Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
أعوذ بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ، ومن كل عين لامة
OLD LOG:
Posted on Wednesday, March 28, 2007 at 01:33 AMBY: ZIY Lama
Now I'm trying so hard to wonder a few things.
How I'm really confused.
To tell you the truth, pernah sekali ni kenalan saya ada memasang satu cerita lucah dekat komputer. Dia ajak aku tengok. Saya malas nak layan. Tak ada mood. Banyak kerja nak kena buat. I said to myself, "Kau nak tengok, tengok la. Aku malas nak layan. Tak ada keja aku nak tengok."
Tengah saya guna pc saya, saya terdengar speaker tu kluar bahasa melayu. Asalnya tak percaya.
So, tanya la, "Kau pasang apa pulak tu?" Dia jawab, "Barang tadi la."
Saya tanya balik, "Tak habis lagi? Indon?" Dia jawab, "Melayu. Banyak ni."
Saya tak caya la. Tgk sekali betul ke. Rupanya betul.
Saya cuma boleh geleng kepala. Apa nak jadi dengan budak2 ni. Kalau bukan Islam logik gak. Nama pun Islam. Ada 2 tiga tu pun cakap dalam pelat Kelantan. Lagi saya terkejut. Lepas tu pulak, ada satu tu diorang bantai budak perempuan tu ramai2. Tambah terkejut la. Saya terfikir. Apa cerita ni? Kata serambi mekah. Ada gak benda camni?
Bukan nak mengata Kelantan. Cuma terpikir. Seorang yang dilahirkan dengan nama Islam, dalam keluarga Islam. Kemungkinan juga dibesarkan dalam suasana Islam.
Boleh juga terjadi perkara ni. Hubungan seks luar nikah.
Sesetengah tajuk tu saya tengok ada gak la cakap pengantin baru la. Apa la. Kalau betul pengantin, saya terfikir, camane bole terlepas ni. Sungguh menyedih kan.
Sungguh ketara sekali melayu zaman sekarang berbanding melayu dulu.
Betul ke kata Hang Tuah, "Takkan melayu hilang di dunia"
Melayu yang asalnya terkenal dan kaya dengan adab budi, tradisi dan mementingkan penghormatan dan persaudaraan. Kini dah hilang ke mana? Saya tengok. Dijalan raya, semua nak jadi samseng, nak jadi raja. Buat cam jalan sendiri. Contohnya, seorang kenalan saya memarahi pemandu lain kerana kesalahan memandu.
Sekali tu, dia ada melakukan kesalahan sama. Ada sesetengahnya pula, kena hon. Dia marah balik orang yang hon. Melayu kini kaya dengan hipokrisi. Kawan makan kawan. PHD (Perasaan Hasad Dengki). Melayu mudah lupa. Janji melayu.
Berbagai-bagai gelaran yang diberikan kepada melayu. Tidak pula saya jumpa sebarang gelaran bangsa lain yang menjadi simbol keburukan mereka. Amat menyedihkan skali. Semua nak berlagak hebat. Tak mahu mengalah. Tapi tak kemana.
Teringat juga saya ketika mengadakan mengadakan program di Pusat Serenti. Lebih dari 90% adalah melayu. Ya. M.E.L.A.Y.U. Menyedihkan, Statistik kes HIV/AIDS juga menunjukkan hampir 90% adalah melayu. Saya berasa malu sebagai melayu.
Tak dinafikan, sayapun pernah terasa nak juga cuba. Apala yang best sangat diorang layan ni. Tapi saya bersyukur sebagai Islam. Kerana Islam sejati menjauhkan saya dari perkara-perkara mungkar. Mendekatkan saya kepada kebaikan.
PHD paling ketara adalah ketika berniaga. Tidak boleh sekali tengok orang lain maju. Habis bermacam-macam cara dilakukan bagi menjatuhkan orang lain.
Tenaga dan wang yang sepatutnya dihabiskan bagi memajukan diri, dihabiskan bagi menjatuhkan orang lain. Mana taknya. Saya lihat sesetengah peniaga dan pengusaha. Baru dapat untung sikit dah beli kereta besar, rumah besar dan bermacam2. Wang modal habis dibelanjakan. Tidak langsung cuba menyimpan wang terutama duit modal untuk dijadikan pusingan perniagaan. Bila orang lain maju, mula la. Duit dah tak ada. kalau bisnes tak lingkup, habis dia khianati orang lain.
Alahai Melayu. Islam pulak tu. Sesetengahnya pakai bomoh. Bukan nak minta diri lebih maju. Minta orang lain jatuh pula. Dah la syirik. Minta la kepada Tuhan yang Maha Besar. Yakinlah. Mana tak dapatnya. Sembahyang pun jumaat je. itu pun sekali 3 minggu.. Jangan risau, dalam taubat tiada lewatnya. Kecuali ketika berhadapan dengan maut.
Rasulullah pernah bersabda, bunyi dia lebih kurang sebegini "Kejarlah kau dunia seolah-olah kamu akan hidup selamanya, Dan beribadahlah kamu kepada Allah S.W.T. seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya." Wallahualambissawab. Biarlah amalan ibadah kita dengan kehidupan dunia yang dikejar seimbang. Mari bersama kita ulangi keagungan zaman para Sahabat Rasulullah. Sembahyangnya khusyuk, hartanya berlimpahan. Seimbang.
Apa jadi dengan Islam hari ini? Sekiranya Islam yang imannya kuat, tidak pula saya jumpa hartawan yang hartanya melimpah. Atau Vice-versa. Tidak dinafikan ada. Tapi jarang sekali.
Saya masih mencari seorang Muslim yang kuat iman dan ibadahnya, pekerjaannya juga berjaya. Atau seorang Jutawan yang mana dirinya amat alim dan kuat iman dan ibadahnya termasuklah ahli keluarganya. Kaya dunia dan akhirat.
Saya masih mencari. Yang kerap dijumpa adalah, seorang Islam yang alim tetapi pakaiannya hampir lusuh. Dan seorang hartawan yang hanya dirinya beribadah. Namun jarang ke masjid. Hanyalah pada hari Jumaat atau Sembahyang Raya.
Melayu Mudah lupa. Saya dapat pastikan bahawa hanya beberapa orang sahaja bakal membaca tulisan ini. Dan 5% akan menyampaikan apa yang saya sampaikan ini. Kerana Melayu mudah lupa.
Oh. Melayu Islam. Ya, Allah yang Maha Besar, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bantulah semua hamba mu yang alpa ini. Kuatkanlah iman dan ibadah kami. Murahkanlah rezeki kami. Jauhkan kami dari apa yang Kau ditegah dan dekatkanlah kami kepada kebaikan. Jauhkanlah kami dari sikap-sikap yang tidak baik dan Isikanlah hati kami dengan sikap-sikap yang mulia. Biarkanlah kami berjaya di dunia dan di akhirat.
~ Amin.
