13 November 2012

Warqah 15: Ganjaran Tertinggi

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami menemani Rasulullah s.a.w. dalam syurga Firdaus yang tertinggi"

Syurga Tertinggi buat Sasaran

Pasti ramai berfikir sebegini: "Dapat syurga pun dah bagus. Kalau setakat syurga bawah pun dah syukur."

Namun, jarang kita dapat menjumpai orang yang meletakkan syurga firdaus sebagai sasaran. Apakah anda pernah mendengar ucapan tambahan sebegini?
"Alhamdulillah dapat syurga. Tapi kalau boleh nak dapatkan Syurga firdaus. Maka, saya dalam usaha nak mengejar firdausi."
Benar! Alhamdulillah jika aku dapat memasuki syurga. Sesungguhnya aku risau, jika tak dapat masuk ke syurga. Takpe masuk neraka kejap!? Tak mau aku! Saya juga pernah menyatakan tentang hakikat ini dalam Warqah 14. Namun, saya tetap mahu usahakan duduk bersama Rasulullah, para Anbiya' kekasih Allah, sahabat-sahabat r.a. dan para syuhada'. Sesungguhnya, satu-satunya citaku terkuat dalam kehidupan ini adalah Jannatil Firdaus. Lalu ku merenung.. Apakah langkah menjejaki ganjaran tertinggi ini?

Wahai diriku! Ini merupakan peperiksaan tertinggi. Sesungguhnya Allah telah menyediakan modul bagi setiap ganjarannya. Biarpun ia adalah ujian tertinggi, ia adalah ibarat peperiksaan kertas yang bocor. Sedarlah engkau! Modul peperiksaan ini terdapat didalam kalam Allah Ta'ala.

Lalu saya terjumpa rukun pengambilan syurga firdaus di dalam Surah Al-Mu'minun 1-11. Saya dapat merumuskan bahawa, sesungguhnya penduduk syurga adalah mereka yang:
1. Khusyuk dan memelihara sembahyangnya,
2. Menjaga janji & amanah,
3. Memelihara pandangan & kehormatan,
4. Memberi zakat & sedekah serta membersihkan harta; Berlumba - Membuat kebajikan & kesucian diri,
5. Menjauhkan diri daripada perbuatan & perkataan yang sia-sia,
6. Tidakbersikap melampau batas (taksub dan fanatik),
7. Penting sekali, adalah mereka yang beriman.

Ok! Jikalaupun tidak akan mendapat syurga Firdaus, usahlah anda risaukan. Pernahkah anda dengar akan peribahasa ini: "Jika mahu menembak burung, halakan ke bulan" atau "aim high, shoot low". Ya! Sekurang-kurangnya kita dapat menjejak syurga. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. akan berikan apa yang Dia janjikan selagi kita menurut arahan-Nya dan menjaihi larangan-Nya. Maka, sesiapa yang mengusahakan rukun-rukun tersebut, nescaya Allah akan menjanjikan syurga buatnya. INSYAALLAH.

Wahai orang-orang mukmin! Ayuh berlumba-lumba mengejar syurga Firdaus. Kuatkanlah iman. Tanamkan sifat Al-Amin dalam diri. Dan janganlah engkau sangkakan bahawa amalan semata dapat menyelamat diri daripada seksaan Allah. Oleh kerana itu, amal ma'ruf. Dan nahi mungkar.
Firman Allah s.w.t.: 
"Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah [99], ayat 7-8) .

Naudzubillah min zalik. Wallahua'lam. Insya Allah. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang