09 August 2013

Konsep Aurat

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka , dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
(Surah An-Nuur 24:31)

MUQADDIMAH

Melindungi aurat adalah wajib baik semua manusia; terutamanya bagi orang yang telah aqil baligh daripada manusia  ajnabi lain pada jantina berbeza. Saya tidak akan sampaikan tentang kepentingan aurat, kerana telah ada banyak risalah mengkhabarkan kepentingannya. Selain itu, ada pula pada kebaikannya sebagai pelindung wanita. Saya juga tidak akan huraikan tentang apa itu aurat. Tapi saya akan tetap menumpukan tentang aurat wanita.



Ayuh kita lihat semula pada bahagian pertama Surah An-Nuur diatas:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka , dan memelihara kehormatan mereka (QS 24:31)
Soalan: Kenapa Allah AzzaWaJalla memberi pesanan sebegitu? Kenapa kehormatan? Kenapa ia diasingkan daripada kalimah "..menutupi belahan leher"? Pasti ada yang kehairanan. Bukankah ia sama?  Apakah aurat itu sebenarnya?

Jawapan: Dalam ayat ini, telah dilafazkan kalimah "furujahunna" adalah bermaksud "kemaluan mereka". Maka, terjemahan langsung adalah melindungi kemaluan. Tetapi, apakah hanya kemaluan harus dipelihara? Pelihara bagaimana? Bagaimana pula aurat? Kalimah itu menegaskan tentang kehormatan wanita. Kehormatan apa? Aurat semata seperti bentuk tubuh dan kepala? Allah Azzawajalla memerintahkan agar kehormatan diutamakan. Apa itu kehormatan? Adakah sekadar dengan menutupi belahan leher? Sedangkan ia telah diceritakan dalam kalimah lain. Maka, kami akan bincangkan konsep aurat ini dalam tiga bahagian daripada pelbagai hujah aurat.



BAB PERTAMA
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya." (An-Nuur 24:33)
Sesungguhnya objektif utama Allah memerintahkan agar aurat dilindungi adalah bagi melindungi kaum hawa daripada serangan syaitan dan nafsu. Maka, ia adalah umpama kulit buah. Pabila tidak dikupas kulitnya, ia dapat bertahan lama. Tetapi jika setelah dikupas, ia harus dimakan secepat mungkin; dan jikalau tidak, atmosfera dan bakteria mampu merosakkan buah itu dalam masa yang sebentar sahaja.

Kelihatannya, memang ada penceramah yang pernah menggunakan metafora yang sama. Dan sayangnya ada pula manusia tidak suka disamakan dengan makanan. Maka, ayuh kita menggunakan imaginasi.
Pada satu hari minggu, seorang hartawan merasa mahu berjalan-jalan membeli baju di sebuah pusat membeli-belah. Kemudian, ia melalui sebuah kedai pakaian terkemuka. Ia ternampak sepasang baju yang cantik. Kemudian ia masuk dan bertemu jurujual akan baju yang cantik itu. Juruljual bertanya, "Adakah encik mahu membeli baju ini?" Ya, ia mahu membeli baju itu.. Kemudian beliau terlihat baju seumpamanya dalam dua jenis keadaan; satu yang terlipat dan satu lagi yang berbungkus. Lalu dia mencuba baju itu dan berpuas hati dengannya. Akhirnya dia mengambil baju yang masih berbungkus dan pergi membayarnya.
Huraian

Lelaki hartawan itu adalah metafora bagi seorang lelaki yang berkemampuan sebagai suami. Seorang yang beriman lagi berakhlak soleh. Dan pakaian itu pula adalah wanita yang akan dipilihnya sebagai calon isteri dan ibu kepada anaknya.

Dalam urusan "pakaian", lelaki akan 'memakai' wanita yang berkenan di hatinya sebagai isteri yang ia mahukan. Dengan itu, nescaya seorang lelaki yang beriman akan memilih isteri yang solehah. Kita lihat pula scenario itu. Ia nampak seorang perempuan yang cantik. Memang ia bernafsu tertarik. Tapi, adakah ia akan membeli baju yang satu itu? Bayangkan jika hanya tinggal satu yaitu yang diletakkan pada display. Adakah itu yang kamu akan tetap belinya biarpun tertarik? Ya! Pasti anda akan menukar pilihan. Tiada siapa mahu beli baju yang diletakkan sebagai display. Begitu juga keadaan wanita yang suka meragakan kecantikan dirinya. Tiada seorang lelaki akan 'membelinya' biarpun ia berjaya menarik nafsunya kecuali telah dimurahkan. Dan oleh kerana terlalu murah, ia akan kurang menjaga pakaian itu kerana kemurahannya.

BAB KEDUA

Hadis Rasulullah ﷺ:
 يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلاَّ هَذَا وَهَذَا  - وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ 
"Hai, Asma! Sesungguhnya bagi wanita yang telah baligh tidak seharusnya menunjukkan tubuhnya kecuali ini dan ini" (baginda menunjukkan pergelangan tangannya dan muka). (Riwayat Muslim)
Dan pula yang tak menutup aurat berkata:
"Buat apa aku nak tutup aurat? Yang tutup aurat pun ramai perangai lagi teruk dari aku! Mulut tak reti jaga."

Saya ulangi bahagian pertama Surah An-Nuur 31 diatas:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka , dan memelihara kehormatan mereka; 
Sesungguhnya aurat bukan hanya sekadar pada "..menutupi seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka" semata, akan tetapi ia merangkumi seluruh kehormatan seorang insan. Kombinasi melindungi jasad dan kehormatan diri. Dan kehormatan diri termasuk nafsu tangan, lisan dan kemaluan.

Mengapa saya kata 'melindungi', bukan 'menutupi'? Sebab kalau setakat menutup, ia mampu menjadi seperti sebekas ais krim yang telah dikeluarkan, lalu ditutup hanya dengan penudung saji. Nescaya pastinya akan cair kecuali dimakan atau dikembalikan ke dalam peti sejuk. Begitu juga dalam urusan aurat. Jika setakat tutup tapi tak melindungi aurat, begitulah ahli An-Naar yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah salllallahualaihiwasallam, 
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget." (Riwayat Muslim)
FasubhanAllah~

BAB TIGA

Ibnu Mas'ud radiyallahu'anhu berkata: 
"Wanita adalah aurat. Apabila seorang perempuan meninggalkan rumahnya, nescaya syaitan akan mengikutinya. Dan lalu syaitan akan berkata, 'Ramai orang telah tertarik dengan kecantikanmu'. Padahal seorang perempuan dapat mencapai lebih banyak ganjaran dengan ibadatnya dalam rumah." (Riwayat At-Tabrani)
Seperti yang telah diperjelaskan dalam bab sebelum ini, telah diterangkan bahawa aurat itu adalah tentang kemaluan seseorang. Maka ia menegaskan tentang kehormatan seseorang manusia. Seseorang pernah bertanya padaku: "Bagaimana pula dengan orang yang pakai niqab tetapi menunjuk-nunjukkan pemakaian niqabnya?"

Dalam satu hal, mempersoalkan urusan ikhlas pemakaian. Barangkali ada zindik keriakan dalam amalan itu tetapi artikel ini adalah pembicaraan yang lain. Sedang ku tidak pernah lagi temui hukum kewajipan niqab, kalau nak pakai tu pakailah. Dan kalau tak mahu pakai, tidaklah dipaksa. Semua hujah yang kutemui masih gagal menetapkannya lebih daripada sunnah yang sunat, wajib bila kena tempatnya.

Pertama sekali, apakah motif niqab? Jawapan nescaya adalah melindungi wajah. Untuk apa lindungi wajah? Ada khilaf walau dalam mana-mana mazhab termasuk maz syafie tentang hukum pemakaian niqab. Tapi yang jelasnya, ulama bersepakat diwajibkan apabila mampu mengundang fitnah; melindungi diri daripada fitnah. Maka, wanita itu sendiri adalah aurat. Aurat itu pada kemaluan. Ertinya, bahagian yang mampu mengundang hawa nafsu syahwat. Bagi mengekangnya, diwajibkan memelihara aurat.

Membawa kepada persoalan: Bagaimana pula dengan perempuan yang benar-benar menutup aurat yang wajib tetapi selalu meletakkan gambarnya di serata tempat?

Kita lihat kembali hadis at-Tabrani di atas. Wanita adalah aurat. Biarpun seorang itu memakai hijab lengkap, malah berniqab, ia tetap telah mendedahkan 'aurat' apabila gambarnya dapat menimbulkan fitnah (hawa nafsu) ke atas diri anak adam.

Maka, lindungilah auratmu. Bukan hanya 'tutup' auratmu.

PENUTUPAN

Dengan itu, wahai saudara muslimah yang ku kasihi! Janganlah kamu berlenggang-lenggok dalam fasikan. Peliharalah nafsu dan kehormatanmu. Lembutkanlah hatimu. Malulah kamu dengan Allah. Sesungguhnya malu tiada satu perkara baginya kecuali kebaikan. Janganlah kamu meraga-ragakan dirimu dengan murah. Kerana itu hanya perbuatan menghina diri. Ya! Ramai manusia yang menutup aurat, tapi tak melindungi auratnya. Berbicara dalam kehinaan lagi keaiban. Bagi yang mengatakan hati diri baik walaupun tidak tutup aurat, sedarilah wahai saudara yang kukasihi! Aku berpesan agar melindungi aurat. Tahukah kamu apakah itu akhlak yang baik? Akhlak terpuji hanya lengkap apabila dikau melindungi aurat. Melindungi aurat dengan menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka; serta menaham tangan, lidah dan kemaluan. Dan lindungilah auratmu dengan menghalang penzahiran dirimu pada awam dengan murah.

Daripada Usama bin Zaid radiyallahu'anhu: Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda: 
"Tidak aku tinggalkan satu fitnah selepasku ke atas lelaki fitnah yang lebih berat daripada fitnah wanita."
 (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan At-Tirmizi)

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang