◄Kembali ke Bahagian 2

Aku berlindung dengan Allah daripada gangguan syaitan dan segala kejahatan yang telah diciptakan.
Risalah al-Fitnah
Allah Azzawajalla berfirman:
"Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan"
[QS al-Baqarah (2) : 191]
[QS al-Baqarah (2) : 191]
Dipohon menarik nafas dan mengucapkan kalimah berikut sebelum mula membaca bahagian ini kerana dikhuatiri syaitan datang mengganggu.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan/berilmu) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"." (Riwayat at-Tirmizi)
- Fitnah lahiriah
- Fitnah batin
Jika masih tak dapat memahami, sila rujuk Bab Pertama. Untuk makluman, Bab 3 ini ada kerap perkaitan dengan Bab Pertama.
Sepanjang hidupku, aku sering perhatikan fitnah di merata-rata tempat yang ku lalui. Dapat ku lihat fitnah ketika menetap di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kelantan. Dapat ku perhatikan kedua-dua jenis fitnah di merata-rata; batiniyah dan lahiriyah.
Aku enggan menyatakan siapa dan apa yang dilakukan. Bila difikirkan semula, hadis juga menyatakan akan ada manusia yang menggadaikan agama kerana dunia; dengannya mereka akan menjadi hamba dunia. Aku terkenangkan satu peristiwa seorang ulama yang telah mendapat fitnah lahiriah. Sesungguhnya memang aku marah kerana ia telah menghina seorang ulama.
Selingan:
Lalu sebelum menyambung ini, saya terbayangkan satu hadis lain; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik." (Riwayat Ibnu Ady daripada Anas r.a.)
Ulama yang fasik?? Macam mana tu? Hmm.. Selepas tu aku merenung ayat 11, Surah Al-Hujraat. Kalau nak diikutkan pada kalimah itu, fasik membawa kepada pengertian kufur (engkar) kepada perintah Allah s.w.t. Maka meninggalkan solat itu adalah fasik dan juga syirik. Apakah kemungkinan seorang ulama' berlaku fasik? Tak mungkin, kan? Semua pasti lihat ulama sebagai seorang yang alim (berilmu) lagi penuh kebaikan. Bagaimana mungkin seorang yang berilmu meninggalkan ibadat? Baiklah, kita kembali kepada ayat itu;
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan, sesiapa yang tidak bertaubat (daripada kefasikannya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (QS 49:11)Ayat ini secara zahirnya menafsirkan bahawa mereka yang mencemuh-cemuh akan jatuh ke dalam golongan fasik. Aku tak mahu memburukkan mana-mana ulama. Malah aku lebih suka memuji mereka tanpa mengira siapa.
Namun jika ia berbuat sedemikian, mungkin ia adalah secara tak sengaja , yakni ia telah melakukan perlakuan tersebut tanpa ia sedari. Lalu menimbulkan zindik kekufuran dalam diri. Akhirnya membawa kefasikan. Na'udzubillah min zalik.
Gadai Agama:
Daipada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredhai, sekiranya ia tidak diberikan ia tidak meredhai." (Riwayat Bukhari)Hmmm.... Hadis pertama tadi cakap pasal "gadai agama" kan? Melihatkan itu, kenapa pula nak gadai agama? Kan dah alim. Jom tengok balik sebuah riwayat hadis yang lain; "..Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing.." Kalimah 'pakaian kulit kambing' itu adalah menegaskan tentang seseorang itu tidak mampu membeli pakaian atau zuhud. Jom kita bandingkan pakaian antara seorang yang memiliki baju biasa dan kulit haiwan. Pada zaman baginda, hanya seorang yang fakir tidak memiliki pakaian yang lengkap.
Kita bayangkan pula pada seorang ustaz yang memakai pakaian buruk walhal mampu memiliki pakaian yang cantik. Tidak mahu memburukkan ustaz tersebut. Tetapi dalam hadis ini bermaksud tentang seorang yang mampu memiliki pakaian bersih lagi cantik ketika beramal tetapi lebih sudi memakai pakaian buruk yang murah. Ia memakai baju yang buruk bukan kerana mahu iqtisad (berhemah/cermat/sederhana) tetapi kerana mahu menunjukkan kononnya ia adalah seorang yang zuhud.
Makanya ia tergolong pada hamba dunia. Pada sekali imbas, hamba dunia kelihatan seperti golongan yang zahir pada gila-gilakan harta. Tetapi ia juga boleh berlaku sebaliknya. Permainan psikologi. Ia juga boleh menggadaikan agama kerana mahukan dunia dengan berpura-pura zuhud demi harta dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat Muslim)Makanya, ia akan menjualkan keadaan zahirnya miskin (pura-pura miskin) demi mendapatkan dunia. Ia akan menzahirkan keadaan miskin (warak) demi mendapatkan harta. Maka itu, ia telah termasuk dalam golongan hamba dunia. Allah bencikan mereka yang berpura-puraan dan terlalu terdorong megikut nafsu. Dengan itu, Allah s.w.t. berfirman: "Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung."
Lalu golongan ini akan menghadapi berbagai jenis fitnah yang saya dah katakan sebelum ini. Maka mungkin ulama yang saya katakan di atas telah mendapat perlakuan fitnah tersebut angkara perlakuan ini. Seperti saya katakan, saya tak suka memburukkan sesiapa. Maka, mungkin juga ia adalah fitnah batiniah, yakni Allah telah mengujinya bagi melihat samada ia bersyukur. Wahai Sahabatku! Beringatlah! Jangan biarkan nafsu membeli rohaniah kita. Nafsu jahat lahir apabila kita terlalu mengikut nafsu yang mendorong sifat "pentingkan diri" dan sifat "keAkuan". Sesungguhnya fitnah yang kita umat akhir zaman ini hadapi adalah pada "harta".
Daripada ka'ab bin 'Iyadh r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Sesunggunhnya terdapat 'fitnah' (kesesatan dan maksiat) pada setiap umat. Dan fitnah' terhadap umatku ialah pada harta." (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)Sebelum ini saya cakap bahawa fitnah itu juga adalah ujiankan? Tadi juga ada katakan. Maka fitnah pada umat Islam adalah muncul kerana harta yang ada di dunia; kekayaan harta dan kemiskinan. Dan fitnah terhadap bangsa/agama lain adalah kesesatan dan maksiat (jahiliyah, syirik, skandal dsb) yang mereka lalui. Aku menggaru kepala tiap kali memikirkan perkara ini. Amat takut terhadap fitnah-fitnah tersebut. Pernah sekali aku menggeletar memikirkan perkara ini. Aku dapat merasakan bahawa Rasulullah pasti menangis melihatkan umatnya menjadi sebegitu. Ku hampir menangis kerana takut termasuk golongan tersebut; Terutamanya mereka yang dijatuh fitnah umat terdahulu kerana menjadi Islam hanya pada nama. Mereka hanya melihat kekayaan harta, bukan kekayaan jiwa. Sesungguhnya kekayaan sebenar adalah pada akhlak yang mulia.
Dengan itu, kita tidak diwajibkan mengikut mana-mana mazhab (Syafi'e/Maliki/Hanafi/Hanbali) kerana mereka hanya berbeza dari segi usul fikah. Tapi semua memiliki persamaan iaitu tauhid dan aqidah yang sama. Aqidahnya adalah kita diwajibkan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. Pada zaman kini, aku melihat telah melihat dunia yang penuh dengan fitnah di merata. Dengan itu, kita juga diwajibkan mengikut sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin. Ini bukan hanya berkata tentang para Khalifah ar-Rasyidin; yakni Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib (RA). Tetapi adalah kita diwajibkan mengikut sunnah pemimpin-pemimpin yang mengetahui kebenaran dan berjalan di jalan yang benar dan lurus; seharusnya mereka yang memiliki akhlak yang soleh. Kerana sesungguhnya Rasulullah telah diutus bagi menyempurnakan akhlak yang sempurna dan menyelamatkan manusia daripada fitnah.
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata: "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."
Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bida'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu adalah sesat."(RIWAYAT ABU DAUD DAN AT-TIRMIZI)
Dengan ini, alhamdulillah kerana berjaya menyiapkan posting ini. Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi meluangkan masa membaca kalimah yang pasti tidak sempurna ini. Akhir kata: Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk dari saya.
ASSALAMU'ALAIKUM saya ucapkan.

