26 September 2012

Mustafa Kamal Pasha@Ataturk : Firaun Moden

Dengan nama Allah Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)




Tentang Ataturk


Pada asalnya, namanya adalah sekadar "Kamal" sahaja. Kemudian ditambah menjadi Mustafa Kamal Pasha. Mustafa datang dari nama cikgunya, yang bernama Mustafa. Dicadangkan kerana oleh guru matematiknya. Manakala Pasha kerana dia mahukan simbol bangsawan. Lalu setelah itu, ia telah menambahkan nama "Ataturk" kerana kebongkakannya. Dalam bahasa Turki, ia bermaksud "bapa (orang) Turki". Dia menganggap diri sebagai bapa kemodenan Turki. Memiliki sifat-sifat dajjal kecil. Firaun Freemason.





Dosa Mustafa Kamal
Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
Menggalakkan minum arak secara terbuka.
Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
Agama Islam juga dibuang daripada menjadi Agama Rasmi negara.
Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
Menukar Masjid Aya Sophia menjadi muzium, ada sesetengah masjid lain dijadikan gereja.
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
Membatalkan undang-undang waris, faraid cara islam.
Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab (jawi) kepada huruf Latin.
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Mustafa Kamal Atarturk telah menerima laknat Allah kerana tingkahlakunya. Barangkali akibat bersikap seperti Firaun. Namun, keadaan sebenarnya, hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.






"Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah dia akan membawa mereka masuk ke Neraka dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah Neraka. Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan." [QS Hud 11:98-99]






Paling penting sekali, dia telah dilaknat kerana berlaku zalim dan menyekutukan agama Allah melalui aliran sekularnya.






"Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang (yang beriman)." [QS Ali Imran 3:87]






Bertambah dilaknat Allah SWT pabila berlaku zalim dengan mengeluarkan perintah hukum bunuh pada sesiapa yang tidak mengikuti perintahnya yang amat sekular.






"Pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal." [QS Ghafir 40:52]






"Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar." [QS An-Nisa 4:93]





Kematian Kamal Ataturk Yang Mengazabkan






Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.






Antaranya ialah:
Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
Sakit jantung
Penyakit darah tinggi
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.






Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.






Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.





Mayat Tidak Diterima Bumi






Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).






Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi dengan kuasa Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.






Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”






Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Na'uzubillah min zalik.





Itu lah yang berlaku. Seperti dalam Hadis Rasulullah SAW, ia adalah antara 1 daripada 15 maksiat yang menurunkan bala. "Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka." (HR Tirmizi)

Additional

Alternatively, bertentang dengannya, terdapat seorang individu lain yang telah dinilai sebagai Mujaddid pada kurun itu.

Sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Allah akan mengutuskan bagi umat ini pada setiap awal 100 tahun, seorang (mujaddid) bagi memperbaharui/perbaiki urusan agama mereka." (Riwayat Ahmad)


Mujaddid berasal dari perkataan jaddada, yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddidun

Jaddada :dia telah membaharui

yujadidu :dia sedang atau akan membaharui

tajdidan :pembaharuan

mujadidun :orang yang membawa pembaharuan

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang