13 October 2012

Warqah 7: Risalah Ghaib

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,"
(Surah al-Baqarah [2] : 3)


Ghaib pada Ujian

Assalamualaikum..

Hmm.. "Beriman kepada perkara ghaib". Apa itu ghaib? Bila dengar perkataan ghaib, pasti kita terfikirkan maksudnya dalam kamus; yaitu ia bermaksud 'hilang'? "Tukang sihir tu dah ghaib lah! Ke mana dia menghilang?". BENAR! Ghaib adalah mengenai perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dari sudut syariah, pasti ada yang terfikirkan ghaib pada perkara yang berkaitan dengan alam ghaib. Namun, ghaib hakiki bukanlah sekadar perkara seperti alam Roh, jin atau akhirat.  Maka, ujian Allah itu juga adalah suatu yang ghaib. Sebagai contoh, kita lihat hadis ni; Sabda Nabi SAW: "Dunia penjara orang mukmin dan syurga orang kafir." (HR Muslim)

Mengenang hidupku, aku sentiasa rasa kebahagiaan ketika zaman dahuluku.. Terpaksa aku mencemuh dan mengaibkan diri dahuluku.
ZIY lama adalah seorang yang kufur kerana kelemahan iman pada diri; Maka rasa bahagia; tiada peduli apa. Dunia menjadi syurganya. Sekiranya ia menghadapi sebarang masalah, ia akan melarikan diri ke dunia cyber.
Innalillah wa inna ilaihi roji'un.

Alhamdulillah kurasakan diatas kemalanganku; Kini aku mahu mendekatkan diri kepada Allah. Iman bertambah kuat. Dikaitkan dengan hadis diatas, pelbagai cabaran dunia kuhadapi. Perbagai ujian melanda jiwa. Dunia menjadi ibarat neraka bagiku. Tetapi aku tidak lagi kufur seperti dahulu. Kini ku berserah pada Ilahi. Jika aku terima bagaikan seorang yang kafir lalu, pasti aku akan cari pisau bagi mencederakan diri atau mungkin juga aku akan hubungi cari sesiapa yang mampu bantu menjahanamkan diriku.

Aku teringatkan pada satu hadis yang lain.

Sabda Nabi s.a.w.: "Barangsiapa yang Allah mahu berikan kebaikan, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan." (Muttafaq 'Alaih)

Dengan itu, aku akan menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Karena aku mahu merasai kemanisan iman. Rasulullah telah juga bersabda bahawa sesiapa yang merasai kemanisan iman, ia akan meredhai Allah sebagai tuhannya dan Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya. Jika aku redha akan Allah sebagai tuhan, maka aku wajib redha dengan segala ketentuan Allah Azzawajalla. Jika aku redha dengan Maha Pentadbir, maka baru aku boleh merasai kemanisan iman. Dengan itu, aku hendakkan membunuh nafsuku iaitu tidak mahu bertindak semata-mata kerana 'keakuan'; atau lebih tepat, bertindak hanya kerana perasaan yang mampu membunuh iman.

Kekuatan seseorang itu bukan pada kekuatannya mengangkat besi,Ketangkasan seseorang tidak terletak pada kehandalannya berlawan pedang,Kehebatan seorang manusia bukanlah pada kemenangan berlumba kuda. Kehebatan hakikat sebenar terletak pada kawalannya pada nafsu dan amarah.

Semoga kita dapat bersama-sama menguatkan iman hakiki melangkah ke syurga.

Assalamualaikum..