29 September 2012

Carta 3: Akhiruz Zaman

[Sebenarnya, aku telah fikir banyak kali: “Haruskah aku letakkan nota hati ini di muka hadapan page? Jika pun ya, tapi nak letak di mana?” Lalu aku letakan dalam kategori ini. Namun, aku tetap kerisauan meletakkannya di sini. Istighfar aku iringkan. Aku fikirkan lagi: “Ada tak kategori lebih sesuai?” Sekiranya ku jumpa kategori lebih sesuai, insyaAllah akan kuletakkan risalah ini ke dalamnya]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Amat menyedihkan setiap kali ku kenang umat akhir zaman kini. Na'udzubillah. Telah terbukti jelas dihadapanku beberapa hadis Nabi s.a.w.; Islam hanya tinggal nama sahaja. Kalimah “لا اله إلا الله محمد الرسول الله” tidak dihayati. Mereka cuma pandai kata, “Nenek moyang kami kan dah cakap?” atau ditambah “Alah.. dalam tahiyat kan ada bacaan tu.” Lalu disambung dengan kata-kata: “..buat apa kami hendak ucapkan lagi kalimah tu? Sah-sah kami keturunan muslim. Tak risau lah. Dah konfem masuk syurga.”

Itulah yang dipersedihkan. Mereka hanya tinggal nama. Tiada iman dihati. Tidak menghayati kalimah ini sebagai kunci syurga. Tidak syukuri nikmat mengenal kalimah ini. Akhirnya, terjerumus dalam kancah kejahilan. Ada pula yang tenggelam dalam kemunafikan dan kefasikan.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: Islam akan luntur seperti lusuhnya corak (warna) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Lembah gelap tanpa cahaya. Lembah jahiliyah dan musyrik. Akhirnya bertukar kufur tenggelam hanyut dalam dosa ditarik arus neraka yang kekal selamanya tanpa kesedaran. Tidak masuk syurga jika Islam hanya pada nama jika tiada iman dihati. Rukun Islam tidak dipegang. Nikmat Allah tidak disyukuri. Hadrat-Nya tak diangkat tinggi. Akhlak tidak terpelihara.

Maka, dapatkah anda ingat berapa kali anda bertaubat? Pernahkah anda bertaubah? Tidak perlu tunggu telah melakukan kesalahan besar baru taubat dilakukan. Apakah jaminan anda akan hidup 5 minit selepas ini? Dapatkah anda jamin hidup keesokkannya? Biasakanlah mengamalkan istighfar:
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمِ، الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوبُ إِلَيه
Dan kalimah tanaman syurga:  وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيم
Serta ucapkanlah dua kalimah syahadah sebagai peringatan dan fahamilah maksudnya.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang masih lemah. Hatiku masih lemah tidak mampu melakukannya. Kerna aku juga pernah melampau batas. Tidak mahu bertukar riak meninggi diri. Wahai Tuhan kami, utuskanlah bagi kaum kami seorang khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyin kerna kami amat perlukannya. Aku mahu jadi lebih baik. Mahu berbakti. Sempurnakanlah umat akhir zaman ini. Seorang mujaddid yang akan membimbing kami. Membaharui urusan agama kami. Mengeluarkan kami dari lembah kegelapan dan kelemahan.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.. وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.. وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 
Sesiapa yang mempunyai iman, diharamkan baginya kekal didalam neraka dan diwajibkan baginya memasuki syurga walaupun hanya mempunyai debu-debu iman. Awak sangkakan ia semudah itu? Ya mudah, jika iman ada di dada. Bila saya katakan iman, bererti mempunyai cinta kepada Allah, rasul-rasulnya dan kitab al-Quran serta takutkan azab akhirat. Seorang yang beriman tidak akan meninggalkan rukun Islam; ibadah dan tasbih. Berselawat ke atas junjungan-Nya Rasulullah s.a.w. Tanda cinta pada Allah dan rasul-Nya adalah dengan menunaikan ibadah den memelihara akhlak. Akhlak mulia terbentang luas bak pohon tamar yang berbunga. Seorang yang berakhlak mulia akan berasa malu kepada Allah. Bererti akhlak mulia past tidak akan mencampakkan dirinya dalam kebinasaan dan pasti akan mengamalkan as-Sunnah Rasulullah, memelihara diri, keluarga dan saudara serta menjaga lidah dan tingkahlaku.  Dan debu bererti (mungkin) sekali-sekala anda menjadi leka atau alpa. Namun, keikhlasan cinta kepada Allah dan rasul-Nya tetap tersemat di hati melalui iman.

Maksudnya: "Dan belanjakanlah (berbuat kebajikan) kerana agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil [keriakan]); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah Al-Baqarah [2]:195)
Sekian sahaja daripadaku pada hari ini. Menjejaki Sirat Al-Amin.

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang