Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Aku berlindung dengan Allah demi kebaikan diriku
Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredhai, sekiranya ia tidak diberikan ia tidak meredhai.(Riwayat Bukhari)
Contoh; Pernah sekali aku terdengar Anwar Ibrahim memberikan ucapan, beliau memuji Dato Sri Najib Abd Razak: "Bagus lah najib. Beliau mula mengamalkan wadah. Faham atau tidak tu, tak pasti. Yang penting diamalkan."
Tan Sri Muhyiddin Yassin sedemikian. Itulah bukti orang yang berpegang kepada sunnah Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin. Itulah erti sebenar "Rasulullah pun berpolitik". Kalimah ini tak membawa erti: "Rasulullah pun pernah berpolitik. Maka kita perlu lakukan segalanya demi membanteras 'kejahatan' yang dilihat biarpun terpaksa menceroboh atau mencemuh sesiapa."; sebagaimana keadaan yang kira sering lihat diamalkan kebanyakan umat akhir zaman ini. Wahai orang beriman! Politik Rasulullah s.a.w. tiada amalan menghina atau mencerca golongan yang tidak disukai.
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda:
"Manusia yang paling dibenci Allah adalah orang yang amat keras permusuhannnya." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Kerap kali aku jumpa golongan khairil bariyah yang menggadaikan agama kerana habuan dunia. Terpaksa mengeluh. Kerap juga ku lakukan teguran. Page-page yang kononnya bergerak diatas nama Sunnah dan Islam tapi 'lidah' tidak terjaga. Terdapat sesetengahnya menggadaikan agama kerana dunia (politik).
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura warak/zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"." (Riwayat at-Tirmizi)
Na'udzubillah. Aku kerap berdoa agar diriku dan para saudara-sahabatku dijauhkan dari golongan seperti ini.
Aku tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia. Aku berserah kepada Ilahi untuk kebaikan diriku dan aku berlindung dengan Allah daripada segala kejahatan diriku. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab seksaan neraka.
0 comments:
Post a Comment
Sebelum mula menulis komen, mulakanlah dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang