DENGAN NAMA ALLAH TUHAN MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Aku berlindung dengan-Nya dari segala keburukan diriku
Makanlah, minumlah, dan jangan berlebihan.
(al-A'raf [7]: 31)
Semalam aku terkenangkan Lama'ah ke-19 dalam Risalah an-Nur yang menafsirkan ayat suci di atas. Ustad Said Nursi telah menafsirkannya sebagai Iqtisod, yakni tentang berjimat-cermat.
Point Pembuka: Pertengahan?
Apabila melihat kalimah di atas, kebanyakan orang mungkin akan terbayangkan hadis berikut:
Nabi s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya." (Riwayat al-Baihaqi)
Aku tidak menyalahkan sesiapa. Aku juga sebegitu. Namun, aku terbayangkan pada satu saat ketika ku terbacakan tentang mukjizat quran. Dikatakan bahawa Nisf al-Quran (pertengahan al-Quran) terletak pada huruf ف (fa) dalam lafaz ayat 19 Surah al-Kahfi; وَلۡيَتَلَطَّفۡ (Walyatalattof) yang bermaksud lemah-lembut. Maka diringkaskan, jika kita kaitkan dengan hadis tadi, ayuh kita lihat kalimah suci ini dalam bentuk yang lebih sempurna:
"..hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh" (al-Kahfi 18:19)
Memandangkan sebaik perkara adalah pertengahan, bukankah ia bermaksud sebaik-baik perkara adalah pada lemah-lembut yang dijadikan sifat diri. Lemah-lembut terletak pada kejauhan dari al-Sakhriyyah, pengasih, kesabaran dan sifat pemaaf serta percakapan dan perbuatan lembut secara umumnya dan berbagai-bagai lagi perkara berkaitan.
Daripada Aisyah r.ha, Nabi s.a.w. bersabda: "Tiada sifat lemah-lembut pada sesuatu pun melainkan ia menjadi perhiasannya. Ianya tidak dicabut daripada sesuatu melainkan mencacatkannya." (Riwayat Muslim)
Point 2: al-Iqtisod
Mengenangkan pada Lama'ah Ke-19, aku terbayangkan perkara yang telah diceritakan didalam risalah tersebut. Pertengahan boleh terhasil melalui Iqtisod. Dalam risalah tersebut, Bediuzzaman Said Nursi telah menceritakan bagaimana sikap berjimat-cermat boleh mengakibatkan orang melihatnya sebagai seorang yang kedekut. Walhal beliau hanya berjimat-cermat bagi mengelakkan pemborosan. Lepas itu, aku teringat pada satu sebutan yang menjadi masyur pada suatu ketika dahulu ketika zaman persekolahan, "Membazir itu kawan syaitan".
Ustad al-Nursi telah membandingkan antara kehidupan seorang yang berjimat-cermat bagi mengelakkan pemborosan dan seorang yang boros menderma. Dari segi zahir, manusia akan melihat si penderma sebagai mulia walhal ia menderma dengan boros. Ustad al-Nursi dapat menghabiskan 1kg madu dalam sebulan. Sebaliknya 3 orang anak muridnya telah menghabiskan 2 kg madu hanya dalam 2-3 hari sahaja.
ku teringat pada satu hadis tentang 3 golongan yang hampir ke syurga tapi dilemparkan ke neraka. Salah seorangnya dilemparkan ke neraka sebagai penderma. Ramai pasti akan rasa pelik. "Kenapa masuk neraka kerana ini? Bukankah masuk bersedekah itu amalan mulia?" Wahai sahabatku! Nak tahu kenapa masuk neraka? Kerana sedekahnya tiada keikhlasan. Ia menderma kerana mahukan diangkat sebagai seorang "dermawan". Mungkin akan diangkat sebegitu secara zahir oleh manusia, tetapi ia diletakkan serendah-rendah oleh Allah kerana tidak melakukannya dengan ikhlas. Malah, ia telah menjadi saudara syaitan kerana melakukan pemborosan. Maka, ia tiada istiqomah dalam amalan. Melakukan kebaikan kerana kebanggaan diri.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah mmbenci kepada kamu tiga perkara: 'dikatakan dan berkata', membuang harta, dan banyak bertanya." (Daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a.)
"Allah tidak melihat kepada orang yang melabuhkan pakaiannya dengan bermegah." (Daripada Ibnu Umar r.a.)
Point Utama: Tawadu'
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada perasaan sombong walaupun sebesar zarah". (Riwayat Muslim)
Melihat kepada Lamaah ke-19, saya terbayangkan keadaan diri. Walaupun risalah itu tentang berjimat-cermat, aku terbayangkan juga pada sudut yang lain. Jika berjimat cermat disalahanggap sebagai kedekut, saya sendiri juga pernah mengalami perkara yang lebih kurang sama.
Ramai orang melihat prinsip diriku sebagai suatu yang memburukkan diri; membuatkanku mempersoalkan prinsipku. Ramai orang akan melihat sifat lemah-lembut dan rendah diri sebagai memburukkan diri. Pernah sekali salah seorang menyatakan saya kelihatan seperti tiada keyakinan diri.
Aku terbayangkan beberapa individu; yang sepastinya melihat diri mereka sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi. Namun, disebabkan keyakinan ini, mereka sering membuatkan janji yang akhirnya dimungkiri kerana tidak dapat ditepati. Pelbagai perkara dilakukan bagi menutup maksiat ini. "Menipu dan menipu. Penipuan demi penipuan sehingga mereka dicatatkan sebagai penipu".
Secara jujurnya, saya lebih rela dipandang rendah daripada dilihat sebagai seorang yang riak. Angkara "keyakinan" ini, ramai orang menjauhkan diri daripada mereka. Walhal, saya yang menjadikan amalan sifat lemah-lembut ini sebagai prinsip diri, semakin ramai yang mendekati. Yang menjauhi hanyalah mereka yang memiliki zarah-zarah takbur dalam diri. Na'udzubillah.
Sebelum kita bepisah. Perdengarkanlah bait-bait syairku. Assalamualaikum.

Makanlah dan minumlah, Tidurlah jagalah,Pakailah berhiburlah, Asal engkau tidak melampau, Allah membenci mereka yang melampau batasan, Biar berlebihan dalam kebaikan,Tiada kebaikan dalam berlebihan,Sebaik-baik perkara pada pertengahannya.

0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang