10 July 2013

Ramadan Datang Lagi..

Alhamdulillah.. Ramadan datang lagi.. Rencana ini ada dua noktah.

Noktah Pertama

Hari lahirku kunjung lagi.. Lusa (11/07/2013) aku akan menyambut hari lahirku kedua (2 Ramadan).

Aku gembira menjadi anak kelahiran Ramadan. Tapi satu yang ku sedihkan.. Sebab kalau mengikut Sunnah Nabi, baginda akan berpuasa pada hari lahirnya. Dan aku tidak dapat melakukannya. ( ⌣́,⌣̀

Ye! Ye! Allahu Akbar! Puasa tiba lagi. Umurku dipanjangkan dapat menyambut hari lahirku lagi.ᕙ( ^ₒ^ c)

Puasa maal hijrahku. Awal tahunku. \(^◡^ )

Salam ahlan wa sahlan, ya Ramadan.

Noktah Kedua

Perjumpaan lalu di Hayrat, aku terdengar seorang sahabatku membicarakan bahawa; menjelang Ramadan ada tiga jenis manusia (bernama Islam):

Pertama: Bila masa puasa tiba, manusia ini akan berkata, "Alah.. Ramadan tiba. Kena puasa lagi.." Mereka puasa dalam keadaan 'terpaksa'. Tiada redha. Tiada ikhlas puasa. Samada mereka berpuasa betul, atau tidak berpuasa, atau puasa main-main, Wallahua'lam bissawab. Bagi pihak ketiga ni, maybe diorang puasa pada luaran. Tapi lisan tidak jaga.. atau kemaluan tidak jaga.. atau nafsu tidak terkawal.. atau fardu lain ditinggalkan. Wallahua'lam. Na'udzubillah.

Kedua: Saat ketibaan ramadan, tiada beza bagi mereka. Manusia yang akan berkata dalam hatinya, "Puasa datang lagi? Takpe la! Aku puasa je. Apa susah". Mereka lihat puasa seperti rutin biasa. Dengan erti kata lain, puasa adalah puasa, cukup memadai dengan berpuasa. Tiada amal tambahan tiba. Atau redha melihat puasa walaupun mereka sudah banyak amalan dalam bulan lain.

Ketiga: Golongan yang menanti-nanti ketibaan Ramadan. Dengan keredhaan, mereka melihat puasa sebagai umpama orang bertemu musim Sale pada hujung tahun di pasaran atau pusat membeli-belah. Menjelang puasa, mereka akan menambah amal.
Hikmah puasa: Yang jarang ke masjid (subuh), akan kerap ke masjid. Dan aku dimaklumkan di Mesir, ramai yang tak pakai tudung akan memakai tudung ketika Ramadan. Quran pun dibaca walaupun hanya setahun sekali.
Amalan yang ditambah berikutan ganjaran amal yang berlipat ketika Ramadan.

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang