orang pelajar baru pada tahun itu.

Tetapi, memandangkan aku adalah masih seorang introvert, sikap pemalu aku telah mengawal diri. Maka aku lambat untuk menjadi rapat dengan teman-teman sekelas. I'm a late bloomer! (LOL) What can I do!? Aku hanya ingat bahwa pada peringkat awal, aku hanya rapat dengan Fadhil. Or was it Izzaldin? hmm... Either way, I'm always low of friends reserve because of my introvert personality.

Over here, I was the "good" student. I've always wondered; "why the heck that I'm always the bad fruit when I was in hidayah? but becomes so nice when I'm in public school.. hmm.." Lets just leave that out.

The first time I got best friends was during a time when I was truly bored staying at home. So, I decided to take walk outside. So, without realizing, I reached a football field. I saw a bunch of guys playing soccer. Few of them are my classmates. And for some reason (which surprised me), I decided to approach them and requested to join them. From henceforth, they had been my good friends till today. FYI, one of them became my cousin's husband. Won't say who was it but I'm willing to tell who are these friends; Shahrul, Shahril (Yes, they're twins), Azmin, Reza, Fakrul, Syakir, Acan and few others (which I can't remember who).

Well.. The were still some times where I still brought trouble to my parents.. uhuhuhuuuu..~ Nyesal..~ But I still finished my studies like a normal student minus my uniqueness behaviour.. E.g. One time got caught, curi bawa keluar kereta. My dad had to come and apologize to the people who caught me. Even if it was my first time doing that, I felt truly regretful over that till today. So, I never go out with after 12am with any friends in school especially girls. Lepas tamat sekolah pun, aku enggan keluar dengan anak dara orang selepas pukul 6 petang melainkan atas urusan tugas. Jika atas urusan pun, aku akan keluar terlebih dahulu berjumpa dengan penjaga/ibubapanya sebelum keluar.


-------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, aku malas nak buat kelemahan diri. Tambahan pula perkara yang boleh membuka aib diri. Tetapi memandangkan aku mahu kongsikan kehidupan, aku akan ceritakan. Terutama sekali, ia ada kaitan dengan hidupku pada masa kini. Sedikit tambahan tentang kehidupan "lalu"


Seusai Persekolahan

Setelah tamat persekolahan, aku tidak tahu mahu menyambungkan bidang dalam apa. Aku tidak mempunyai impian seperti orang lain. Hanya satu impian yang pernah ku miliki. Tetapi agak mengarut. Nak tahu apa? Aku pernah mengimpikan; "AKU MAHU MENGUASAI DUNIA TANPA MENJADI PRESIDEN. Aku akan kawal presiden tanpa menjadi seorang presiden. Penguasa di belakang tabir." HaHaHaHaHa. Mengarutkan!? Kan dah cakap.

Memandangkan aku tiada impian seperti yang lain, ibuku telah mendaftarkanku ke Kolej PTPL dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat. Ia adalah kerana aku banyak meluangkan masa bersama komputer. Lebih dari orang biasa. Before I forget, after I finish SPM, my mom sent me to take a short course in Computer Maintainence and Troubleshooting at Cosmopoint near Central Market, Kuala Lumpur.

Aku mempunyai banyak pengalaman ketika di sini. Diantaranya: Buat pertama kalinya dalam hidupku, aku mengenal perasaan "BeNCi". Aku tidak pernah membenci sesiapa seumur hidupku biarpun aku terlibat dalam perbalahan. Aku telah ditikam dari belakang oleh salah seorang kenalanku. Alhamdulillah aku juga dapat temui sahabat terbaik dalam hidupku hingga kini. Mereka telah sepakat untuk memulaukan individu tersebut. Sahabat-sahabat yang menjadi sahabat baikku adalah seperti Shag, Ezuan, Fandi, Yien, Atai dan Ah-Teck. Aku masih rapat dengan mereka. Ia bukan tidak bererti aku tidak menganggap temain lain sebagai baik tetapi aku menganggap mereka ini sebagai teman baikku. Aku banyak meluangkan masa peribadiku bersama mereka biarpun sehingga tamat zaman belajar. Namun begitu, aku amat bencikan perasaan benci ini. Aku telah berpesan pada diri agar ENGGAN membenci pada sesiapa semenjak itu.

Namun, banyak perkara ku alami ketika masih pelajar sebuah IPTS. Antaranya, aku telah didekati dalam urusan 'Screenplay' salah sebuah kelab teater dalam pusat pengajian. Aktiviti paling banyak ku dipertanggungjawabkan adalah dalam publisiti. Aku telah diberi amanah untuk menyiapkan banyak perkara berkaitan grafik tatkala hampir waktu persembahan. Diantaranya adalah: Poster, Opening show (video; kenalan tugasan kakitangan), tiket dan sebagainya.

Dah jadi panjang sangat kan? Hmm.. Apa kata kita sambung dalam slot lain.. See you later..

Chapter 4 - Lama Umum ►

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang