NUKTAH DUA
Pada masa dahulu, apabila berkata tentang ketagihan, manusia nescaya akan mengaitkannya dengan arak dan dadah, serta perjudian. Namun pada alaf kini, satu ketagihan baru telah timbul. Manusia pernah ketagihan seumpama ini iaitu sms dan mIRC, namun masih dapat dibendung. Namun kini ia telah menjadi hingga sukar dikawal. Ketagihan baru ini adalah FACEBOOK ADDICTION DISORDER. Ya, ketagihan facebook.
Pada tahun 2009, Salmasi, seorang remaja telah merungkaikan rangkaian sosial media ini sebagai satu 'ketagihan'. Dan pada tahun 2011, sebuah kasino telah berkata “Facebook provides the atmosphere where it is tough to walk away” dalam membandingkan dengan ketagihan perjudian. SMS bukan lagi isu sosial global, obsesi dikalangan remaja, dan kerisauan ibubapa ke atas ketaksuban remaja dengan selebriti dan bil telefon yang tinggi bukanlah lagi isu paling besar; seta masalah kegilaan telefon bimbing telah menjadi perkara yang remeh-temah. Kesemua itu tidak bererti kegilaan remaja telah menghilang, akan tetapi ia hanyalah telah beralih tempat. Pada zaman kini, jika dibandingkan dengan ketagihan facebook, segala isu tadi telah menjadi kecil.
Jika ketika itu, masalah sosial hanya timbul dikalangan remaja, malahan kini penyakit ini boleh berjangkit hingga datuk-nenek yang telah tua.
Seorang psikologis Amerika bersetuju dengan keadaan ini. Dan beliau telah menamakan keadaan ini sebagai "Facebook Addiction Disorder" (FAD). Simptomnya boleh dikesan melalui berapa lama seseorang meluangkan masanya dengan facebook. Ia begitu menyedihkan sehingga ia mampu mempengaruhi berat seseorang. Dijangkakan bahawa lebih kurang 350 juta manusia yang memiliki penyakit ini (2011). Dan kini barangkali jumlah ini telah meningkat berganda-ganda. Adalah dimaklumkan bahawa pengguna Malaysia diantara yang tertinggi di dunia. FASUBHANALLAH! Penyakit ini boleh dikesan melalui 6 (enam) kriteria:
- Berlebihan: Seseorang boleh menggunakan facebook dengan jangka yang lama tanpa berhenti. Antara tandanya lagi, ia boleh dikesan apabila anda dapati banyak window/tab yang dibuka (browser) diasingkan hanya untuk facebook. Malahan kini terdapat Facebook Messenger bagi membenarkan pengguna chatting (berbual).
- Keresahan: Pengguna akan menjadi resah, apabila tidak membuka facebook, memandangkan mereka juga harus meneruskan hidup seperti sekolah, bekerja dan makan dll. Risau samada sesiapa yang menghantar mesej, memberi komen atau 'like' post mereka..
- Aktiviti sosial normal berkurangan: Seseorang yang memiliki FAD, nescaya akan lebih mementingkan hubungan dalam facebook berbanding hubungan di realiti. Angkara ini, masa yang dengan teman/kenalan berkurangan, seperti bersukan, berlepak atau perjumpaan kenalan/sahabat/saudara-mara.
- Percintaan maya: Ia menjadi kontra apabila perkara seperti 'dating' ditukarkan kepada 'perjumpaan' di facebook. Mereka menukarkan perjumpaan di facebook; saling berjanji akan berjumpa di waktu-waktu tertentu, seolah-olah ia adalah dating yang benar.
- Rakan palsu: 8 daripada 10 orang menunjukkan bahawa kebanyakan 'friend' (kawan) mereka dalam facebook adalah orang asing (tidak pernah berjumpa). Ini adalah satu gejala yang serius.
- Ketagihan penuh: Apabila mereka mengenali seseorang yang baru (dunia realiti), mereka akan berkata, "ada facebook? 'Add' saya". Mereka nescaya akan minta kenalan baru tersebut agar 'add' mereka sebagai kenalan di facebook. Lebih teruk; apabila berjumpa dengan kenalan, mereka akan mengaitkan dengan hubungan perbualan mereka di facebook.
Itu baru gejala yang dikesan pada tahun 2011. Dan kini aku telah berjumpa 6 lagi gejala simptom-simptom baru. Antaranya:
- Ketagihan penuh #2; Aku telah terjumpa dua lagi wajah simptom ini; ia terhasil apabila internet telah dijadikan mobile, penggunaan melalui telefon;
- Apabila membeli telefon baru, mereka akan mencari telefon yang boleh menggunakan facebook. Lalu sesetengah mereka akan subscribe fungsi 'broadband' bagi memudahkan penggunaan facebook.
- Tidak lama lalu, syarikat-syarikat telekomunikasi telah membenarkan posting/mesej melalui fungsi sms. Lalu kini mereka akan subscribe fungsi ini bagi membenarkan mereka menggunakan facebook melalui sms.
- Perpustakaan ilmu: Ramai menggunakan facebook sebagai sumber utama mereka memperolehi pengetahuan. Lalu mereka akan 'subsribe' atau like pelbagai page dan menjadikannya sebagai sumber rujukan.
- Kehidupan maya; Mengambil kira facebook seolah-olah ia adalah dunia yang sebenar pabila ia hanya dunia yang maya, virtual life. Keadaan ini terbahagi dua (2) jenis:
- Merasakan apa yang berlaku dalam facebook adalah realiti. Tidak mengambil kira dunia yang realiti.
- Merasakan seolah-olah masa/keadaan semua orang adalah sama dengan masa ditempat sendiri.
- Pusat beribadat: Ramai menggunakan facebook bagi menyalirkan perasaan (negatif) dan harapan (doa) mereka melalui dinding facebook bagaikan kaum yahudi; sebagaimana sebuah hadis akhir zaman yang menyatakan bahawa umat Islam akan menurut amalan yahudi dan nasrani sedikit demi sedikit tanpa kesedaran hingga lubang biawak demi mempertahankan amalan.
- Ulama Jadian:Bagi mengelakkan no.4, ramai telah menjadi 'ulama jadian', salah faham akan seseorang ustaz yang pernah berkata "daripada melepaskan perasaan pada facebook, lagi baik berkongsi maklumat". Mereka menyahut nasihat tersebut pada maknawi yang berbeza, yaitu elakkan melepaskan perasaan menjadi "jadilah ulama di facebook". FasubhanAllah. Melalui maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya (seperti dari laman2/facebook/blog/youtube semata), mereka telah menyebarkan pelbagai maklumat yang tiada jaminan kesahihannya. Malah ada yang membuat ijtihad tersendiri. Ada pula merasakan mereka adalah yang terbaik antara semua, diri yang sentiasa suci.
- Kebergantungan: Manusia menjadi terlalu bergantung kepada kewujuadan facebook dalam kehidupan mereka. Ada yang menjadi terikat kepadanya. Sedikit demi sedikit, seinci demi seinci, semeter demi semeter sampai sarang naga mereka akan menjadi terikat/tertaksub kepadanya. Mereka menjadikan facebook sebagai suatu KEPENTINGAN. Inilah keadaan yang paling jelas seseorang itu memiliki F.A.D.
[Berikut adalah bagaimana facebook boleh menjadi pisau yang terhunus ke tengkuk orang beriman]
[Binasalah orang yang menyebabkan agama dan rohani diri tergadai. Binasalah manusia yang menjadikan nafsunya sebagai tuhannya yang ia sembah]
Hakikatnya, aku memang tak meminati Facebook semenjak ia mula. Aku terlihat facebook sebagai salah satu fitnah dajjal al-Masih. Kerana aku telah melihat banyak kemungkara yang dihasilkan facebook. Banyak tanda akhir zaman yang muncul: Fitnah-memfitnah, hasut-menghasut, pepecahan ummah, kefasikan, perbalahan dan perselisihan, dan pergaduhan sesama ummah, serta kejahilan maknawi. Aku juga pernah termasuk dalam kelompok al-ammarah sebegitu. Dan aku enggan mukmin lain jatuh ke dalam lubang yang sama.

0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang