17 October 2012

Warkah 11 - Maknawi Fitnah II

Kembali ke Bahagian 1

Risalah al-Fitnah



Daripada Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMU dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur." (Riwayat al-Bukhari)

POINT KEDUA: Fitnah Akhirat

Bagi fitnah akhirat, saya telah terlihat fitnah ini pada dua wajah. Yakni Fitnah Kubur dan Fitnah Allah.

Wajah 1. Fitnah Kubur 

Pada satu hari, saya teringat akan sebuah hadis;
Sabda Nabi s.a.w.: "Tiada seorang Muslim pun yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah menyelamatkannya daripada fitnah kubur".  (HR at-Tirmizi)
Saya cuba memahami erti hadis ini; "Apakah yang dimaksudkan fitnah kubur itu? Tidak mungkin Allah Azzawajalla berdusta. TIDAK MUNGKIN! Allah Maha Mulia lagi Maha Benar. Mesti ada maksud terselindung!". Sebelum ini, saya ada mengatakan tentang fitnah batin didalam Warqah 10. Fitnah batin boleh dimaksudkan sebagai ujian. Telah diperkatakan bahawa ujian ada dua jenis; kesusahan dan kesenangan. Dalam situasu fitnah kubur, ia juga turut bermaksud ujian.

Apa itu ujian? Cubaan kan? Maka, apakah pula ujian kubur dari sudut ini agak-agaknya? Jom kita gunakan imaginasi ini:
Anda sedang menduduki satu peperiksaan sejarah. Lalu diberikan 3 soalan:
  1. Siapakah berjasa dalam mendapatkan kemerdekaan? 
  2. Siapakah bapa kemerdekaan? 
  3. Siapa yang pernah menjajah tanah melayu?
Boleh jawabkan? Bagaimana pula bagi yang tak dapat menjawab? Kita tukarkan itu sebagai talqin yang sering dibaca. Pasti ada dikalangan kita yang pernah mendengar tentang talqin: Setelah semua meninggalkan kubur sebanyak 7 langkah, 2 malaikat akan berkunjung melawat. Mereka akan memberikan 3 soalan ini; "Siapakah tuhanmu?"; "Siapakah nabimu?"; dan "Apakah agamamu?"*

Sesungguhnya, majoriti pasti tahu malaikat munkar dan nakir akan membaca 3 soalan tersebut pada roh yang telah meninggal. Nampak mudahkan? Ibarat soalan sejarah di atas. Kita yang masih hidup ini pasti akan dapat menjawab. Tapi, bagaimana jika tidak dapat menjawab?
  • Bagaimana mahu menjawab "Allah tuhanku" jika ibadah ditinggalkan; tiada iman?
  • Bagaimana mahu menjawab "Muhammad nabiku" jika meninggalkan sunnahnya?
  • Bagaimana mahu menjawab "Islam agamaku" jika rukun Islam ditinggalkan; Tiang agama tidak diamal?
Maka, dengan itu fikiranku mengertikan fitnah kubur itu sebagai bermaksud persoalan di dalam kubur. Maka, siapa yang Allah menyelamatkannya daripada fitnah kubur, nescaya munkar dan nakir tidak akan memberikan persoalan ini. 

* NOTA: Imam asy-Syafie telah menegah pembacaan talqin pada si mati; kerana menurutnya, ia tiada dalam amalan Nabi s.a.w. Maka, amalan ini pada si mati adalah ibarat membuat bida'ah. Tujuan utama talqin dibaca adalah sebagai peringatan pada yang masih hidup.


Wajah 2 - Fitnah Allah:

Tentang fitnah Allah, telah datang satu cahaya padaku dalam pemahaman ini.
"Allah s.w.t. berfirman: "..Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah.." (al-hadis)
  • Sebenarnya ini adalah dari hadis yang tidak lengkap.. Saya hanya ambil bahagian penting bagi memudahkan pemahaman; Yakni tentang fitnah Allah. Akan dibentangkan hadis lengkap dalam bahagian sambungan. Pada mulanya, segala pemikiranku tentang hakikat fitnah akhirat bermula dari sini. 
Sekali lagi.. Apakah mungkin Allah akan berdusta?? Kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Mulia lagi  Maha Penyayang; Tidak mungkin Dia akan berdusta dalam KetentuanNya. Sesungguhnya fitnah Allah juga turut membawa maksud "ujian". Dan jika fitnah Allah, amat besar ujiannya. Dalam sudut ini, fitnah Allah adalah cubaan yang amat berat hinggakan yang alim (mempunyai ilmu pengetahuan) akan jadi bodoh bila berhadapan dengannya. Namun, saya ingin menghuraikan dari sudut lain dalam bahagian risalah ini. Oleh itu, jom kita lihat kalimah berikut:
"..Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan.." (Taha 20:85)
Sesungguhnya benar fitnah adalah dusta. Mahu lihat dusta akhirat? Apabila kancah-kancah tahu bahawa diri adalah Muslim tetapi hakikat itu bertukar menjadi suatu 'dusta'. Sebagaimana dalam riwayat lain, Rasulullah mengatakan bahawa, fitnah bagi umat terdahulu (sebelum kerasulannya) adalah pada harta, dan fitnah bagi umat ini adalah pada wanita. Baginda menegaskan tentang UJIAN.. Ujian yang menggugat iman.

Lalu diri tidak dilepaskan daripada azab neraka. Apakah kamu menyangka kamu akan dijamin hanya syurga apabila ada zarah-zarah kufur wujud dalam diri? Pada lama dahulu, aku juga pernah fikir sebegini. Kata titik lampau hatiku lalu; kini kulihat sebagai zindik-zindik kufur,
"Aahh! Nak risau apa!? Aku dah nama Islam. Confirm masuk syurga. Alaa.. masuk neraka? Kejap je..Macam manapun dapat syurga gak!"
Maka hiduplah aku dalam kefasikan dalam zaman itu. Kemudian Allah telah menyinariku dengan cahaya-Nya. Telah diberikan cahaya kebaikan melalui ujianNya dan kefahaman agama. Beribu-ribu Alhamdulillah ku sudi ucapkan bagi segala ujian-Nya. Tidak lama kemudian Allah telah membukakan kalbuku melalui kalimah.
Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah 2:81)
Kalimah ini menegaskan bahawa sesiapa sahaja akan mampu menjadi ahli jahanam kekal; tanpa mengira  siapa walaupun bernama Islam, kerana ia tiada iman hakiki biarpun sebesar biji sawi. Oleh kerana hanyut dalam kekufuran, maka akan menjadi ahli neraka abadi. Cahaya ini telah menggigilkan tubuhku dari neraka. TAK APA SEMINIT JE!? Jangan kata sekejap, sesaat pun aku tak nak. Jika kalian mahu cakap 'sekejap', cuba tadahkan tangan di atas api dapur selama seminit. Ada berani!?  Jangan main-main dengan api neraka. Biarpun iblis yang dihasilkan daripada api, ia juga takut pada api neraka. Jangan jadi Islam pada nama.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi)
Fitnah Allah pada masa tersebut akan menjadi kekufuran yang lahir dalam diri. Dan daripada fitnah ini akan menjadi fitnah akhirat, yakni Islam hanya nama sahaja. Tiada kesedaran musuh menyerang dari dalam diri. Dari diri datangnya fitnah (ujian besar) dan kepada diri fitnah akan kembali (kekufuran). Diri akan menjadi jauh daripada bauan kasturi Syurga. Na'udzubillah. 

Namun, janganlah disalah fahamkan fitnah itu hanya keburukan. Fitnah Allah amat meluas maksudnya. Ia juga termasuk ujian Allah seperti yang diterangkan pada bahagian pendahuluan Maknawi Fitnah I sebelum ini. Ujian ke atas manusia juga termasuk didalam fitnah Allah. Jika diberikan peluang, insyaAllah saya akan buat satu risalah khusus berkenaan ini.