24 December 2012

1..2..3.Risalah al-Ihsan

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada hari khamis yang lalu (20/12/2012), aku telah ke Madrasah Hayrat demi usrah an-Nur seperti biasa. Ketika itu, telah dibacakan Risalah keikhlasan, yang terdapat dalam Risalah an-Nur, Ustadz Said Nursi. 

Ketika membacanya, terasa satu kaitan yang amat kuat diantara ikhlas dan ihsan. 
Nabi s.a.w telah bersabda: "Ihsan itu adalah engkau menyembah Allah (beribadat) seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau." (Riwayat Muslim)


Aku telah membangkitkan perkaitan diantara ikhlas dan ihsan. Dari sudut syarak, ihsan itu bermaksud seperti yang telah dinyatakan di dalam hadis. Tetapi, dari sudut bahasa, ia bermaksud "kebaikan" atau "keprihatinan" pada 'kasih sayang', sebagaimana namaku "Zul Ikhsan", yang bermaksud "Yang Memiliki Kebaikan". 

Pemahaman aku terhadap 'ihsan' yang dikatakan dalam hadis itu, barangkali juga turut bermaksud tentang  mengasihi/mencintai Allah. Barangkali ia menegaskan: "Sesiapa yang mengasihi/mencintai Allah, beribadatlah seolah-olah dapat melihat Allah". Aku telah menggunakan satu imaginasi bagi memahami maknawi 'ihsan': 
Diri adalah seorang pekerja didalam sebuah kilang produk, bertugas menyelenggara produk. Seperti yang diketahui umum, pastinya ada pengurus-pengurus bagi menyelia kakitangannya. Oleh kerana sedar akan keadaan itu, maka diri harus bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati agar dapat menghasilkan produk yang baik. Namun jika sebaliknya, dikhuatiri akan menghasilkan produk yang tidak menepati piawaian kilang; barangkali gaji akan dipotong atau akibat yang lain.
Begitulah perumpamaannya dalam ibadat. Harus beribadat dengan baik. Cuma perbezaannya adalah kita tidak dapat melihat supervisor yang memerhatikan. Lebih kurang sebegini, supervisor digantikan dengan kamera litar. Walaupun kita tidak dapat melihat bos, tapi kita tahu bos sedang memerhatikan. 

Sempena dengan Risalah keikhlasan, aku cuba mengaitkan ikhlas dengan ihsan. Lalu aku ajukan kepada para ustaz. Mereka sependapat denganku. Malah menambah lagi kepada pemahamanku. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa ihsan dapat diperkuatkan melalui keikhlasan. Dan ikhlas menjadi kosong tanpa keihsanan. Maka ihsan dan ikhlas hakiki adalah saling bersangkutan.

Hasil daripada itu, terasa makin kuat hasratku untuk melengkapkan risalahku yang tersendiri, yakni  Risalah al-Ihsan. InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang