12 August 2013

Surat Kedua

وَبِهِ نَسْتَعِينُ

Terdapat beberapa soalan tentang cinta dalam iman telah diajukan kepada saya. Maka saya telah membuat bahagian warkah "Kalam Cinta" ini sebagai jawapan tentang persoalan cinta.

Seorang wanita telah bertanya kepada saya tentang pemilihan bakal suaminya.

S O A L A N: Bolehkah jika saya saya memilih pasangan yang tidak beriman?

بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله

Allah SubhanHuwaTaala berfirman:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Al-Furqaan 25:74)



J A W A P A N

Saya tidak memahami soalan yang diajukan. Kerana "tidak beriman" boleh membawa pengertian. Dan Quran merujuk kepada orang yang tidak beriman sebagai golongan musyrik. Boleh juga membawa pengertian sebagai orang yang fasik, atau mungkin juga munafik. Ada juga pada maksud "kekafiran".

Maka, dalam hal ini, saya akan mengambilnya sebagai bermaksud fasik; maksud paling lembut. Seperti contohnya, orang yang meninggalkan solat atau orang yang suka mengengkari perintah Allah.

Saya tidak mahu melarang kamu memilih pasangan. Namun, adalah tetap harus kamu memilih pasangan yang beriman lagi soleh. Pada saat memilih pasangan, kamu bukan hanya sekadar berkahwin dengannya. Malah kamu akan berkahwin dengan banyak lagi perkara; perkara-perkara yang kamu bakal temui pada masa akan datang. Antaranya adalah kamu juga turut memilih seorang lelaki yang bakal menjadi imam bagi anak-anakmu.

Oleh kerana itu, jika kamu tidak dapat mencari seorang imam buat dirimu, adalah lebih wajar jika kamu terus hidup membujang jikalau kamu masih mampu menanggung keperluan hidupmu sendiri. TETAPI! Janganlah kamu menolak perkahwinan dengan kerasnya. Kerana ia menjadikan kamu membenci perkahwinan. Berkahwinlah! Berkahwinlah dengan lelaki yang beriman jikalau tiada halangan. Sesungguhnya berkahwin itu adalah sebahagian daripada Sunnah Rasulullah ﷺ.

Dengan itu, carilah lelaki yang beriman lagi soleh sebagai bakal bapa kepada anak-anakmu.

Kunci beriman:

  1. Ibadatnya dipelihara
  2. Perintah Allah tidak diengkari
  3. Akhlak yang soleh
  4. Keimanannya terjaga.
  5. Mampu menjadi imam kepada pasangan dan anak-anak
Kunci soleh:
  1. Menjaga lidah dan kemaluannya daripada maksiat
  2. Menjaga akhlaknya sesama manusia.
  3. Menjadi suami yang bertanggungjawab, amanah dan mampu menjaga keluarga.
  4. Contoh yang baik buat anak-anak.
  5. Menghormati isteri dan keluarga


Catatan

Surat ini adalah petikan daripada perintah al-Quran:
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman; dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu) ia mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
(Al-Baqarah 2:221)

0 comments:

Post a Comment

Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang