Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan direjam dan segala keburukan yang telah diciptakan.
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aku mendapat penghayatan baru diatas sebuah hadis:
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
..Hadis yang menegaskan bahawa jika seorang mukmin ditimpa suatu musibah, ia akan menghapuskan dosa. Penghayatan aku diatas hadis ini adalah seperti berikut:
Apa itu musibah? Pada satu wajah, ia bermaksud kemalangan. Namun, apa pula makna kemalangan itu dari sudut umum? Dari mana ia datang? Ya! Benar, ia berasal daripada kalimah 'malang'. Lalu digunakan ke dalam kalimah 'ke-malang-an'; maksudnya berada dalam kedudukan 'malang'. Adakah kemalangan itu nasib kerana berkata tentang 'malang'? Benar, tidak munasabah jika dikatakan nasib kerana kebanyakan kemalangan adalah berpunca daripada kesilapan manusia sendiri. Malah, kita dilarang mempercayai kepada nasib semata.
Maka hakikatnya adalah musibah itu berkenaan ditimpa suatu masalah. Masalah itu sepastinya sesuatu buruk yang telah menimpa diri atau sesuatu yang tak diundang.. Antaranya seperti; kejadian kemalangan, kesakitan, kecederaan, menghadapi fitnah, kesempitan, kefakiran dan berbagai-bagai lagi.
[Extra: Setelah direnungi kehidupanku, sesungguhnya kehidupanku penuh dengan musibah. Namun aku tidak menyalahkan Ilahi. Sebaliknya aku menerima sebarang musibah sebagai ujian demi kebaikan diri.]
Lalu aku cuba memahami dengan lebih mendalam. Apakah dosa yang perlu dihapuskan jika diri benar-benar merupakan seorang mukmin hakiki? Apakah anda sangkakan Ar-Rahman (SWT) adalah zalim, maka dengan mudah mahu memberikan musibah? TIDAK! Sudah tentu bukan. Sebaliknya Dia adalah Ar-Rahim Zul Jalal. HikmahNya ada diserata alam. Dia adalah al-Fatir al-Hakim. Kita lihat pula pada wajah lain. Sudah pasti setiap manusia pernah melakukan dosa, kan? Jom kita lihat ayat suci berikut:
..Ayat 22-23 Surah al-Hadid itu menegaskan bahawasanya; Allah tidak suka kepada mereka yang takbur. Ketakburan itu akan dicatatkan. Kerana ini Allah akan menimpakan suatu perkara (musibah) ke atas mereka yang berlaku takbur.
مَآ أَصَابَ مِنمَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى ٱلۡأَرضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ ♦ لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ
Takbur itu amat meluas maksudnya. Bukan semata sombong kepada manusia. Malah sombong kepada Allah. Bukan semata-mata seperti firaun yang mengangkat diri sebagai tuhan; atau lebih tinggi daripada Allah. Malah ia juga termasuk ada zindik-zindik kufur dalam diri. Zindik-zindik keburukan malah termasuk hingga kepada kesalahan diri (dosa) yang tidak disedari atau sering diabaikan; samada pada meninggalkan ibadat (solat dsb) atau hingga kepada sifat kekerasan/permusuhan. Dengan kata lain, sifat buruk/jahat pada diri sendiri, yang pastinya mengingkari larangan-Nya, dan tidak menurut perintah-Nya.
Dengan itu, Allah akan menjatuhkan musibah keatas sesiapa yang pernah melakukan sebarang kesalahan sebagai peringatan kepada mereka. Oleh kerana itu, Allah telah memerintahkan agar kerap mengamalkan taubat sebagaimana firman Allah s.w.t didalam Surah At-Tahriim ayat ke-8 (yang menegaskan):
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Pada ketika ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam kegelapan, mereka berkata:
رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Dan, perintah Allah s.w.t turut mengarahkan:
Kerana itulah Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, nescaya Allah akan mengujinya.”
(Riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
![Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22)
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (23)
(Surah Al-Hadid [57] : 22-23)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyh7H2zwJ7ZalZlE_VAQg9BnQ0F0dd3K9aC5QUhSB7vMUy-IZ7Ece3fAhn3EOsxLsClViWoLIPHTV6oWYVltVycN8ZXa3RFXG9pkrfe6mbYibYZSsOLArTMvQtY79CSfrWJcyW0SMpOrlt/s1600/Box+link.png)
