17 October 2012

Warqah 10: Maknawi Fitnah I

Risalah al-Fitnah

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”
(Surah al-Baqarah [2] : 191)

Pada suatu masa, ketika saya sedang menunggang motor; saya terbayangkan pada kalimah "fitnah"; lalu berjalan dalam mindaku perkara-perkara yang dikaitkan dengan fitnah. Banyak perkara berkaitan fitnah yang telah kubayangkan tentang erti fitnah. Secara umumnya, fitnah membawa maksud "dusta"; atau pembohongan. Namun, maksud fitnah tidak terhad kepada dusta sahaja. Ia juga boleh bermaksud "ujian". Sebagai contohnya, lihat ayat berikut:
 
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfaal 8:28)

Lihatlah kepada kepada kalimah فِتۡنَةٌ۬, "fitnatun". Ya! secara zahir, boleh dilihat kalimah "fitnah" telah disebutkan. Daripada ayat tersebut, kalimah 'fitnah' itu merujuk kepada ujian Allah di dunia (amanah).
Lalu saya melihat fitnah ada dua:
Pertama: Ujian (amanah) Allah SWT.
Kedua: Pendustaan ke atas seseorang.
Banyak lagi yang saya boleh katakan tentang ini. Tapi ketika itu pemikiranku lebih menumpukan kepada maknawi fitnah dari pada Fitnah Kedua; pandangan umum dan lebih meluas. Berkenaan ini, maknawi tentang fitnah yang telah bermain-main dalam mindaku terbahagi kepada tiga (3) tiga wajah:



POINT PERTAMA:


Aku telah terlihat maksud fitnah pada dua sudut; lahiriah dan batin. Majoriti melihat fitnah itu pada tahap lahiriah, yakni fitnah yang zahir kelihatan.

1. Fitnah Lahiriah.

Fitnah lahiriah adalah pendustaan yang jelas kelihatan. Kebiasaan fitnah dilihat boleh kita lihat; pada imaginasi yang dibayangi ku:
Mamat pernah bekerja disebuah syarikat teknologi. Tetapi, beliau baru dibuang daripada kerjanya. Punca ia dibuang kerja adalah kerana ia telah dituduh sebagai membocorkan maklumat syarikat kepada syarikat. Walhal ia adalah seorang pekerja yang baik lagi setia. Akan tetapi, beliau telah dituduh membocorkan rahsia produk terbaru syarikat yang masih belum dikeluarkan. Dan kebetulan produk tersebut sama dengan produk yang baru dikeluarkan oleh syarikat saingan. Lalu, beliau telah didustakan oleh Tony, rakan sepejabatnya akibat kedengkiannya pada Mamat. Lalu ia telah melaporkan perkara tersebut pada majikan. 
Boleh bayangkan? Lelaki yang kedua telah berdusta tentang lelaki pertama. Bukankah ini adalah kebiasaan fitnah yang fahami umum?

Ayuh! Sekarang kini lihat lebih mendalam kepada maknawi fitnah lain yang berlegar di akalku.

2. Fitnah batin I

Pada mulanya, aku sendiri turut terikut kebiasaan melihat fitnah pada yang zahir. Tapi kita sering terlepas pandang pada hal yang ghaib. 

Aku pernah memikirkan pada apa itu ghaib. Berdasarkan pada kitab Futuhul Ghaib, Pembuka Ghaib, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang pernah diangkat sebagai Ahli Sufi Terulung, pernah menjelaskan bahawa ghaib itu bukan hanya pada alam jin, alam kubur atau alam akhirat. Ghaib boleh dierti sebagai bermaksud perkara yang tidak dapat dilihat dengan zahir atau mata kasar. Sebagai contohnya, kita lihat dari sudut maknawi ujian.
Ramai pasti akan melihat ujian itu dari sudut pada perkara seperti kesusahan, bencana, masalah. Dan adalah pula yang melihatnya sebagai balasan/bala. Dari sudut ghaibnya, ramai akan melihatnya sebagai ujian. Melihat bahawa ujian itu hanya apabila Allah mahu menguji iman kita pada kesabaran sendiri, إنَّ ٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Namun, ramai tidak melihat ujian dari sudut yang lain; yaitu ujian dalam bentuk nikmat kesenangan. 
"Dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Ar-Ruum 30:37)

Dengan itu, secara biasanya masalah dan kesusahan adalah ujian kesabaran. Dan selain itu, nikmat kesenangan dan kurniaan juga adalah ujian iaitu bagi menguji samada diri bersyukur atau tidak diatas nikmat itu. Juga bagi menguji samada ia akan kekal tawaduk atau bertukar riak. Maka, secara keseluruhannya ujian itu terdapat pada bencana, masalah dan nikmat kesenangan.


3. Fitnah Batin II


Mengenangkan tentang fitnah, saya juga terfikirkan tentang fitnah dari sudut ghaib. Saya terbayangkan fitnah batin; yang berbeza dari fitnah zahir. Lalu timbul dalam mindaku pada sebuah hadis.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Berhati-hatilah kamu dengan dzon, kerana adalah bicara yang paling dusta." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Memikirkan fitnah itu sebagai dusta, maka saya cuba bayangkan perkara yang dikaitkan dengan dusta. Melihatkan dzan sebagai merujuk pada sikap syak wasangka, keraguan dan was-was; Memandangkan  fitnah dan dzan adalah dusta, maka harus ku katakan bahawa syak wasangka, dan sikap was-was atau keraguan yang wujud dalam kalbu manusia itu ada fitnah batin yang diperkatakan.

Dengan itu, rumusan bagi perkara yang dinyatakan diatas, maknawi bagi fitnah adalah bahagi kepada dua; zahir dan batin. Zahir adalah yang kebiasaan. Dan batin adalah sangkaan (buruk) yang wujud dalam hati.

Mara ke Bahagian 2