Kenapa aku dah berhenti benda-benda dakwah facebook ni? Bukan aku mengalah.. Well.. You could also say I give up.. Bukan aku menyegerakan.. Tapi alasan lain..Bukan niatku menghalang korang nak spread, tetapi alasanku paling kuat pada dua:
- Sebenarnya aku tak minat dakwah guna facebook. Lebih tidak minat jika page. Bila aku melihat satu page, aku terfikir, "Sape ni?" sebab tak tahu siapa beliau. Dan daripada soalan ini, timbul soalan-soalan lain: (i) Cukupkah ilmunya untuk menyampaikan? (ii) Apakah sumbernya? Setakat bersumberkan laman Internet, Facebook, youtube, kitab atau melalui melalui guru (kelas/madrash)? (iii) Membawa fatwa aku tak dengar, apakah sumbernya akabir atau asaghir? (iv) Apakah kelayakan ijtihadnya?
- Jika aku teruskan, aku teramat takut membuat syirik kecil. Apa itu syirik kecil? RIYAK! Ya, riyak. Aku takut lahir kemegahan bila terlalu kerap buat benda camni. "Kau tak tahu aku sape?! Boleh tengok bukti, aku sampaikan banyak perkara baik". Allah Azzawajalla tidak melihat manusia yang membuat suatu amalan kerana bermegah (bukan semata kerana Allah). Itu adalah kesyirikan. Semakin kuat banyak post dakwah, makin banyak kezindikan ni lahir dalam benak hati.
Bagi hal pertama, aku lebih tak berkenan bila melihat orang bersyarah dengan keras.. Sikit-sikit haram.. sikit-sikit haram.. Atau menyesatkan yang lain.. Sikap tuduh-menuduh.. KERAS! KASAR! Pernah beberapa kali aku terlihat the-so-called-ulama berbicara tiada kelembutan pada lisan.. Aku tak lihat lembut pada gurau atau tidak.. Tapi kelembutan bicara.. Aku hairan, bagaimana mereka dapat membuat takfir dengan mudah? Sekali aku lihat, seorang daripada mereka berbicara tentang Pak Latip (penulis buku). Benar, kalau nak ilmu, tak boleh bergantung kepada novel macam tu. Tapi beliau hanya berkata, "Jangan baca" FULL-STOP. Takde pula mengajar bagaimana mahu membaca. Hanya "JANGAN". Kata ulama sunnah. Dari pemerhatianku, jarang sekali Rasulullah menggunakan kalimah "jangan" melainkan diikuti "kecuali jika". Dari situ aku melihat wahabiyyah.. Tadi aku terlihat satu video beliau. Benar, baik pengisiannya. Tapi aku menolak metodologinya. Tak kira la ko ada kedoktoran ke.. Gelaran ulama ke.. Tapi kalau ulama, patutnya kena lebih lembut. Paling banyak aku nampak kat youtube. Jangan tanya aku sape... Tak nak mengaibkan mereka.
Kan Nabi dah cakap ulama itu pewaris Nabi.. Patutnya bukan hanya mewarisi ilmu (zahir) daripadanya. Tapi juga mewarisi sifatnya. Dan sunnah (sifat) nabi pastinya berbicara dengan kelembutan.
Aku teringatkan satu hadis:
Daripada Anas radiyallahu'anhu, Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." (Riwayat Ibnu Ady)So, what's my point?
Aku memikirkan kefasikan itu juga zindik nifaq dalam hati. Dan aku teringat Firman Allah Azzawajalla:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)Fasiq itu bukan hanya meninggalkan ibadat. Tapi ia juga termasuk mengingkari suruhan Allah. Dan Allah menyuruh agar berlembut dalam bicara. Bagaimana pula jika ia tidak melanggar konsep Muslim? "Menyelamatkan manusia daripada gangguan tangan dan lisan". Maka, adakah aku kena pasang mata telinga pada ulama-ulama fasiq ni? Jika aku dengar, takut kezindikan lahir dalam hati. Lebih baik aku berpaling daripada mendengar suatu yang merosakkan telinga dan hati. Naudzubillah.
SubhanAllah wa bihamdih. La hawla wa la quwwata illa billah.

0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang